Sunday, October 11, 2009

Raye.... 2009

Sebagaimana seperti tahun – tahun lepas … saya biasanya sembahyang raya kat Kampung asal saya kat KG BERHALA GANTANG.. bersama keluarga dan sanak saudara … Aktviti pertama biasa di lakukan ialah selepas Sembahyang raya kat masjid ialah menziarahi kubur ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia . Macam biasalah ayah yang jadi tekong bawak tahlil. Selepas selesai gi rumah mok de kat Tanjong Beroga ( Sebelah sekolah Al-Wosto ). Rumah kedua pulak rumah wan tam , Rumah ketiga rumah wan ngah ( Emak susuan Ayah ). Rumah keempat pula Rumah mak kelau ( Duduk rumah pesaka atuk & wan ) . Rumah nie lah masa saya kecik – kecik dulu saya duduk ketika balik kg. Pastu rumah kelima Rumah wan cik . Lepas itu gi Chenor rumah wan ( emak sebelah ibu) dan akhir sekali rumah mak lang kat felda Kg Awah.

RAYA KEDUA

Raya kedua pertama sekali rumah mak kat Lubuk Kawah ( Buat open house ) , pas tu gi Rumah Pak Anjang ( sebelah rumah emak ) buat open house juga . Balik beraya ke Bohor Baru … Malam baru balik

RAYA KETIGA

Ade mesyuarat keluarga jaya kat Lubuk Layang. Petang pulak ke Jengka 22 rumah Pak Andak.

RAYA KEEMPAT

Ke ruamah Kak Tik kat kerayong….

RAYA KELIMA

Duduk rumah aje… tunggu anak murid orang rumah nak beraya.

RAYA KETUJUH

Ke kg Guai …. & Bukit Mendi … 10.00 malam baru sampai kat rumah…