[PEMBONGKARAN EKSKLUSIF] Penemuan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok | MISTERI YANG TERUNGKAI | Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun 
Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh 
kerajaan-kerajaan silam yang lepas.

Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik
 pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. 
Hakikat ini 
lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk 
dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana
 terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk 
mendapatkan gambaran tentang hal ini.

Arkiteknya dalam menentukan lokasi
 piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi 
buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi 
dan ahli nujum Istana.

![]()  | 
| Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC] | 
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah 
bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke
 arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah 
kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan
 Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar
 yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan 
bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir 
adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah 
petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang 
menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina 
piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius 
dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju 
dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.
 Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta 
mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang 
seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem 
komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi 
adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. 
Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan 
manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis 
tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 
‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga 
pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal 
pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang 
itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk 
membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut
 Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat 
sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah
 pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini 
benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang 
mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya 
kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita 
membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti 
kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang
 Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta 
peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang
 termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan 
manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita 
ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1
 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi 
Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas 
kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga 
peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 
tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari 
manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa 
beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap 
terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
![]()  | 
| Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif | 
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala
 bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik 
yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan 
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika 
itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara 
terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. 
Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. 
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan 
pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang 
mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering 
keluar di media-media antarabangsa.
![]()  | 
| Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria | 
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. 
Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk 
tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.
 Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga 
kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau 
sebagainya) di China.
Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
![]()  | 
| Cakera padat purba yang ditemui di China | 
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika!
 Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat 
manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan 
kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada 
sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati 
dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat
 manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
 bayangkan.


Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api 
sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai 
kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki 
bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada 
juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan 
bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan 
asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu
 sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan 
besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut
 diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya 
memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di 
Turki.




No comments:
Post a Comment