Monday, May 20, 2013

ROH SUAMI Kembali Meniduri Isterinya Yang Masih Hidup? | KISAH NYATA Yang MISTERI

ROH SUAMI Kembali Meniduri Isterinya Yang Masih Hidup? | KISAH NYATA Yang MISTERI | Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;



i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.


Hamimah Abdullah

Banting, Selangor.

Jawapan:


Puan,


Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.


Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”


Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”


Ayat al-Quran lain ada menyebut,

“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.

Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

Inilah Aurat Wanita Yahudi Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA

Inilah Aurat Wanita Yahudi Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA | Apakah maksud aurat bagi seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang can be considered as menutup aurat? Untuk bercakap tentang aurat and stuff kita kena tahu konsep Tzniut. Tzniut ialah konsep yang diamalkan Yahudi beriman bagi menjaga kehormatan diri. Ia merangkumi cara pemakaian dan pergaulan antara jantina. Persoalan "aurat" seorang Yahudi jatuh didalam konsep Tzniut.
Seperti agama Islam definisi apa yang boleh dan tak boleh dalam agama Yahudi banyak perdebatannya dikalangan Rabai. Ada Rabai yang keras dengan hukum Torah dan ada yang lembut. Seperti kes XMas. Ustaz Maza dan Yusuf Qardawi kata HARUS ucapkan Merry Xmas kepada orang bukan Islam kerana masa nabi masih hidup dulu pun dia hormati funeral procession of a dead Jewish man dengan berdiri. Dia hormat si mati walaupun dia Yahudi Laknatullah. But this is another story altogether.
Anyway apa yang pasti dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup rambut selepas bernikah sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya kepada si suami. Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu, scarf dan tichel. Wanita Yahudi dari mazhab Haredi went a step more dengan memakai topi diatas wig. scarf dan tichel mereka bagi memastikan double sure mereka memenuhi kehendak Tzniut.
Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras lutut. Baju mereja juga tak boleh ketat dan sebaik-baiknya tidak bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Ini adalah haram dimata Tzniut. Dari segi baju pula lengan baju harus menutup siku. Wanita Haredi sekali lagi went a step further dengan memakai lengan sampai ke pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.
bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika anda seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak seperti wanita menutup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum berkahwin adalah tidak wajib.

sumber: Fuh.My

KISAH NYATA Yang BENAR | YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN

KISAH NYATA Yang BENAR | YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN. Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah. 
Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum pekena Zohor lagi, almaklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama. Mmg rock abis Abe tengok. Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni siap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.
Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tak tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.
Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelihat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate "Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2". Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.
Abe lihat satu saf lebih kurang 8orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi. Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.
Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu "Adik orang mana? Asal kelate ke? ". Dorang jawab "Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?"
Abe jawab "takdop gapo2, Abe cuma banggo je. Tak sangko".
Dorang senyum je dan jawab "THIS IS KELANTAN, Tok Guru bagi ilmu yang cukup InsyaAllah pada semua rakyat kelate"
Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don't Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka buruk sebelum mengenali seseorang itu. 

Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW

Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’, Baginda telah menyuruh para sahabat berwuduk dengan air yang sedikit. Ini berlaku setelah Baginda s.a.w. meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu, maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda. Kejadian itu berlanjutan hinggalah mereka semua selesai berwuduk. “Berapakah jumlah kamu pada masa itu?” tanya saya (perawi) pada Anas. Jawabnya: “Kami seramai tiga ratus orang.” (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail, 6/ 136)
Dalam riwayat yang berbeza, daripada Abdillah, dia berkata ketika kami dalam perjalanan bersama Nabi s.a.w. kami telah kehabisan air. Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu yang memiliki air?” Setelah kami menemui orangnya, kami menyerahkan air itu kepada Nabi s.a.w. Air itu kemudiannya dicurahkan olehnya ke dalam sebuah wadah. Setelah itu Baginda meletakkan tapak tangan Baginda ke dalam wadah itu. Secara mendadak terbitlah air dengan derasnya dari hujung jarinya. Baginda bersabda yang bermaksud, “Marilah kita berwuduk bersama-sama dengan air yang diberkati Allah ini!” Daripada air itu jugalah saya minum dengan sepuas-puasnya dan memberikan minum kepada orang lain yang memerlukannya. (Riwayat al-Bukhari no. 200 dan al-Baihaqi dalam Sunannya no. 118)
Ibn Abbas r.a. pula menceritakan tentang pengalamannya kehabisan air semasa dalam perjalanan bersama Nabi s.a.w. Seorang tentera yang turut serta telah memaklumkan keadaan itu kepada Nabi s.a.w. Nabi lantas bertanya, adakah kamu mempunyai sedikit air? Orang itu menjawab: “Ya wahai Nabi!” Rasulullah lantas bersabda yang bermaksud: “Bawakanlah ia kepadaku.”
Maka orang itu pun membawakannya kepada Nabi s.a.w. Baginda kemudiannya meletakkan jari-jemarinya di bibir wadah sambil merenggangkannya. Secara tiba-tiba didapati sumber air yang memancar dari celah-celah jarinya. Nabi s.a.w. kemudian mengarahkan kepada Bilal untuk mengumumkan kewujudan air untuk berwuduk.
Dalam riwayat yang lain daripada Qatadah daripada Anas r.a., jumlah tentera yang turut serta mendapat keberkatan berwuduk dan untuk minuman pada hari itu adalah tujuh puluh hingga lapan puluh orang. (Riwayat al-Bukhari no. 3572)
Dalam peristiwa al-Hudaibiyyah pula, Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan semua rombongan dapat minum dan berwuduk dengan air yang terpancar dari celah-celah jari Nabi s.a.w. Padahal kuantiti air yang mengalir itu sebenarnya mampu digunakan oleh beberapa orang sahaja.
Dalam hadis yang lain yang turut diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah telah mengatakan kepada Jabir agar berpesan kepada kaum Muslimin supaya tidak meninggalkan wuduk. Jabir berkata, “Saya cuba menjelaskan halangan yang menyebabkan mereka tidak mengambil wuduk, iaitu kerana ketiadaan air, walaupun setitis.” Rasulullah s.a.w. telah menyuruh saya menemui seorang sahabat daripada kalangan Ansar yang sentiasa membekalkan air untuk Nabi s.a.w. Setibanya saya di rumah sahabat itu saya mendapati hanya sedikit air yang tinggal dalam girbah (bekas air yang dibuat daripada kulit). Jika ia tertumpah tentulah air minumnya akan kehabisan. Rasulullah menyuruh saya membawakan bekas itu kepadanya. Baginda kemudiannya memegang girbah itu dan menadah tangannya berdoa. Kemudian Baginda meminta saya menuangkan air itu ke dalam sebuah mangkuk besar. Setelah saya mendapatkannya menerusi pemberian seseorang, mangkuk itu saya berikan kepada Nabi s.a.w.  Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas mangkuk itu sambil merenggangkan jari-jemarinya. Sebaik sampai tangannya di bawah mangkuk itu, Baginda bersabda yang bermaksud: “Hai Jabir! Terapkan mangkuk itu kepadaku sambil membaca bismillah.” Maka saya pun melakukan mengikut suruhan Baginda. Tidak semena-mena saya melihat air terbit dari celah-celah jari Rasulullah s.a.w. Kemudian Baginda memisahkan mangkuk itu dari tangannya. Air keluar terus-menerus secara berputar-putar dari tangan Baginda hingga memenuhi mangkuk itu. Setelah itu Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hai Jabir! Jemputlah sesiapa sahaja yang memerlukan air.” Saya telah memanggil sahabat kesemuanya dan mereka telah minum hingga puas. Selepas itu Rasulullah mengangkat tangannya daripada mangkuk itu. (Riwayat Muslim no. 3580)
sumber: SOLUSI

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI.


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama... 


إن شاء الله


(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)