Tuesday, July 24, 2012

KUBUR





 Ibnu Majah telah meriwayatkan dari Hani` bin Usman dengan katanya; “ Bahawa Usman r.a. apabila berhenti disebuah perkuburan, dia menangis hingga basah janggutnya, lalu sahabat bertanya kepadanya;

“Adakah engkau mengingati syurga dan neraka, janganlah menangis, adakah engkau menangis kerana kubur ini?, lalu dia menjawab dengan katanya;

Rasul Allah s.a.w. telah bersabda;

“Sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat dalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya”.

Dalam hadith yang lain Sabda Baginda s.a.w.;

“Aku tidak pernah melihat suatu pandangan yang lebih menakutkan dari pandangan didalam kubur”.

No comments:

Post a Comment