Wednesday, February 12, 2014

[PEMBONGKARAN EKSKLUSIF] Penemuan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok | MISTERI YANG TERUNGKAI

[PEMBONGKARAN EKSKLUSIF] Penemuan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok | MISTERI YANG TERUNGKAI | Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.
Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. 

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.
Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
kapal-nabi-nuh
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
 Cakera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.




Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

DALAMAN RUMAH BAGINDA RASULULLAH SAW | SUBHANALLAH

[EKSKLUSIF] REPLIKA REKAAN DALAMAN RUMAH BAGINDA RASULULLAH SAW | SUBHANALLAH | Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah yang bersandarkan hadis yang sahih.
 
 
Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah.
Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah dan selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia yang hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah 'pondok' persinggahan menuju ke dunia yang satu lagi.
 
Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada kenapa orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tak mampu bertindak seperti Rasulullah. Firman ALLAH Subhanawata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 44

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? 
 

Friday, July 19, 2013

NASIHAT | Seekor Nafsu Sama Dengan 70 Ekor Syaitan

Nasihat | Seekor Nafsu Sama Dengan 70 Ekor Syaitan | Pagi-pagi ni peristiwa yang paling susah nak adalah apa? Kalau budak-budak sudah tentu susah bangun pagi, lagi-lagi kalau masa cuti sekolah begini. Orang dewasa pun sama, sambung sekali dengan budak-budak. Biasanya kalau dah lepas solat subuh, terus tidur.
Bukan cerita pasal orang lain, kekadang aku pun sama juga.
Kita tidak perasan bahawa kita sedang memenangkan nafsu ketika itu, kadang-kadang kita sambung tidur sehingga petang. Kita tidak sedar bahawa kita telah merugikan masa yang telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Asr.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Allah taala bersumpah demi masa ini, kenapa? Kerana masa inilah yang membuatkan manusia rugi dalam umurnya, kita sibuk mencari dunia, sedangkan yang ditanya adalah apakah amalmu.
Ibarat kita ingin mengambil peperiksaan, lain yang ditanya lain yang kita prepare. Fail lah jawabnya.
Samalah juga kita kat dunia ni, kita hidup ni untuk apa? kat sekolah pun dah ajar bukan? Semua mesti jawab, kita hidup ni untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Tapi sejauh mana kita menghayati pengabdian ini, seolah-olah kita ni tiada tuhan, apabila orang lebih daripada kita, kita kata dia tu mengada-ngada la tu, apabila orang naik pangkat, kita cakap bodek bos la tu, apabila orang nasihat kita, kita kata nak tunjuk alim la tu.
Semua orang kita kondem, kita lupa yang hati kita dah rosak pada masa tu.
Inilah nafsu yang susah untuk kita tundukkan, Imam Ghazali pernah berkata Nasfu kita ini ibarat 70 ekor Syaitan. Maknanya kalau syaitan sekor pun kita dah menggelabah susah bangun subuh, apatah lagi dengan nafsu ni bukan?
Susah memang susah, nak tak nak kita mesti lawan. Kalau kita dapat menundukkan nasfu mengata ke orang,  nafsu malas, nafsu makan, nafsu syahwat, nafsu tidur, nafsu tengok TV dan berjuta-juta nafsu lagi la. Insyaallah kita akan berjaya dalam hidup untuk menuju akhirat ni.
Pucuk pangkalnya kita mestilah bersabar dalam setiap tindakan kita, Jangan jadikan nafsu kita sebagai raja dalam kehidupan kita ni- TA

NASIHAT | Syurga Itu Bagi Orang-Orang Yang Bodoh

NASIHAT | Syurga Itu Bagi Orang-Orang Yang Bodoh | Kita pernah bertemu dengan orang yang sentiasa bercerita tentang kelebihan dirinya sendiri, dengan harapan orang lain berasa kagum dengan kelebihan yang dia miliki. 
Kita pernah bertemu dengan orang yang bercakap berlapik-lapik memerli orang lain dan memuji balik orang itu dengan harapan orang lain menyangka beliau tidak menyimpan prasangka terhadap orang yang beliau perli itu.
Kita juga pernah bertemu dengan orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain supaya orang lain menyangka beliau sahaja yang betul.
Kita tidak perasan bahawa segala apa yang kita dengar dan katakan kepada orang lain adalah mencerminkan hati dan diri kita sendiri. Kita tidak pernah mengatakan diri kita bodoh, malahan kita akan marah jika kita dikatakan bodoh.
Sedangkan hakikatnya kita memang bodoh.
Inilah kita sebenarnya yang tidak mengenal diri kita sendiri, bagaimana pula kita boleh mengenal tuhan jika kita tidak mengenali diri kita sendiri. Inilah hakikat kebodohan kita sebenarnya, bodoh dengan kesombongan yang merasakan diri kita sudah pandai.
Adapun bodoh yang dimaksudkan Rasulullah adalah manusia yang sentiasa bertawadduk dengan ilmunya dan sentiasa menganggap dirinya bodoh apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. dan sentiasa menganggap orang lain itu gurunya.
Walaupun ilmunya sangat tinggi beliau tidak mungkin dapat menjadi seorang pakar bedah dan pakar ilmu feqah dalam satu masa. Disebabkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi itu agak susah untuk dikuasai maka kebodohan inilah yang menjadikan seseorang itu tawadduk terhadap Ilahi.
Persoalannya,dimanakan tahap perasaan bangga yang perlu ada bagi kita dengan ilmu yang kita ada itu?- TA

Kisah Menyesal Tak Sudah Tentera Iskandar Dzulkarnain

Al-kisah tentang Menyesal~


Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.
Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya.
Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..