Monday, August 6, 2012

Kecintaan Bilal r.a kepada Saidina Muhammad saw




Setelah kewafatan Baginda saw, Bilal tidak mampu lagi menetap di Madinah.Ini kerana di situ (Madinah) mengingatkan Bilal peristiwa-peristiwa yang berlaku bersama Rasulullah saw.Lantas Bilal berpindah ke tanah Syam, ke negeri ini yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan oleh Nabi saw.Bilal berpindah ke "Daraya" berdekatan dengan Damsyik dan
berrkahwin di sana.

Kemudian pada suatu hari, Bilal terjaga dari tidur dalam keadaan menangis.Bertanya isterinya "Apakah yang membuatkan dikau menangis?".Bilal menjawab "Aku bermimpi melihat Rasulullah saw malam tadi.Baginda saw bersabda: Wahai Bilal, apakah keasingan ini?Tidakkah sekarang waktu untuk kamu menziarahiku?"Keluar Bilal menziarahi Madinah.

Pada kisah ini ada penceritaan yang agung.Di antaranya ketika tibanya Bilal di Madinah, lantas Bilal menangis dengan tangisan yang tak dapat dibendung.Saidina Abu Bakar as Siddiq berkata : "Wahai Bilal, mengapa tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana kamu azankan bagi Rasulullah saw suatu ketika dahulu?".Bilal berkata: "Maafkan aku wahai Khalifah Rasulullah, demi Allah aku tidak mampu melaungkan azan di kota Madinah ini selepas kewafatan Baginda saw.Kerana dahulu setelah aku selesai azan, aku terus menuju bilik Rasulullah saw dan berkata : "Solat ya Rasulullah".Dan kemudian bagaimana pula aku hendak berkata demikian".Saidina Umar pun begitu. (meminta agar Bilal melaungkan azan)

Kemudian Bilal bertemu Saidina Hasan dan Husain.Salah seorangnya berumur 8 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun.Ketua pemuda ahli Syurga.Bilal memeluk kedua-duanya dan menangis.Tercium pada kedua mereka wangia milik datuk mereka yakni Rasulullah saw.Saidina Hasan dan Husain meminta Bilal melaungkan azan.Saidina Bilal tidak mampu menolak permintaan kedua mereka.

Dan terus Bilal naik ke tempat yang pernah Beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah saw.Ketika Bilal azan "ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!".Terkejut penduduk Madinah."ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!".Berteriak manusia di rumah-rumah : "Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???".Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Baginda saw ketika dahulu."ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH!".Keluar semua lelaki dari rumah mereka.Keluar mereka dari pasar mereka."ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH!".Keluar wanita-wanita dari rumah mereka, lelaki dan wanita semua keluar ke lorong kota Madinah berteriak: ""Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???"

Ketika mana sampainya azan Bilal kepada "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH".Terasa kesedihan yang sayu.Bilal tidak mampu menyempurnakan azannya.Lantas turun dari tempat azannya.Telah berkata Perawi kisah ini, "Madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan Baginda saw melainkan ketika Bilal melaungkan azan "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH".

Kisah ini disebut semula dalam majlis ini agar kita rasai sedalam-dalamnya kalimah "AKU BERSAKSI BAHAWASANYA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH".Jika tidak ada Baginda saww, tidaklah kamu mengenali azan dan juga tidaklah kamu mengenali solat.Juga kamu tidak mengenali "LA ILAHA ILLA ALLAH!!!".Tidak sempurna keimanan seseorang itu sehingga menjadikan Baginda saw orang yang dicintai lebih dari dirinya.

Dan Allah jadikan kecintaan kepadaNya bersangkutan dengan kecintaan kepada Baginda saw.Tidak Allah jadikan kecintaan padaNya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap makhluknya melainkan dengan Saidina Muhammad saw!Katakanlah: "Jika benar-benar kamu mencintai Allah makaa ikutilah aku (Rasulullah saw)" -al Imran (31).Dan hasil dari mencintai Rasulullah saw, Allah akan mencintai kamu.Tidak cukup hanya kamu sekadar mencintai Allah.Bahkan menjadikan kecintaan kepada Allah itu menyebabkan lahirnya kecintaan kepada Baginda saw.

Bagaimana kamu mendengar suara azan lima kali sehari berulang kali menyebut, "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH!".Kamu tahu menyahutnya "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH" itu sunnah.Adakah dengan hati yang hadir, dengan sentiasa terasa BERHUBUNG dengan Rasulullah saw yang mulia ini???Dengan kekasih yang dicintai ini???


-al Habib Ali al Jufree

Sunday, August 5, 2012

PERIHAL SHOLAT TAHAJJUD



 















Wujud Sebuah Hadith Dari Abu Hurairah (bermaksud)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah Saw berkata,
“Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Hadis Ketujuhbelas CARA MENASIHATI PEMIMPIN






 

قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :"مَنْ اَرَادَ أَن يَنْصّحَ سُلْطَانَ فِىْ أَمْرٍ فَلاَ يُبْدِهِ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذَ بِيَدِهِ فَيَحْلُوْ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أّدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ.)رواه احمد وغيره .(
Terjemahan Hadis

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin berkenaan dengan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang- terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi ( menasihatnya di tempat yang sunyi) sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya dia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya “.(Hadis riwayat Ahmad dan lain –lain ) .

Keterangan mengenai Perawi Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain –lain .Imam Ahmad ialah Pengasas Mazhab Hambali.Nama penuhnya ialah Ahamd bin Muhammad bin Hanbal .Dilahirkan pada tahun 164H(780M) .Murid kepada Imam Syafie .Beliau banyak mengumpulkan hadis , sehingga berjaya sebuah buku kumpulan hadis yang bernama “Musnad Ahmad b.Hanbal” .Di dalamnya mengandungi sebanyak 30,000 hadis yang dipilihnya dari 750,000 hadis .Beliau meninggal dunia pada tahun 241H (855M) ketika berusia 75 tahun .
Nilai Hadis

Mengikut pendapat al-Syikh Nasiruddin Albani (Penganalisis hadis) hadis ini adalah hadis yang menjadi sumber utama cara menasihati pemimpin dengan cara sembunyi ,apabila seseorang melakukannya maka dia sudah melaksanakan tanggungjawab , samada pemimpin itu menerima atau tidak , perkara seperti ini telah dilakukan oleh segolongan besar salaf daripada kalangan sahabat dan tabiin dan ulamak yang masyhur selepas mereka telah pun melaksanakan cara yang disebut dalam hadis ini “
Keterangan Hadis secara terperinci

Cara menasihati pemimpin :

1.Waktu yang sesuai

Syikh Ahli Sunnah , Mufti Arab Saudi berkta “Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemimpin , menghebuhkannya di atas pentas – pentas dan mimbar –mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar kacir , tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruh serta membawa kepada kemudaratan dan tidak manfaat sama sekali . Cara yang dilakukan oleh ulama salaf ialah :
• Menasihati pemimpin pada ketika tiada orang bersamanya .
• Menulis surat kepadanya .
• Menghubungi ualama yang berdamping dengan pemimpin agar mereka dapat membimbingny0a ke arah kebaikan .

Cara yang disarankan oleh syikh di atas adalah sama cara yang disarankan oleh hadis ini dengan cara memberi nasihat kepada pemimpin di tempat yang sunyi iaitu tempat yang tidak didengar dan diketahui oleh orang ramai .Kerana ia tidak akan mengaibkan pemimpin tersebut .

2.Cara yang bijaksana .

Hendaklah dengan perkataan yang lemah lembut dan bijaksana supaya nasihat itu akan dapat diterima dengan baik , firman Allah SWT yang bermaksud:
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; (Al-Nahl :125).

Dengan cara lemah lembut , sebagaimaa Musa dan Harun mendakwah Fir’un , Allah perintahkan berbuat demikian, FirmanNya yang bermaksid :
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha : 44 )
Pengajaran Hadis .

1.Berilah nasihat kepada pemimpin itu pada waktu dan tempat yang sesuai , jangan di temapat orang ramai , masa pemimpin sibuk dengan tugasnya .

2.Berilah nasihat dengan bijaksana dan kata-kata yang boleh menarik mereka mendengar dan menerma nasihat tersebut .

Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais .


 Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika teng

ah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.
--------------------------------------------------------------------

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu..

Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

Saturday, August 4, 2012