Thursday, July 30, 2009

BAHAYANYA MICROWAVE OVEN

Sejauh mana kebenarannya. ..Wallahua' lam. Sesiapa yang boleh sahkan...silakan.

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.

Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakana sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di> bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Wednesday, July 29, 2009

Smart Coco A+

Smart Coco A+ ( SILA KLIK)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SERTA PESANAN ...





SILA HUBUNGI:






ZAMHARIRI ZAKARIA


NO TEL : 013 - 9849473








BAGI KAWASAN TEMERLOH & BERA SAHAJA...

Thursday, July 23, 2009

Matahari menangisi penderhakaan penghuni bumi terhadap Allah

GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.

Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.

Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.

Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.

Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".

Ketuk batang pokok

Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.

Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.

Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.

Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.

Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.

Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.

Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.

Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.

Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin._

DARIHAL ISRA' & MIKRAJ

Isra' Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnyadibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan.

Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang.

Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi kekuatannya telah wafat. Abu Talib, bapa saudaranya, tonggak perjuangan dan penampan kepada serangan kafir Quraisy telah pun pergi meninggalkannya.

Selama ini, rasa segan terhadap Abu Talib dalam kalangan musyrikin itulah yang menyelamatkannya daripada serangan yang berlaku akibat dakwah itu.

Bermodalkan kedudukannya sebagai anak saudara Abu Talib, maka tiada sesiapa pun yang berani menyentuh baginda.

Tetapi keadaan telah berubah kini. Dengan kewafatan Khadijah disusuli pemergian Abu Talib, akar tunjang dan tonggak kekuatan lambang keutuhan perjuangan dakwah baginda telah hilang.

Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni).

Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah.

Allah maha besar! Allah maha berkuasa. Tidak sesekali Dia meninggalkan kekasihNya dihimpit derita itu bersendirian. Sudahlah ketika kecilnya dia kehilangan bapa ketika masih dalam kandungan, malah al-Amin juga ditinggalkan oleh ibu dan datuknya ketika masih kecil.

Kini, menjelang dewasa, ketika dia diarahkan Tuhan untuk menyebarkan dakwah, maka dia diuji dengan rasa bersendirian menanggung bebanan dakwah ini.

Bagi tujuan menghibur baginda, dan atas tujuan mengingatkan pertalian perjuangan risalah ini yang ada kaitan dengan perjuangan nabi terdahulu, maka itulah antara sebabnya kenapa baginda dijemput Tuhan ke langit tertinggi.

Isra' Mi'raj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah.

Ertinya, Isra' Mi'raj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.

Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama.

Yang kedua, Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib.

Tiga pihak, dua kejadian

Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t, Nabi Musa a.s yang berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut.

Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang mirip kepada solat hari ini.

Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda.

Lalu, terfikir di benak baginda, alangkah baiknya jika diwujudkan suatu mekanisme yang menyebabkan manusia sentiasa dapat berhubung dengan Tuhannya lewat ibadat tersebut.

Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan, "Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..)

Betapa tidak! Nabi Muhammad s.a.w telah naik ke langit menyaksikan malaikat bersujud hingga baginda tentang bagaimana mahu umatnya bersujud sebegitu rupa dengan tempoh lama dan penuh semangat.

Tetapi, amalan berat seperti solat ini telah diminta dikurangi oleh Musa a.s apabila nabi itu teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat menerima perintah solat tersebut.

Sebab itu, kita dapatlah memahami kenapa sampai begitu tebal sekali baginda mengingatkan hal tersebut kepada umatnya berhubung solat, hatta ketika hampir wafat sekali pun. Tidaklah disebut hal zakat, puasa dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda.

Pembebasan Palestin

"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)

Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w diarah Jibril agar berhenti, bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Unsur kesengajaan memang wujud di sini walaupun dalam nas di atas, hanya perihal Israk sahaja yang dihebahkan Tuhan. Langsung sahaja Tuhan menyebut tempat berlepas Rasulullah s.a.w itu dari Masjidil Aqsa yang kini berada dalam tahanan Yahudi Zionis.

Seolah-olah Tuhan mahu beritahu kita sesuatu, apakah tindakan kita untuk membebaskan Masjid al-Aqsa? Sebagai Muslimin individu yang terhad kuasanya, kita mungkin boleh diampunkan dengan sebab kita telah mengeluarkan wang ringgit untuk membantu seadanya, termasuk menggesa negara berbuat sesuatu tanpa melibatkan PBB.

Yang patut menjawab di hadapan Allah s.w.t kelak ialah para pemimpin negara Islam yang tunduk berdiam diri dan hanya bertawakal kepada PBB untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

Syahadan, mungkin tak perlu diletakkan perihal mi'raj ke langit oleh sebab langit itu tiada nama yang khusus seperti halnya di bumi. Tapi, sengaja disebutkan Masjidil Aqsa guna menyentuh hati nurani Muslim agar peka ke atas pergolakan di sana yang berombak dengan lautan darah dan membadai dengan air mata.

Pada zaman ini, kita boleh saja menaiki pesawat terbang ke udara. Perihal naik ke udara itu tidak perlulah ditekankan sangat sebab kawasan langit dan laluan udara tempat laluan pesawat itu tidak penting sangat untuk diketahui.

Yang penting diketahui adalah tempat di mana pesawat kita mahu berlepas (departure) dan tempat di manakah pesawat itu bakal mendarat (landing). Ertinya, terbang ke awan itu sudah diketahui umum, tapi yang diperkirakan orang ketika mahu berpergian ke mana-mana ialah di tempat mana pesawat mereka mahu berlepas dan di tempat mana ia akan mendarat.

Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj, sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai.

Sebagai termaklum, selepas peristiwa Isra' Mi'raj, solat difardhukan. Tempoh daripada kisah itu hingga penghijrahan ke Madinah memakan masa selama setahun. Dan, ketika di Madinah juga, Muslimin masih berkiblat kepada Masjidil Aqsa.

Maka, sebelum mendapat arahan bahawa Muslimin wajib solat fardhu lima waktu, Nabi Muhammad s.a.w diminta 'berkenalan' terlebih dahulu dengan kiblat pertama kita di Baitul Maqdis itu, sebuah daerah kelahiran Nabi Isa a.s dan tempat Nabi Musa a.s menempatkan Bani Israel dalam sebuah negara merdeka dalam riwayat-riwayat terakhir perjuangan dakwahnya.

Maka, sejurus tibanya baginda ke Mekah, ketika itulah bermulanya solat dengan kiblat terarah ke Masjidil Aqsa; kiblat pertama yang mana Nabi Muhammad s.a.w telah diperkenalkan terlebih dahulu dengannya sebelum ini.

Seolah-olahnya, sebelum menerima perintah solat yang wajib itu, Tuhan juga mahu berbicara kepada kekasihnya, "Inilah nantinya yang akan menjadi kiblat umatmu kelak!"

Mirip kisah tarbiyah Musa - Khidhir

Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.

Diriwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.

Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.

Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.

Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.

Demikian iktibar ke atas penguasa yang tidak kuat menanggung amanah rakyat, tapi masih sanggup lagi menanggung amanah rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka menderita azab yang parah di akhirat kelak.

Demi sesungguhnya, iktibar dan pengajaran Isra' Mi'raj ini tak akan sampai tamat diulas kerana falsafahnya sangatlah kaya sekali sehinggakan kita tidak akan jemu-jemu meneliti kisah ini.

Sebuah kisah yang sarat dengan inti pengajaran dan padat dengan iktibar khususnya kepada pemerintah yang masih enggan menginsafi segala kejahatan yang dilakukannya selama ini sehingga mengundang musibah besar ke atas rakyatnya pula.

Tuesday, July 21, 2009

Manusia Paling Kerdil Di Dunia


DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.

Tidak sabar-sabar menanti hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan, Khagendra dan keluarganya sudah menjalin hubungan dengan Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter.

Bagaimanapun, Khagendra yang seberat 4.54 kilogram seolah-olah sudah menjadi selebriti di negara kelahirannya, Nepal. Tokoh politik turut ghairah untuk melihat Khagendra diiktiraf sebagai lelaki paling kerdil di dunia. Penduduk kampungnya pula menggelarnya ‘Buddha kecil’. Dia dilahirkan 17 tahun lalu di daerah Baglung, 200 kilometer dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat berasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil. “Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33. “Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.” Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat. Sementara itu, keluarganya mewujudkan Yayasan Khagendra Thapa Magar untuk mempromosi usahanya bagi diisytiharkan lelaki paling kerdil di dunia. “Dia sudah terkenal di seluruh Nepal dan India,” kata bapanya, Rupp Abrader Thana Magyar, 36. “Dia menyertai kumpulan tarian dan menjelajah ke beberapa tempat supaya orang boleh melihatnya. Dia melakukannya beberapa kali setahun dan kini kami berharap dia akan disahkan sebagai lelaki paling kerdil.” Menurut ibu bapanya, Khagendra berhenti membesar tahun lalu dan mereka menjangka ketinggiannya akan kekal seperti sekarang. “Walaupun dia kecil, kami tetap bangga dengannya,” kata Rupp. Jika dia mengambil alih gelaran itu, Khagendra akan menggantikan tempat Ping Ping yang kini berusia 20 tahun dan menetap di wilayah Guade, China. Khagendra memohon kepada Guinness pada 2006 ketika dia berusia 14 tahun, tetapi permohonannya ditolak kerana masih di bawah umur. “Kami sudah menanti tiga setengah tahun. Hanya tinggal empat bulan sebelum impian itu tercapai. Ketika menemui Menteri Luar, Sujata Koirala baru-baru ini, dia berjanji untuk menyokong hasrat kami,” kata Rupp. Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya untuk belajar menulis dan membaca. “Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra. Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi. Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness. “Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra. Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik. “Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu. “Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.

Sunday, July 19, 2009

JOM NGAIL




Pada hari Sabtu 18 Julai .. Satu Pertandingan memancing cara tradisional telah di adakan di Kg Bukit Kemuning , Temerloh. Acara tersebut dianjurkan oleh Belia Kg Bukit Kemuning bermula seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.. Namun begitu gambar yang sempat di rakam hanya pertandingan untuk urusetia sahaja .. Hadiah lumayan menanti peserta .. iaitu RM 2000.00 bagi juara… tapi tak tau siapa dia…











Saturday, July 18, 2009

Kami dapat ahli keluarga baru..

Hari yang bersejarah nie berlaku pada Hari Jumaat 17 Julai 2009 bersamaan 24 Rajab 1430 Hijrah. Sebelum tu nak cerita sikit apa yang berlaku. Orang rumah telah di masukkan ke wad kenanga 3 di Hospital Sultan Haji Ahmad Temerloh pada petang Khamis pada jam 4.45 petang. Selepas jemput anak pulang dari sekolah , orang rumah telefon mintak bawakan surat ayat – ayat Mathurat dan juga Kad pengenalan kerana lupa nak bawak masa pendaftaran masuk ke wad.
Jam 5.00 pagi ( Jumaat ) Orang rumah telefon . beliau selamat bersalin jam 2.40 pagi dan berada di Wad Kenanga 4 . Syukur Alhamdulillah kami dapat cahaya mata puteri .. Berat dia cuma 2.09 Kg. Selepas subuh kira – kira jam 6.30 pagi saya pun bergegas ke hospital. Bila sampai di sana .. baby tersebut selamat saya azankan dan iqamat.Bila dah selesai saya pun pulang bersama uri atau tembuni untuk di tanam.. Selepas jumaat orang rumah telefon , baby boleh pulang sekiranya sudah kencing dan berak. Saya berdoa mintak boleh pulang petang nie juga.
Pukul 5.00 petang pergi ke rumah ayah dan emak dekat Kg Lubuk Kawah untuk ditanam uri atau tembuni tersebut . Selepas selesai tanam uri atau tembuni tersebut , Orang rumah telefon , boleh keluar wad. Pukul 6.15 sampai kat hospital , selepas semua urusan selesai … baby selamat pulang ke rumah hampir jam 7.00 malam.. Begitulah ceritanya..



Tembuni atau uri yang hendak ditanam







Bersama ibu tercinta..








Pelancongan Orang Asli



PERNAHKAH anda mencuba ikan bersama nasi yang dimasak dalam buluh? Tanpa perisa tambahan dan perahan rempah ratus, aroma ikan sungai segar seperti Kelah yang dibalut pokok hutan, Renting ini, mampu membangkitkan selera.

Beras pula dimasak dalam bungkusan kecil menggunakan daun Ler yang lebih panjang memudahkan pembahagian nasi kepada ahli keluarga dan jiran. Siap dimasak, hidangan ini kelihatan seperti nasi himpit, cuma dalam bungkusan lebih besar.


Cara hidup tradisional tanpa kebergantungan peralatan moden dalam menjalankan kehidupan seharian ini menjadi tarikan pelancong yang menyertai pakej pelancongan Orang Asli di Cameron Highlands, baru-baru ini.

Namun, konsep pelancongan ini tidak memerlukan anda bermalam bersama penduduk, sebaliknya lebih menjurus kepada lawatan ke perkampungan Orang Asli sambil menyelami cara hidup dan budaya diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Peserta akan dibawa mengunjungi dusun buah-buahan, belajar menangkap ikan dan menggunakan sumpit. Mereka berpeluang merentas denai hutan untuk melawat air terjun sambil mengenal tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan bunga terbesar dunia, Rafflesia.

Seakan tidak lengkap pakej ini tanpa menyaksikan persembahan sewang sambil diiringi alunan muzik tradisional menggunakan buluh. Sama ada dalam rumah atau ruangan terbuka, persembahan ini lazimnya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam.

Pakej ini yang hampir sama dengan konsep homestay akan meliputi 16 pakej menarik termasuk perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands, Taman Negara, Kuala Tahan, Tasik Chini, di Pahang selain Hutan Belum, Perak dan Sungai Nenggiri di Kelantan.

Lokasi itu dipilih berdasarkan kemudahan laluan ke perkampungan masyarakat itu serta keterbukaan mereka menerima masyarakat luar serta wujudnya pelbagai tarikan dan aktiviti untuk pengunjung.

Cameron Highlands terkenal dengan cuaca sejuk pergunungan, pemandangan indah ladang teh, kebun sayuran dan buah-buahan, manakala Taman Negara dengan laluan titi gantung di tengah kehijauan hutan hujan tertua di dunia.

Sungai Nenggiri di pedalaman Kelantan menjadi lokasi terbaik untuk aktiviti lasak seperti berakit arus deras atau white water rafting, memancing, penerokaan tapak arkeologi, dan terbaru merentas denai untuk melihat lokasi suci gajah mati.

Lokasi lain seperti Tasik Chini dan Taman Negara Endau Rompin di Pahang atau Hutan Belum di Perak pula menawarkan tarikan pengalaman berkayak di tasik air tawar dan kembara pacuan empat roda denai untuk menyaksikan aktiviti hidupan liar dalam habitat semula jadinya.

Sekurang-kurangnya, kebanjiran pelancong terutama warga asing ke destinasi pelancongan ini turut membuka peluang penyertaan Orang Asli dalam sektor pelancongan, sekali gus menyumbang peningkatan taraf hidup masyarakat itu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata pelancong dari Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman dan United Kingdom lebih tertarik dan menghargai gaya hidup dan warisan masyarakat Orang Asli seluruh dunia termasuk Malaysia.

"Ini kerana negara maju menganggap masyarakat Orang Asli serta kehidupan tradisional mereka sangat eksotik dan menarik untuk dilawati," katanya selepas pelancaran Pakej Pelancongan Orang Asli Malaysia di Kampung Sg Ruil, Cameron Highlands, baru-baru ini.

Majlis pelancaran program anjuran Tourism Malaysia ini disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Program itu turut menampilkan kehalusan topeng masyarakat Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor yang diiktiraf sebagai antara warisan kraftangan dunia oleh Unesco, penghasilan beliung oleh kaum Semai dan demonstrasi pembuatan kraftangan daripada hasil rimba.



>INFO

>Pakej pelancongan Orang Asli meliputi tarikan ekopelancongan utama negara. Di Pahang, ini meliputi Taman Negara Kuala Tahan dan Pusat Konservasi Seladang di Kuala Krau, Cameron Highlands, Tasik Chini dan Taman Negara Endau Rompin. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan Orang Asli di seluruh Malaysia, layari www.tourism.gov.my.

>Mengikut perangkaan terkini, ada 140,000 Orang Asli di seluruh negara. Jika masih kabur dengan cara hidup masyarakat yang terbahagi kepada kaum Senoi, Negrito dan Proto-Melayu ini, kunjungi Muzium Orang Asli (03-61892122) di Gombak, Selangor.

Muzium dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini mempamerkan koleksi peralatan pemburuan dan pertanian, pakaian, perhiasan dan cenderamata komuniti. Masuk adalah percuma.



RUJUKAN PERCUTIAN

Tourism Malaysia

Tel: 03-2615 8188 /

Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207

Talian Pelancongan: 1-300-88-5050




Saturday, July 11, 2009

Kenduri Kahwin



Pada hari ini sabtu 11 Julai 2009 . Jiran Rumah saya telah mengadakan kenduri kahwin menjemput menantu ... Yang mana sebelum ini saya telah ceritakan saya pergi berarak kahwin pada minggu sebelumnya... Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan.....





Tetamu sedang menikmati jamuan







Mak mentua sedang mengagihkan makanan




Rombongan telah sampai pada jam 12.45 tengahari



Sedang berarak menuju ke rumah




Kelihatan pengantin sedang memberi gula - gula kepada kanak - kanak yang hadir



Berdoa sebelum menikmati jamuan

Friday, July 10, 2009

Malaysia negara yang banyak panahan petir, kenapa tiada statistik?

Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.
Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.
Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?
Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.
Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.
Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut dibaca ketika guruh dan petir.
Bak kata Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikel akhbar The Star "We shouldn't wait until lightning strikes a VIP before we take strong action." Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.
Terjemahan Al Quran : "Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya." (Surah Ar-Ra'd , ayat 13)

Langkah Berjaga-jaga, H1N1 Kian Serius

Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.
Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.
Menurut laporan Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.
Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.
"Gejala kejadian bermula antara 4 hingga 8 Julai 2009.
"Punca kejadian kemungkinan berlaku di syarikat berkenaan berdasarkan siasatan mendapati syarikat berkenaan sentiasa menerima pelawat-pelawat dari luar negara," kata menteri kesihatan.
Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu.
Sehingga kini jumlah keseluruhan penularan tempatan 159 kes.
Semalam, kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).
"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.
"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan," kenyataan kementerian dipetik.
Liow juga berkata, susulan merebaknya wabak tersebut di syarikat swasta itu dan ALAM, "ini memberi petunjuk awal bahawa terdapat penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti."
"Kementerian Kesihatan perlu membuat persediaan proaktif kepada perkara ini," kata Liow.
"Jika penularan dalam komuniti ini tidak dikawal dengan baik, penularan akan meluas dengan cepat dan akan melibatkan kes-kes yang banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal, kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."
Liow menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:
1.Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.
2.Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.
3.Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.
Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.
Kes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.
Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.
Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.
Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.
Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.
Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Thursday, July 9, 2009

APA SIKAP KITA TENTANG PERSOALAN BULAN REJAB

SILA FIKIRKAN BERSAMA

Artikal ini saya ambil dari email yang dihantar kepada saya oleh seorang pengunjung. Semoga persoalan yang dilontarkan dapat kita fahami dan buat satu keputusan yang kukuh sebagai pendirian kita.

BULAN REJAB

Oleh: Ust Jamaluddin Bin Hj Johari


Kalau diperhatikan kepada masyarakat kita Malaysia dalam bulan Rejab, ramai di kalangan kita mempunyai kepercayaan terhadap fadhilat bulan Rejab serta mereka melakukan amal ibadat tertentu dalam bulan Rejab berdasarkan hadith-hadith yang lemah lagi munkar (palsu) .

Kata Qadhi Al-Fadhil bin Ayadh Rahimahullah: "sesungguhnya sesuatu amalan itu sekiranya dilakukan dengan rasa ikhlas tetapi tidak betul dan tepat maka ia tidak akan diterima dan sekiranya amalan itu dilakukan dengan betul dan tepat tetapi tidak dengan niat ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan rasa ikhlas dan betul serta bertepatan barulah ia diterima oleh Allah. Katanya lagi: yang dikatakan ikhlas ialah semata-mata kerana Allah swt dan yg dimaksudkan dengan betul atau betetapan itu ialah mengikut sunnah Nabi".

{sila lihat kita Jami' Ulum dan Hikam Ibnu Rejab : ms 72 }

Syarat diterima sesuatu amalan itu oleh Allah ada dua syarat:-

1. Niat ikhlas kepada Allah. Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" (surah Al-Baiyinah :5)
2. Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barang siapa yang beramal dengan satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith: "Barangsiapa yang mereka-reka satu amalan dalam agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak (tidak diterima)" [hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211]

Definisi Rejab Dan Sebab Dinamakannya.

Dari segi bahasa: Rejab makna menghormati dan memuliakan.

Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

(Kamus Al-Muhid , ms 113 dan Lisan Al-Arabi , jz 1 / ms 411-412

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' di dalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firman Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati". Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang di dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw.

Di antara perkara-perkara yang menjadi kepercayaan dan amalan yang dilakukan dalam bulan Rejab iaitu:-

1. Sambutan perayaan sempena Isra' dan Mi'raj pada 27 rejab dengan amalan-amalan tertentu.

Kata Imam Bin Baaz rahimahullah: "Pada malam 27 rejab yang dikatakan berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi saw, tidak ada satu pun hadith sahih yang menentukan bila berlakunya Isra' dan Mi'raj Nabi. Hadith-hadith yang meriwayatkan tentang malam belakunya Isra' dan Mi'raj kesemuanya tidak sahih dari Nabi di sisi ahli hadith. Ada hikmah Allah swt yang tertentu disebalik tidak menyatakan kepada manusia bila hari belaku peristiwa itu .Jika sekalipun peristiwa Isra' dan Mi'raj belaku pada tarikh yang dikatakan itu, tidak boleh bagi umat Islam menentukan dan melakukan sesuatu amal ibadat pada 27 rejab dan tidak harus melakukan sambutan perayaan pada hari itu kerana Nabi saw dan para sahabatnya tidak pernah melakukannya dan juga mereka tidak pernah menentukan sesuatu amal ibadat pun pada hari itu. Kalaulah ia satu perkara yang disyariatkan oleh agama sudah tentu Nabi saw telah menerangkannya kepada sahabatnya dengan perkataan atau perbuatan. Kalau benar-benar ada sambutan perayaan dan amal ibadat tertentu dibuat oleh Nabi sudah tentu telah tersebar dengan meluas dan para sahabat telah menyatakannya kepada kita. (Risalah At-Tahzir min Bid'ah Risalah peringatan daripada Bid'ah : ms 7)

2. Puasa Khas pada 27 Rejab Sempena Isra' dan Mi'raj.

Kata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: "Antara puasa bulan haram ialah puasa pada 27 rejab yang direka-reka oleh setengah orang mengikut hawa nafsu mereka semata-mata, yang tidak disyariatkannya oleh Allah dan tidak dilakukan oleh Nabi kita serta para Khulafa Rasyidin dan juga tidak ada para ulama yang menyuruh melakukannya. Di kalangan kita beranggapan bahawa pada 27 rejab itu berlaku satu peristiwa besar terhadap Nabi kita saw iaitu Isra' dan Mi'raj, oleh itu kita harus bersyukur atas nikmat besar ini yang dikurnia oleh Allah kepada Nabi kita dengan cara kita berpuasa pada hari itu. Tidak ada dalil yang mensyariatkan berpuasa pada hari itu. Kata Ibnu Qaiyim dalam kitabnya Zaadil Mi'aad di dalam menerangkan tentang malam Isra' dan Mi'raj yang diambil dari kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah: "Tidak diketahui seorang pun dari kalangan muslimin yang menentukan kelebihan malam Isra' dan Mi'raj daripada malam yang lain. Jika ada kelebihan malam itu sudah tentu para sahabat telah menerangkannya oleh kerana tidak diketahui bilakah malam belaku Isra' Mi'raj dan tidak ada dalil yang jelas menerangkan Isra' Mi'raj belaku pada bulan Rejab terutama malam 27. Oleh itu tidak harus kaum muslim menentukan apa pun jenis ibadat pada malam 27 rejab atau malam selainnya. (Islam Online.net, Fatwa Dr Yusuf Qardhawi bertarikh 22 /09 / 2003)

3. Solat Raghaaib ( solat-solat sunat) . a) Sifat solat raghaib

Hadith yang menceritakan sifat solat sunat dalam bulan Rejab adalah hadith dusta terhadap Nabi saw. Antara hadithnya yang dikatakan dari Anas bin Malik ra berkata, bersabda Nabi saw: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, bulan Ramadhan bulan umatku" ..sehingga sabdanya "tidak sesorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab, kemudian ia bersolat pada malam jumaat antara waktu isyak 12 rakaat .. kecuali Allah akan mengampuni kesemua dosanya sekalipun dosanya seperti buih di laut dan sebanyak daun-daun pohon kayu serta diberi syafa'at pada hari kiamat sebanyak 700 dari ahli bait ... sehingga akhir hadith. Kata Ibnu Al-Jauzi Rahimahullah: "Hadith-hadith ini adalah hadith maudhu' (palsu) terhadap Nabi saw. Ini adalah kerana dalam riwayat hadith ini terdapat orang yang bernama Ibnu Juhaim dimana para ahli hadith menyifatkannya sebagai pendusta. Aku telah mendengar dari syeikhku Abdul Wahab Hafiz menyatakan: "Perawi-perawi hadith itu tidak diketahui siapa mereka dan aku telah berusaha mencari dalam semua kitab perawi hadith tidak seorang pun nama-nama mereka yang aku temui" [sila lihat kitab hadith-hadith palsu ( Maudhu'at) oleh Ibnu Al-Juazi : jz 2 / ms 123-125]

Begitu juga kata Imam As-Syaukani Rahimahullah: "Hadith-hadith itu adalah hadith maudhu (palsu) dan para perawinya majhul (tidak dikenali), inilah solat-solat sunat yang menjadi mahsyur di kalangan umat Islam, kesemua ahli para hafiz hadith bersepakat mengatakan bahawa hadith itu palsu. (Kitab Al- Fawaeid Al-Majmuah dalam hadis-hadis palsu: ms 48)

b) Hukumnya, kata Iman An-Nawawi: "Sesungguhnya solat-solat raghaib itu adalah bid'ah munkarah daripada bid'ah yang sesat" (Kitab Sahih Muslim Syarah Imam An-Nawawi : jz 8 / ms 20)

Kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah: " Solat raghaib dalam bulan Rejab tidak ada asalnya dari agama malah ia dari perkara bid'ah yang direka-reka dengan sepakat para ulama, tidak disunahkan oleh Nabi saw dan tidak ada seorang pun dari kalangan Khulafa Rasyidin yang melakukannya dan tidak juga para ulama seperti Imam Malik, Syafei, Ahmad, Abu Hanifah, Thauri, Auza'ei, Laith dan selain dari mereka. Hadith-hadith yang diriwayat tentangnya kesemuanya palsu lagi dusta. ( Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : jz 23 / ms 123)

Begitu juga kata Hafiz Ibnu Rejab: "Solat raghaib ini adalah bid'ah di sisi jumhur ulama. Solat ini tidak disebut oleh para ulama dahulu kerana ia direka dan awal timbulnya selepas zaman mereka sesudah 400 tahun". (Kitab Lataeif Al-Ma'arif Ibnu Rejab : ms 228)

4. Puasa Bulan Rejab keseluruhannya atau sebahagiannya dengan berkeyakinan ada ganjaran-ganjaran pahala tertentu ( fadhilatnya).

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani: "Tidak ada hadith sahih yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab dan tidak juga tentang puasa Rejab atau pun puasa yang tertentu dan juga tentang solat qiamulail yang khas dalamnya". (Kitab Tabyin Al-A'jab dalam bab menceritkan tentang fadhilat Rejab , Ibnu Hajar : ms 23)

Kata Ibnu Qaiyim: "Hadith-hadith yang menceritakan tentang puasa rejab dan solat sebahagian malam pada bulan rejab adalah kesemuanya hadith palsu yang diada-adakan" (Kitab Al-Manar Al-Munif dalam Hadith Sahih dan Dhaeif , Ibnu Al-Qaiyim : ms 97)

Diceritakan bahawa Saidina Umar Ibnu Khatab ra telah memukul tangan-tangan orang yang berpuasa rejab sehingga mereka meninggalkannya serta berkata: bahawasanya bulan rejab ini adalah bulan yang dihormati dan dimuliakan oleh orang-orang jahiliyah. (diceritakan oleh Ibnu Dahiyah dalam kitabnya yang berjudul : Adaa' Ma Wajaba Min Bayan Wadh'ei Al-Wadhaa'ein Fil Rejab, ms 113. Disahkan cerita ini oleh Syeikh Albaani dalam kitab Irwa' Al-Ghalil : jz 4 / ms 113-114)

Kata Imam At-Taratusyei: "Jika sesorang itu ingin berpuasa dalam bulan Rejab dibolehkan asalkan BUKAN puasanya itu kerana bulan Rejab serta jangan berangapan ia adalah wajib atau sunat". (Kitab Hawadith dan Bid'ah, At-Taratusyei :ms 110-111)

5. Umrah Dalam Bulan Rejab Dengan Berkeyakinan Menuniakan Umrah Dalamnya Ada Fadhilat Tertentu.

Tidak ada hadith yang menceritakan bahawa Nabi saw melakukan umrah dalam bulan Rejab atau mengkhususkan umrah dalam rejab sahaja tanpa bulan yang lain. Tidak ada beza pahala umrah pada bulan rejab dari bulan yang lain sebagaiman yang disangka oleh setengah orang. Nabi saw me;lakukan umrah sepanjang hayat sebanyak 4 kali sahaja iaitu:

1- Umrah Hudaibiyah pada tahun ke 6 hijrah.

2- Umrah Qadha pada tahun selepasnya (tahun ke7 hijrah).

3- Umrah dari Ja'ranah ketika keluar dalam peperangan Hunain.

4- Umrah bersama dengan haji ketika Nabi menunaikan haji.

(Kitab Zaadul Mi'aad , Ibnu Qaiyim : jz 2 / ms 90-91)

Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alisyeikh rahimahullah menyatakan bahawa para ulama melarang daripada menentukan hanya pada bulan Rejab sahaja banyak melakukan umrah.

(Kitab Fatawa Syeikh Muhammad Bin Ibrahim Alisyeikh : jz 6/ ms 131)

Berkata Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri: "Pendapat yang kuat disisiku wallahu alam- ialah mengkhususkan umrah hanya pada bulan Rejab tidak ada asal usulnya dari agama kerana tidak ada dalil syara' ( Al-Quran dan Sunnah) yang mengkhususkan umrah dalam bulan Rejab, disampin itu terbukti dari sirah Nabawi bahawa beliau tidak pernah melakukan umrah pada bulan Rejab sama sekali. (Kitab Bid'ah Hauliyah Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri: ms 238)

Kalau benar ada fadhilat yang tertentu bagi umrah dalam bulan Rejab sudah tentu para ulama telah menyebutnya kerana mereka lebih mengambil berat terutama dalam hal-hal ibadat sebagaimana fadhilat umrah dalam bulan Ramadhan dan seumpamanya .

Sebagaimana yang diceritakan dari Ibnu Umar ra , ketika mana dia ditanya orang: "Wahai ayah Abdul Rahman, adakah pernah Nabi saw berumrah pada bulan Rejab", jawabnya: ya, bila Aisyah r.aha mendengar jawab Ibnu Umar itu, ia menafikan yang Nabi pernah berumrah dalam bulan Rejab. Ibnu Umar bila mendengar penafian Aisyah itu, ia terdiam tidak berkata apa-apa samada tidak atau ya. Kalau betul ada fadhilat umrah dalam bulam Rejab sudah tentu Aisyah telah menyebutnya. (sila lihat kitab Adab dalam bulan Rejab oleh Mala Ali Qari : ms 49-51)

UJIAN DARIPADA ALLAH...

SALAM ... ketemu lagi setelah beberapa hari saya tidak membuka blog.. nie.

nak tau kenapa ... saya telah diserang demam selsema. Mintak pada Allah jauhkan penyakit yang ditakuti sekarang H1N1. Penyakit nie mula - mula nak kena pada hari selasa 7/7/2009.Pada sebelah paginya asyik terbersin saja.. alamat nak demam nie badan pun rasa lemah saje. Namun begitu sempat juga jadi hakim karnival Pra Zon Tembangau.
kat SK Felda Bukit Puchong. Balik dari sek felda bukit puchong badan rasa teramat lemah. Bawak kereta pun 60km/j je. Sampai kat rumah terus cari katillah nak baring ...sebelum tu telan panadol 2 bijik. Bila orang rumah balik keja ...dia tanye kenape baring je.. saya jawab demamlah. Orang rumah terus ajak ke klinik.. Pegi klinik dapat ubat selsema & surat cuti sakit 1 hari iaitu pd 8/7/2009 (Rabu). Bila makan ubat selsema nie doktor cakap ada mengantuk sikit ...memang ye kepala nie asyik melayang-layang je macam nak tidur.. Pada hari rabu tu seharianlah saya duk atas katil terbaring... Lps makan ubat nie alhamdulillah selsema tiada lagi dan badan rasanya sihat sikit dan boleh bertugas pd hari ini (Khamis) .. pada sebelah malamnya aduh...blackout lah pulak ... panasnye x boleh tidur sampailah api ade balik dekat kul 6.00 pagi lah jugak. Begitulah ujian yang sikit diberikan kepada Allah ... kita patut bersabar ...berdoa dan mintak ampun kepada Allah .Entahlah orang diluar sana mungkin kena ujian lebih berat lagii...walaubagaimanapun kita patut bersyukur kerana Allah sayang pada kitalah Dia beri ujian kepada kita...