Sunday, February 14, 2010

Bersiar - siar kat Taman ESPLANADE Ktn

Salam ...

Oleh kerana lama dah update ...pasal x de modal & masa x de...

Nie baru nak update....

Pada cuti hari thaipusam yg lepas saya & family sempat bersiar - siar kat taman nie lagi pun ade perjumpaan rakan tavac pantai timur.. sambil berborak - borak ngan geng tavac pantai timur .. so anak - anak pun apa lagi main -mainlah kat taman tu ... ok juga kalu ade geng nak pegi sana ... lagi satu boleh naik bot ronda sg ktn... berikut gambar yang sempat di rakam...



































Kerana Bulu Ketiak.. Hehehe

Tiba-tiba.......
Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!!
Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu. "Mak...!!! Mak...!!!! Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur. Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau. "Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok ni mak...hehehehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya. "Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... pergi mandi cepat. Makananpun dah siap ni." Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... 'Yeah...yeah...dah tumbuh...bulu ketiak aku dah
tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.
Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap. "Selamat pagi cikgu..!" Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain. "Selamat pagi cikgu...!!" "Selamat pagi pagi murid-murid." Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan
muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri. "Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

Bulu ketiak saya.
Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun. Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya Tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak. Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah. "Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais. "Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!" Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka. "Jangan la... jangan...jangan..!!! Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan
gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais.Mereka ketawa.... "Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!!cHahahahahaha....!!!!" Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya. Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis. "Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!' Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi ke sekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais. "Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu." "Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu." "Esok pergi sekolah yer..."
Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?...Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.

Inilah kehidupan wahai Jais dan bangsamu selalunya memang begitu.

INI BARU
BULU KETIAK, BELUM BULU LAIN. LAGI RAMAI LAH ORANG YANG AKAN DENGKI

sumber : sYok.Org

Sunday, January 17, 2010

MEMBENDUNG RASA TAKUT & GEMENTAR KETIKA BERUCAP

Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:

* Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
* Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
dengan orang ramai. www.familiazam.com
* Anggap khalayak sebagai rakan anda dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
* Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
* Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
* Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
* Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
* Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
gementar serta tertekan. www.familiazam.com
* Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
* Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
* Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
* Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
berlatih. www.familiazam.com
* Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
muzik.
* Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
* Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
mereka. www.familiazam.com
* Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan
sebagainya.
* Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
* Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
* Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
* Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
* Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
* Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
* Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
* Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
* Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
selain memburukkan keadaan.

Sumber dari :http://www.familiazam.com

SYOKNYE mandi kolam...

Salam..

Pada 26/12/2009 yang lepas kami sekeluarga bersama adik ipar & family berkesempatan ... pergi ke rumah adik ipar yang berada kat Taman Pelangi Semenyih .. kerana buat kenduri naik rumah..

Pada sebelah tengahari kenduri dilakukan ... tapi sebelah petangnnye ... anak - anak mengajak mandi kolam .. berhampiran dengan rumah.. Apalagi seronoklah mereka ... mandi kolam nie sebagai persediaan untuk mandi kalu berkesempatan kat Taman Tema air pulak...

Mandilah mereka dengan seronoknya sampai anak yang sulung hampir lemas walaupun kolam tu tak dalam mana... maklumlah first time mandi kolam..


























Saturday, January 2, 2010

WARKAH SANG AZAZIL OLEH: TONGKAT JIBRIL

Syaitan Laknatullah@Malaikat Azazil,

No. 7, Neraka Jahannam,

Alam Ghaib Milik Allah,

Negeri Akhirat Yang Abadi.

1 Ramadhan 1429 H

Menemui kalian anak-anak Adam, musuh yang paling kubenci!

Aku memandang langit mega yang terbentang luas. Awan yang berarak memayungi alam fana kelihatan tersenyum riang. Kedengaran kicauan burung-burung yang berterbangan di angkasa raya, berzikir menyambut ketibaannya yang bakal menjelang tiba. Kegelisahanku makin bertimbun menanti tiap detik yang berlalu. Aku makin derita saat ia hampir mendatangi alam ini. Aku makin menggila saat ia berlabuh dalam dakapan waktu!

Celaka!

Tahun ini ia kembali lagi! Setelah sekian lama aku terseksa, ia mampir menggangguku lagi. Pastinya nanti aku dibelenggu dengan rantaian neraka maha dahsyat oleh malaikat Tuhan Yang Maha Agung yang tidak terperi bilangannya. Pastinya aku akan meringkuk dalam penjara neraka bersama azab dari-Nya.

Kuperhatikan pula tanah subur menghijau. Air yang mengalir tenang seakan menyindir diriku yang ketakutan. Bayu yang berpuput riang seakan gembira dengan bahana yang bakal menyelubungiku. Pohonan yang meliang-liuk seakan menari-nari, tanda gembira dengan kehadirannya. Ah, peritnya nasibku ini! Celakalah kalian semua!

Kalau tidak keranamu Adam, aku tidak mungkin dilaknat begini!

Kalau tidak kerana kau Muhammad, mana mungkin aku dibelenggu Ilahi!

Kalau tidak kerana umatmu, takkan hadir kegelisahan dan ketakutan ini!

Dari jauh, aku melihat bala tenteraku menggoda sang umat terakhir sedaya-upaya dalam masa yang begitu kritikal. Ada yang berjaya, hingga manusia menganggap akulah Tuhan mereka. Namun ada juga yang terbakar bersama panahan kalimah-Nya. Ada yang cedera, dek kerana keimanan dan ketakwaan yang seberat zarah membatasi nafsu seluas lautan dunia.

Lensa mataku memandang ke arah segerombolan umat manusia yang khusyuk dalam ibadatnya. Aku melihat junta-juntaku berpaut, memujuk rayu sang manusia supaya melupakan Penciptanya. Mempengaruhi akalnya supaya memikirkan dunia. Menguasai hatinya supaya mensyirikkan-Nya. Bagus! Lakukanlah lagi hingga mereka tenggelam dalam nista mereka! Lakukanlah!

Wahai Muhammad Pesuruh Allah, lihatlah apa yang telah bala tenteraku lakukan pada umatmu! Mereka cuba menyesatkan umatmu agar mengikuti kemahuan nafsu dan melupai nikmat syurgawi yang bakal terbentang nanti. Aku tingkatkan nafsu syahwat mereka dengan wanita-wanita yang berpakaian tiada menutup aurat. Mereka ku hasut agar mendedahkan pinggul, perut, dadanya untuk tatapan sekalian alam. Aku hiaskan mereka dengan gelojakan nafsu serakah agar mereka bisa menggoda umatmu yang beriman berpaing dari keimanan mereka, umatmu yang warak dan alim menjadi dungu dan cintakan dunia.

Maka hasilnya, lahirlah anak luar nikah yang tidak berdosa, yang tidak mengenal siapa ibu bapanya. Mereka dibunuh, ditinggalkan bertaburan di muka bumi. Kusogokkan juga keinginan mereka dengan hiburan yang melampau, kebebasan hak manusiawi, kecanggihan teknologi yang semakin disalahertikan, hingga mereka menganggap halal dan haram bukan lagi satu pegangan yang utuh dalam diri mereka dan berkiblatkan urusan duniawi, melupai alam ukhrawi. Saksikanlah kejatuhan agama Tuhanmu, ya Muhammad! Kejatuhan oleh tentangan para pengikutku Yahudi, Nasrani dan Majusi yang mengikut segala telunjukku! Saksikanlah!

Aku ketawa sendirian, bangga melihat usahaku membuahkan hasil setelah sekian lama. Bangsa Yahudi yang bodoh telah menurut kemahuanku. Terima kasih Musa As-Samiri, kerana menjadikan aku sebagai panduanmu bagi kaum Yahudi. Terima kasih Saint Paul, kerana menjadikan musuhmu Isa Al-Masih sebagai Tuhan bagi umat Nasrani. Aku masih belum puas melihat umat Muhammad yang beriman dipermainkan seperti himar. Disembelih, dibunuh dengan kejam oleh musuhnya yang tidak mengenal erti penat.

Baitul Maqdis menjadi rebutan Yahudi dan umat Muhammad yang beriman. Aku meniupkan hasutanku pada pemimpin-pemimpin Yahudi supaya mendirikan Haykal Beit Hamiqdash atau Temple Of Mount di atas Masjidil Aqsa, tempat suci ketiga bagi umat Islam agar bisa menjadi tempat peribadatan mereka. Aku menghasut mereka supaya menyediakan kota Eretz Yitzrel atau negara Yahudi sebelum kedatangan Messiah, penyelamat untuk mereka. Aku menitipkan kata-kata semangat kepada mereka agar berusaha untuk merampas kembali Al-Haram Al-Syarif setelah Saidina Umar Al-Khattab, musuhku yang paling kutakuti menakluk kota itu. Masih terbayang bagaimana gentarnya aku saat khalifah Al-Faruq itu melalui lorong-lorong kota untuk melihat umatnya. Pandangan matanya cukup menakutkan, hingga aku lari bergelimpangan bersama tenteraku yang lain.

Kukatakan juga bahawa merekalah bangsa paling agung, sedangkan mereka akan menjadi temanku di neraka kelak. Bodohnya manusia, walau akal berdiri utuh di kepalanya!

Entah bagaimana, aku terpandang kembali ke arah langit. Kulihat pintu-pintu rahmat terbuka dengan luasnya. Pintu-pintu syurgawi turut dibuka, sedang para bidadari mempersiapkan diri bagi menyambut ketibaan bulan yang mulia. Kuperhatikan pula kuburan para muslimin. Dari jauh, aku mendengar laungan kegembiraan dari mereka. Benar, Ramadan datang membawa sejuta rahmat buat alam dan isinya. Semuanya menikmati rahmat Ilahi melainkan aku sahaja. Bangsat!

Teringat daku akan kata-kata Muhammad sewaktu aku berdiskusi bersamanya suatu masa dahulu;

“Andai kau mahu Allah mengampunkan dosamu, maka sujudlah pada kubur Adam, wahai musuh Allah dan hamba-Nya!”

“Tidak! Tidak sekali-kali wahai pesuruh Allah! Aku boleh melakukan apa saja yang diperintahkannya melainkan sujud di kuburan musuh yang telah menyebabkan aku terkeluar dari syurga!” Aku membentak keras.

“Kau terlalu membangga diri dan sombong wahai Azazil laknatullah!” Masih terngiang-ngiang di telingaku suara Nabi Allah itu. Api amarahku semakin marak bila mengenangkan peristiwa pengusiranku dari syurga. Hanya kerana aku tidak mahu sujud kepada Adam, aku dikutuk selama-lamanya. Walhal, dahulu akulah malaikat yang paling taat pada-Mu, Ya Allah! Akulah yang paling banyak memuji dan mengesakan-Mu. Akulah malaikat yang paling mulia di sisi-Mu. Malah, akulah ketua malaikat yang berdoa untuk malaikat yang lain bila mana kau menyatakan bahawa akan ada di kalangan kami yang tersesat. Namun, entah mengapa aku terlupa mendoakan diriku sendiri hingga aku cenderung untuk sesat begini.

Masih mekar dalam ingatanku tatkala aku memohon dipanjangkan usiaku untuk menyesatkan umat manusia lalu Allah memperkenankannya. Aku diberikan umur yang panjang sehingga hari kiamat menjelma tiba. Alangkah gembiranya aku kerana diberikan peluang walaupun aku mengerti azabnya amat pedih.

Sayup-sayup kedengaran suara azan memuji keagungan Allah. Aku melihat para juntaku berlari lintang-pukang, terbakar dengan panahan kalimah tayyibah Tuhan. Aku merasai bahang terbakar di setiap liang tubuhku.

Ramadan dah tiba! Celakalah kita semua!

Aku mendengar lolongan dahsyat dari segenap penjuru alam. Seluruh anak-pinakku bertaburan menyelamatkan diri daripada dibelenggu malaikat Allah. Bilangannya, sukar untuk diramalkan. Rantaian neraka yang panas membara dilontarkan ke arah junta-juntaku. Lolongan mereka memecah keheningan alam maya. Sakitnya, pedihnya sukar untuk kukatakan. Celakalah Ramadan! Bulan yang menjanjikan kesenangan buat umat Muhammad!

Pantas aku melarikan diri bila mana malaikat mendatangiku. Mereka membawa rantaian panas membara. Namun, aku tewas dengan kekuasaan-Nya. Sudah ditakdirkan aku terpaksa melalui semua ini.

Celakalah Ibrahim, yang membaling batu ke arahku dahulu demi Allah!

Jahanamlah Ayub, kerana takwa dan kecekalannya menghadapi ujian Allah!

Durjanalah Sulaiman, kerana pernah menguasai aku suatu masa dahulu!

Leherku direntap sang malaikat dengan tidak semena-mena. Aku meronta, sedang tangan dan kakiku diikat pula dengan besi neraka maha azab. Aku diseret bagaikan himar tua, dibawa memasuki neraka bersama junta-juntaku yang lain. Mereka merintih, menyumpah sekalian umat Muhammad.

Beruntunglah kalian wahai umat Muhammad dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak ini! Celakalah kami, musuh Allah yang terpaksa dibelenggu selama sebulan hanya kerana bulan yang mulia ini. Bergembiralah kalian semua, tapi jangan lupa. Kami juga meninggalkan senjata utama kami iaitu nafsu. Berbahagialah mereka yang dapat menguasainya dan celakalah mereka yang dikuasainya! Dan pintu neraka Jahannam ditutup serapat-rapatnya. Kedengaran suara lolongan maha dahsyat bergema, memecah keheningan mayapada.

Salam takziah dariku buat kalian semua!

Yang benar,

AZAZIL