Thursday, December 31, 2009

Kisah Bertanya Pada Ahli Hikmah

LILLAHI TAA'LA.....
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM...


Panas gurun pasir seakan membakar ubun-ubun, ketika seorang pemuda bernama Fulan melangkah tanpa kenal penat lelah. Telah berpuluh kilometer jarak yang dia tempuhi, namun semangatnya tak jua meluntur,demi mengikuti jejak seorang Ahli Hikmah.Ada sesuatu yang begitu menganggu hati si Fulan,dan ia berharap Ahli Hikmah itu dapat memberikan jawapan pada semua pertanyaannya.




“Wahai, Ahli Hikmah yang dimuliakan Allah! Telah begitu jauh jarak yang kutempuhi untuk
mencarimu.Rupanya, di tempat inilah Allah berkenan mempertemukan kita,” kata si Fulan
penuh kelegaan.Ahli Hikmah yang sedang berisitirahat di bawah pohon kurma tertegun.




“Wahai, Pemuda! Siapakah engkau ini ? Ada keperluan apa kau mencariku ?” tanyanya heran.
Si Fulan duduk bersila di hadapannya. “Aku adalah si Fulan. Telah berbilang masa aku mencarimu,demi mendapatkan jawapan atas pertanyaan-pertanyaanku. Aku ingin mendapatkan ilmu yang telah diberikan Allah padamu,” jawab si Fulan santun.
“Semoga Allah menerima jerih payahmu itu sebagai pahala wahai, Fulan. Apakah gerangan yang ingin kau tanyakan ?” tanya Ahli Hikmah itu ramah.Si Fulan terdiam sejenak.




“Ceritakanlah padaku tentang LANGIT, dan apakah yang lebih berat darinya.”
Ahli Hikmah itu mengangguk. “Ketahuilah, Fulan. Bahwa KEBOHONGAN yang dilakukan oleh
orang-orang suci adalah lebih berat daripada langit.”



“Lalu ceritakanlah tentang BUMI, dan apa yang lebih luas darinya,” pinta si Fulan lagi
bersemangat.“Sesungguhnya, KEBENARAN adalah lebih luas daripada bumi,” jawab si Ahli Hikmah pula.




“Dan ceritakanlah tentang BATU, serta apa yang lebih keras darinya.”“HATI orang kafir jauh lebih keras daripada batu wahai, Fulan.”



“Lalu, apakah yang lebih panas dari API wahai, Ahli Hikmah ?”“Sungguh KERAKUSAN lebih panas daripada api.”




“Ceritakanlah pula tentang ZAMZAHIR, dan apa yang lebih dingin darinya.” “Wahai, Fulan. Ketika kau sangat butuh pada orang yang kau cintai, tapi kau DIACUHKAN, maka itu jauh lebih dingin daripada zamzahir.”




“Alangkah engkau sangat bijak wahai, Ahli Hikmah. Tapi ceritakanlah padaku tentang LAUT, dan apa yang lebih kaya darinya.”
“Ketahuilah, hati yang selalu QONA’AH jauh lebih kaya daripada laut dan segala isinya.”




“Orang yang suka menghasut, lalu perkara itu terbongkar di depan orang ramai, maka ia
dipandang jauh lebih hina".
Si Fulan pun terdiam sejenak sambil menarik nafas panjang.
“Sungguh Allah telah menganugerahkan kemuliaan dan ilmu yang tinggi padamu wahai, Ahli Hikmah. Kini hatiku terasa tenang karena telah mendapatkan apa yang kucari selama ini,” kata si Fulan kemudian. “Jika demikian, engkau boleh kembali ke kampung halamanmu,” kata si Ahli Hikmah sambil tersenyum.
“Tidak, aku tak kan pergi ! Sungguh setelah mendengar semua jawabanmu, aku tidak akan
meninggalkanmu lagi. Sampai semua ilmu yang kau miliki kau bagikan padaku,” jawab si Fulan
mantap. Si Ahli Hikmah tertegun melihat kekukuhan hati pemuda itu. Ia pun tak kuasa menolak.Maka sejak itu jadilah si Fulan sebagai pengikut setianya hingga masa yang tak ditentukan.



(*) Catatan: Zamzahir = Air yang sangat dingin



Segala sifat dan perkara yang baik dari diri ini datangnya dari ALLAH SUBHANAHUWATAA'LA...
Dan,segala yang buruk datangnya dari diri ini.


Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....



Sumber: sYok.Org

Tuesday, December 22, 2009

LOBAK,TELUR DAN KOPI dengan hidup kita???

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Untuk renungan bersama.........


Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian
atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

wallahua'lam


sumber: sYok.Org

Sunday, December 20, 2009

Kisah hidup seorang Guru BM

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami pandai sangat?

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)



SUMBER : sYok.Org

Thursday, December 17, 2009

ARAHAN RASULULLAH TENTANG MAKANAN DAN MINUMAN YANG LALAT JATUH DI DALAMNYA.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya :

“ Apabila ada lalat jatuh ke dalam hidanganmu , hendaklah kau tenggelamkan lalat itu ke dalam hidangan itu ( sebelum di angkat ) . Kerana pada salah satu sayap lalat itu mengandungi penyakit dan pada sayap lain mengandungi ubat penawar “.

Dalam hadis lain disebutkan mafhumnya:

“ Pada salah satu sayap lalat itu mengandungi racun dan pada sayap lain ada ubat penawar. Oleh kerana apabila lalat itu jatuh ke dalam makanan , maka hendaklah engkau menenggelamkannya. Kerana dengan demikian beerti mendahulukan racun dan mengakhirkan ubat penawar ( racun hilang akibat ubat penawar) “

Kesimpulan dari mafhum hadis di atas adalah :

  1. Perintah membunuh binatang lalat tersebut. Kerana dengan menenggelamkannya ke dalam air atau makanan , sudah tetentu lalat itu mati. Lebih –lebih lagi apabila makanan atau air itu panas.
  2. Masalah Fekah : lalat yang jatuh ke dalam makanan atau air , tidak menajiskan. Termasuk juga binatang yang darahnya tidak mengalir seperti : lebah tebuan , labah – labah dan lain – lain.
  3. Masalah perubatan dalam hadis di atas terkandung dalam kalimat ‘famluquuhu’ ( tenggelamkanlah) yang gunannya untuk mengeluarkan ubat penawar racun yang terlebih dahulu keluar sebaik sahaja lalat jatuh ke dalam air atau makanan.

Lalat mengandungi virus penyakit yang terdapat pada sengatnya (senjatanya). Bila lalat itu jatuh pada makanan atau minuman , senjata it terus mengeluarkan racun penyakit. Rasulullah menyuruh menenggelamkan lalt itu sama sekali , agar ubat penawar yang diciptakan oleh Allah pada salah satu sayapnya boleh keluar dan membasmi virus penyakit tadi.

Tuesday, December 8, 2009

PERUBATAN CARA RASULULLAH S.A.W

Inilah contoh mengubat jasmani dengan menghilangkan setiap benda – benda pada badan yang menyebabkan penyakit.

Ada beberapa perkara pada tubuh manusia yang bila ditahan atau tidak dilepaskan pada masa yang perlu boleh menimbulkan penyakit. Di antara benda – benda itu ialah :-

  1. Darah

Apabila darah itu kotor atau berlebihan.

  1. Air Mani

Apabila nafsunya sudah memuncak.

  1. Air kencing.

Apabila sampai masanya untuk kencing.

  1. Buang air besar.

Apabila telah sampai masanya untuk buang air besar.

  1. Kentut.

Apabila terasa hendak kentut.

  1. Muntah.

Apabila terasa hendak muntah.

  1. Bersin.

Apabila terasa hendak bersin.

  1. Hingus.

Apabila terasa hendak keluar hingus.

  1. Mengantuk.

Apabila rasa mengantuk.

  1. Lapar.

Apabila terasa lapar.

  1. Dahaga.

Apabila terasa dahaga dan lain-lain.

Semua perkara di atas mesti dilepaskan atau dihilangkan pada masa tertentu , kalau tidak ianya akan menyebabkan sesuatu penyakit.

Saturday, December 5, 2009

Makkah

BUDAK KENIT

CUBA LIHAT VIDEO NIE...


Friday, December 4, 2009

MAJLIS KAHWIN DI MUAR

SALAM...

PADA 4/10 / 2009 SAYA TELAH MENGHADIRI SATU MAJLIS PERKAHWINAN KELUARGA ANGKAT KAT MUAR.SEBELUM ITU KAMI BERTOLAK KE MUAR JAM 6.30 PTG DARI TEMERLOH DAN SAMPAI KAT SANA KIRA - KIRA JAM 10.00 MLM. ADIK IPAR TELAH MENUNGGU KAT SANA DAH TELAHPUN MENEMPAH HOTEL BAJET , BELIAU DARI KUANTAN. PADA KEESOKANNYA PERGI KE RUMAH PENGANTIN KAT JALAN BAKRI MUAR. BERIKUT GAMBAR YANG SEMPAT DI RAKAM...




























Tuesday, December 1, 2009

Majlis KORBAN 09

SALAM.. PADA RAYA HAJI KEDUA SAYA SEMPAT MENGHADIRI MAJLIS KORBAN KAT KAMPUNG SAYA KAT BERHALA GANTANG ... MAJLIS TERSEBUT DIADAKAN DI RUMAH MAK SEDARA SAYA YANG BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH MENENGAH AL- WOSTO... MAJLIS TERSEBUT BERMULA SEAWAL 8.00 PAGI ( JAMUAN ) DAN BERAKHIR PADA PUKUL 1.00 PETANG... SEBANYAK EMPAT EKOR LEMBU BERJAYA DI KORBANKAN....















Main muzik pakai kasut roda

Cuba tengok ye...




video