Tuesday, June 30, 2009

JALAN - JALAN KE CAMERON HIGHLAND

SALAM


Sekali lagi saya nak bercerita tentang jalan - jalan makan angin kali ini ke Cameron Highland pulok.
Ini semua datang dari planning orang rumah. Sekolah dia nak buat lawatan ke Camaeron Highland.
Jadi dia bersetuju mengikuti rombongan tersebut tapi tak naik bas , sebaliknya ikut kenderaan sendiri bersama dengan dua rakan yang lain..... Cuma penginapan kami sama ngan pelajar tersebut di DAHLIA VILLA.


Hari yang dijanjikan telah tiba iaitu 20 jun 2009 seminggu lps bukak sekolah. Kami berkumpul di stesen minyak petronas simpang songsang. Bertolak dari stesen minyak tersebut pada jam 6.50 pagi. Perjalanan mungkin mengambil masa hampir 6 jam. Singgah sat kat Masjid Kerambit untuk sarapan pagi, selepas selesai sarapan pagi meneruskan perjalanan menuju gua musang. Kami ikut Gua Musang menuju ke Cameron Highland. Perjalanan sangat mencabar kerana melalui kawasan tanah tinggi . Gear
selalu digunakan gear 3 atau 2. 12.00 tengahari baru sampai ke Cameron Highland . Saya set km hampir 330 km perjalanan kami dari Temerloh ikut Gua Musang ke Cameron Highland. Check in kat Dahlia Villa. Rehat sekejap ... kelebihan villa nie kita boleh masak .. dapur disediakan. Jadi peralatan memasak sudah kami bawa dari rumah lagi termasuk beras , lauk dan sebagainya. Slps rehat dan makan tengahari , sebelah petangnya pergi melawat taman pertanian Mardi. Slps tu gi pasar malamnya kat Berinchang. Banyak barang yg dijual terutama sekali sayur-sayuran dan juga buah trade mark Cameron Highland iaitu Buah Strawberry apa lagi. Nak jadi cerita tengah - tengah syok membeli belah , kereta pulok kena saman pasal parking betul - betul depan balai polis . Chargenya menghalang lalu lintas... aduh nasib baik kena Rm 30 je bukannya RM 300. Pada sebelah malamnya orang rumah masak sayur-sayuran yang dibeli., sambil mengukus jagung mutiara diaorang panggil. Keadaan kat sana sungguh sejuk sehinggakan dalam bilik x de satu pun kipas angin ataupun a/cond. Besoknya pula pergi lagi berjalan-jalan sehingga pukul 12.00 tengahari. 12.30 tengahari bertolak pulang melalui jalan Tapah pulak... Sampai kat Tapah rehat solat dan makan tengahari. 3.00 petang gerak semula , dalam perjalanan pulang kereta member alami kerosakan ... tayar dia buncit x stabil bila jalan.. kena tukar tayar spare mula- mula ingatkan tayar depan yang rosak rupa-rupanya tayar belakang yang rosak. Jadi 2 kali keje lah nampaknya. Kami selamat sampai ke Temerloh kira-kira jam 7.30 malam bersama kenangan yang indah yang tak dilupakan sampai bila-bila....!!!!!







KISAH SUSU IBU

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang
sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama ter sebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! Jadi dalam soal harta pusaka dan sebagainya

-isuhangat.blogspot.com

Monday, June 29, 2009

MINGGU YANG MEMENATKAN

salam





Pada minggu lepas merupakan hari yang paling sibuk dalam kehidupan saya ..





Apa taknya Isnin hingga Jumaat bertugas seperti biasa. Pada petang jumaat menemani orang rumah ke Sanctuary Resort membawa pelajarnya seramai 3 orang ke sana untuk menghadiri kem Bahasa Arab bagi sekolah menengah peringkat negeri Pahang anjuran JPN . Lepas itu singgah sekejap kat rumah Mak Dik ( Mak Saudara Orang Rumah ) di Cendrawasih. Lepas Maghrib bertolak ke rumah di Tj. Besoknya(sabtu) ke sekolah semula , pasal ganti cuti raya. Balik sekolah singgah sekejap kat kenduri kahwin kat sana ( Kg Batu Papan ). Ahadnya pulok kena Gi Kuliah OUM kat Kuala Lipis. Petang baru balik.. Walaupun sesibuk mana saya tetap membuka blog ini untuk diupdate....

SITI HAJAR & SITI NUR SAKINAH

Ini gambar hajar & sakinah ( sewaktu rambutnya kerinting sekarang nie tidak lagi)

SEDANG BERPOSING KAT TEPI KATIL

Saturday, June 27, 2009

Sejarah Ringkas Kampungku









Ini Surat Beranak saya... Menunjukkan saya anak Kampung Berhala Gantang...










Sedikit Sejarah Ringkas yang saya 'petik' dari Buku 'SEJARAH ISLAM PAHANG 1750 - 2000

Berhala Gantang adalah sebuah kampung kecil dalam Mukim Sanggang letaknya di sebelah kanan ke arah hulu Sungai Pahang. Lebih kurang 6km dari Bandar Temerloh. Kampung ini dipercayai di asaskan pada tahun 1176H/1729M oleh seorang yang bernama Shahibudin bin Zainal Abidin bin Suji Bilang. Pada masa tersebut negeri pahang mengalami perebutan kuasa di antara waris Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Perebutan ini tidak menjejaskan kedudukan sosial dan ekonomi penduduk setempat. Ini kerana jalan keluar membawa hasil mahsul adalah melalui Penarikan di Ulu Muar, kebanyakan di kawasan hulu sungai Pahang dikuasai oleh orang – orang melayu Minangkabau, Rawa dan Mandailing. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan dengan orang – orang Belanda di Melaka.

Kampung Berhala Gantang bukanlah sebuah kampung yang tertua di dalam negeri Pahang, malah ia merupakan sebuah perkampungan baru jika dibandingkan dengan kampung – kampung lain seperti Chenor , Bera , Mengkarak , Pulau Tawar , Baduk , Kg Mengkasar , Sungai Ma’ Dulang, Bangau dsb. Asal Usul Tuk Shahibudin adalah dari Minangkabau kemudian berpindah ke Negeri Sembilan. Dari sana , mereka masuk ke Pahang dan menetap di Chenor. Di Chenor keluarga ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan diberi kuasa lalu membuka penempatan di Mengkarak. Dari Mengkarak , Tuk Suji Bilang pergi membuka perkampungan di Tanjong Keramat, Bangau. Di situlah Tuk Shahibudin membesar dan belajar. Setelah dewasa dan berkahwin maka menurut adat Minangkabau anak lelaki pantang duduk di rumah, maka beliau pergi berdakwah ke merata negeri Pahang hinggalah di putuskan Allah membuka kampung di Berhala Gantang.

Kampung ini dibina dengan hanya satu tujuan untuk dijadikan pusat pengajian Islam bagi negeri ini. Pusat Pengajian yang hanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah menurut aliran Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini kerana pada masa itu negeri Pahang di kuasai oleh aliran Panthisme Hamzah Fansuri iaitu Fahaman Martabat Tujuh dan bermacam – macam aliran lain lagi yang kebanyakkannya cenderung kepada sufisisme. Ajaran ini merupakan ikutan kepada fahaman Wihdatul Wujud

yang diasaskan oleh Ibn Arabi al Sufi. Di samping itu juga ajaran Islam di negeri ini bercampur dengan Khurfat dan Bidaah yang melampau – lampau. Antara lain matlmat Tuk Shahibudin ialah untuk mengislamkan penduduk tempatan yang terdiri dari Orang Asli yang liar. Orang Asli pada masa itu terkenal dengan kebolehan mereka di dalam bidang ilmu sihir dan perbomohan ,apabila mereka memeluk Islam amalan ini masih diteruskan.

Tuk Shahibudin berjaya di dalam usahanya yang pertama iaitu membina sebuah penempatan dan mendirikan sebuah sekolah agama yang sistematik. Beliau juga berjaya menjadikan kampung ini sebuah estet menanam kelapa dan padi. Beliau berjaya mendidrikan sebuah penempatan yang tersusun dan menarik orang ramai untuk tinggal di kampung ini, dalam masa yang singkat kampung Berhala Gantang sudah menjadi satu kawasan penempatan yang ramai didiami orang.

Ketegasan Tuk Shahibudin dan kebolehan beliau di dalam berbagai ilmu persilatan menyebabkan nama beliau terkenal di negeri Pahang ketika itu, Tuk Shahibudin tidak bertolak ansur did ala soal aqidah dan amalan Islam, hampir 90% penduduk Islam di Pahang mengamalkan ajaran Suluk Hamzah Fansuri sebaliknya Tuk Shahibudin mengikut fahaman Insaniah Nuruddin al Raniri dan mengikut Tarikat al hadad dari Yaman. Ini berlainan dengan tarikat – tarikat tempatan ketika itu yang cederung kepada Naqsabandi. Tuk Shahibudin pernah berperang dengan suku Rawa di kawasan Jerantut kerana membenteras ajaran sesat dan karut marut.

Perjuangan beliau disambung oleh anak cucu beliau yang semuanya alim – alim belaka seperti Teh Mohd Hassan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Teh Keramat yang makamnya terdapat ke hari ini di kampung Berhala Gantang sehingga pernah makamnya dijadikan oleh orang – orang yang jahil sebagai tempat bernazar. Semasa Tuan Teh , Kampung Berhala Gantang telah diiktiraf sebagai sebuah jajahan, Tuan Teh telah dilantik sebagai mufti dan kadi bagi daerah Temerloh oleh Bendahara Tun Abdul Majid. Dan sebagai leluhur dari Orang Kaya Indera Segara di kawasan Jempol,Rembau dan Triang, Tuan Teh diberi memegang kekuasaan dari Sungai Lebak hingga ke Gunung Senyum terus ke Bukit Segumpal.

Selepas kematian Tuan Teh , kampung ini terus menjadi pusat pengajian yang terkenal, ini kerana anak Tuk Shahibudin yang dilantik menjadi kadi adalah tiga orang iaitu Kadi Nong dan Kadi Abu Bakar Sanggang selain Tuan Teh sendiri. Imam Sham yang dilantik menggantikan Tuan Teh berjaya meneruskan usaha datuk neneknya menjadikan kampung ini pusat pendidikan agama yang tinggi. Kampung ini menjadi tempat orang dari seluruh negeri Pahang mendapatkan pendidikan sama ada untuk dunia dan akhirat. Ramai juga pembesar – pembesar mencari jodoh untuk anak gadis mereka daripada kampung ini. Oleh sebab itu salasilah anak cucu Tuk Shahibudin berkembang ke hilir seperti di Lebak , Tenggoh , Guai hingga ke Mentiga dan ke hulu seperti Sanggang , Loyang , Lipat kajang , Pulau Pasir Mandi hingga ke Kuala Lipis.

Semasa pemerintahan Bendahara Ali , Negeri Pahang menjadi aman dan makmur dan penduduknya menikmati taraf kehidupan yang tinggi , salah satu sebabnya ialah kerana kekuatan kehidupan beragama di kalangan anak negeri. Dari suasana politik yang tidak ketentuan pada masa Bendahara Sultan Abdul Jalil bertukar menjadi stabil. Keadan ini jelas menunjukkan kejayaan Tuk Shahibudin dan anaknya Tuan Teh mengembangkan agama Islam di negeri ini dan menyatukan mereka di bawah satu paying kesatuan ummah yang padu.

Dalam sekitar tahun 1870 – 1900 , Kampung Berhala Gantang mempunyai sebilangan ulama yang terkenal seperti Kadi Besar Pahang : Kadi Ibrahim bin Abu Hurarirah, Imam Besar Mohammad, Tuan Haji Ali bin Sham,Tuan Haji Ahmad bin Abdullah pendek kata kampung ini tidak putus – putus selam 150 tahun mempunyai guru agama yang berjuang secara sukarela bagi kepentingan agama dan bangsa. Mereka juga dipanggil oleh penduduk sesuatu kawasan datang tinggal di tempat mereka dan menetap di sana seperti di kawasan kiri kanan sungai Semantan hingga ke Kuala Kaung dan Jambu Rias masih terdapat jaluran keturunan Tuk Shahibudin . anak cucu beliau memberi sumbangan yang besar di dalam memaju dan membuka perkampungan baru.

Selepas kemasukan British ke Pahang , kedudukan kampung ininterus stabil, penduduk kampung ini oleh kerana tradisi kekuatan beragama , bersolat jemaah,bergotong royong, mempasyikan anak – anak boleh membaca Al-Quran dan berbahasa Arab mereka terus dihormati oleh British al di tempat mereka dan menetap di sana seperti di kawasan kiri kanan sungai Semantan hingga ke Kuala Kaung dan Jambu Rias masih terdapat jaluran keturunan Tuk Shahibudin . anak cucu beliau memberi sumbangan yang besar di dalam memaju dan membuka perkampungan baru.

Selepas kemasukan British ke Pahang , kedudukan kampung ininterus stabil, penduduk kampung ini oleh kerana tradisi kekuatan beragama , bersolat jemaah,bergotong royong, mempasyikan anak – anak boleh membaca Al-Quran dan berbahasa Arab mereka terus dihormati oleh British , sehingga jawatan kadi daerah Temerloh ini menjadi jawatan “ Kadi Berhala Gantang “ yakni secara turun temurun dipegang kuasanya oleh orang Kampung Berhala Gantang sejak zaman Tuan Teh , Kadi Nong, Kadi Abu Bakar,Kadi Ismail,Kadi Ibrahim,Kadi Ahmad, hingga ke zaman sebelum darurat.

Orang – orang kampung Berhala Gantang juga terkenal sebagai ahli perniagaan dan pertukangan dalam awal tahun 1900 mereka menguasai pasar di Temerloh, contohnya pekan sehari Ahad pada masa dulu hanya dua golongan besar sahaja yang terlibat menjual barangan di situ iaitu orang kampung Berhala Gantang dan orang Kampar Batu Satu. Mereka juga pandai mencari bijih timah dan emas, hal ini sebelum kemasukan British dan kuatkuasa oleh Kerajaan Pahang ketika itu. Orang kampung Berhala Gantang juga mahir dalam prtukangan sehingga mereka dijemput mendirikan masjid sekitar daerah Temerloh seperti Masjid Songsang dsb.

Pada masa kedatangan Jepun, penduduk kampung ini masih bersemangat untuk menghidupkan sekolah agama walaupun di dalam keadaan tidak tenteram dan sukar mendapatkan peralatan bersama – sama ketua kampung. Ketua kampung Allahyarham Abdullah Yaakub bin Awang Naib, Tuan Haji Zakaria bin Haji Ibrahim,Khatib Dollah bin Janal,Ismail bin Janal Cikgu Yaakub bin Simat,Bilal Omar bin Kia, Tuan Haji Sham bin Yusuf,En. Mohd Noor bin Sitam,Tuan Haji Chik bin Ibrahim,Tuan Haji Hamid bin Bakar,Tuan Haji Taib bin Nong Tahir.En Mustaffa bin Arshad mereka berusaha bersama – sama mengumpulkan wang dan membeli tanah dari En Mohd Idris bin Hassan untuk dibuat tapak sekolah. Maka akhirnya lahirlah Madrasah Al-Wosto di atas sebidang tanah seluas 1 ekar dan pondok di atas tanah seluas hampir 5 ekar.

Pada masa kebangkitan semangat kemerdekaan penduduk kampung tidak lepas dari sama – sama bangun menuntut British keluar dari Tanah Melayu. Sebahagian dari mereka telah memasuki API,AWAS, INSAF,KMM dan Hizbul Muslim. Penduduk kampung ini sama sekali tidak menyokong British sebab itu mereka tidak terlibat dengan A/C, sebaliknya mereka ditohmah sebagai tali barut komunis . sehinggalah ketua kampung pada masa itu hendak dibunuh oleh komunis barulah pihak Inggeris percaya bahawa penduduk ini tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

Selepas merdeka, kampung ini telah menjadi pusat pengajian yang paling besar di negeri Pahang dengan murid yang seramai 300 orang dan dapat mengadakan kelas hingga tingkat lapan , sama setanding dengan sebuah universiti di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Hasanuddin bin Mohd, Madrasah al-Wosto juga telah mengadakan Pekan Pelajar bagi mengasah bakat murid – murid di dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Pelajar – pelajar ini dapat menjuarai beberapa kategori pertandingan peringkat daerah dan negeri seperti bola sepak dan Tilawah al-Quran. Sekolah ini begitu maju sehingga perbelanjaan tahunannya menjangkau $13,572 .00 ( nilai pada masa itu).

Dalam akhir tahun 70 an dan awal 80 an merupakan zaman kemelesetan ekonomi dan berlaku banjir besar sebanyak dua kali, ini menjadikan ekonomi penduduk kampung agak sukar. Namun usaha untuk mencapai kemajuan tidak pernah tidak pernah lekang dari lubuk hati mereka , dengan wujudnya universiti dan pusat pengajian tinggi tempatan , maka mulalah penduduk kampung ini menghantar anak – anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti , sehingga kini hampir 100 orang anak – anak kampung ini berjaya menjejakkan kaki ke universiti . Pada tahun 1982, dengan sebab keuzuran Tuan Guru Haji Hasanuddin telah menyerahkan kuasa pentadbiran sekolah al-Wosto kepada Jabatan Agama Islam sekali lagi penduduk kampung ini dengan sukarela mewakafkan tanah bagi tapak sekolah.

Era 90 an , kampung ini telah melangkah setapak lagi dengan mendirikan Maahad Tahfiz al-Quran , dalam usaha menjadikan penduduka kampung ini mengambil berat pendidikan al-Quran semoga institusi ini menjadi sebuah Jamiaah atau Kolej yang dapat melahirkan para ulama yang berketrampilan di dalam soal – soal keagamaan. Ini bergantung kepada setakat mana kesungguhan anak cucu Tuk Shahibudin , merealisasikan impian datuk nenek mereka di masa lampau, sejauh mana mereka sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga mereka bagi agama mereka.

Pada masa sekarang , kampung Berhala Gantang telah menikmati pelbagai kemajuan dan menerima pelbagai peruntukan yang lebih baik dari kampung – kampung sekitarnya. Semoga Allah memelihara kita dan menjayakan hasrat, cita-cita dan niat kita bersam…… amin!!!!



Friday, June 26, 2009

7 PERKARA MEMBINASAKAN UMAT

DAPATKAN BUKU YANG MENGUPAS TENTANG :

1.MENYEKUTUKAN ALLAH (SYIRIK)

2.SIHIR

3.MEMBUNUH JIWA KECUALI DENGAN HAK

4.MAKAN RIBA

5.MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

6.LARI DARI MEDAN PEPERMPUAN

7.MENUDUH ISTERI YANG BAIK BERZINA

KARANGAN USTAZ HAJI ZAKARIA BIN HAJI OMAR

TERBITAN :

PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN BHD.

NO.54 JALAN SBC 3,TAMAN SERI BATU CAVES

68100 BATU CAVES SELANGOR DARUL IHSAN

TEL 03.61842641 H/P .012-3883545 ATAU

USTAZ ZAKARIA BIN OMAR

LOT.1052,TANAH MERAH LUBUK KAWAHH

28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR

TEL . 09 – 2961721 H/P 0109 – 9778975 .

BERHARAGA : RM8.00 SE BUAH .

Tazkirah...

Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Apr 17, 09 | 10:07:12 am MYT

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagiandaripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkananggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Wednesday, June 24, 2009

KONVOI KE PORT DICKSON






Di sini saya nak cerita pasal konvoi ke PD bersama saya punya kelab kereta ....
Nak tahu apa nama kelabnya... TAVAC nama singkatan kepada Toyota Avanza Club.

Berikut adalah kronologi konvoi tersebut

09 Mei 2009

jam 5.00 pagi

Awal - awal lagi kami dah bangun sekeluarga.. tp pada malamnya oghang rumah dah prepare masak makanan untuk potluck kat PD.

jam 6.30 pagi
lps solat subuh ... kami bertolak dari temerloh ke putra jaya kerna di sana tempat kami berkumpul sebelum konvoi ke PD...

jam 8.30 pagi

kami pun sampai di Putra Jaya ... ramai geng telah menunggu namun syukurlah ... masih lagi sempat

jam 9.30 pagi...

Konvoi pun mula bergerak dengan sebanyak hampir 20 buah jugaklah...

jam 10.30 pagi..


sampai lah konvoi ke pantai PD ... setelah kereta siap parking...
saya sekeluarga menuju ke tepi pantai ... cari tapak untuk ... apa lagi makanlah...

jam 11.15 pagi..

acara / aktiviti sukaneka dijalankan ...























Acara makan buah epal






Bergambar beramai- ramai pasal masuk surat khabar "Sinar Harianlah!!!

jam 2.00 petang

aktiviti bersurai... pulang rumah masing-masing...
tp kami penat lah ...pakat ngan oghang rumah cari tempat penginapan ... di Sri Bayu Beach
Resort ... boleh tahan jugaklah reganye..



SRI BAYU BEACH RESORT..



sedang mandi pantai




Dalamnya ade 2 tingkat...

lastly ...keesokan harinya barulah kami pulang...

Mengapa ku disini....

Di sini ku terpanggil untuk menulis mencatat peristiwa pahit manis sebagai kenang - kenangan untuk di kongsi bersama...