Saturday, August 18, 2012
NAUZUBILLAHI MIN ZALIK
SEMOGA FOTO YANG DIPAPARKAN DAPAT MEMBERI KEINSAFAN KEPADA KITA SEMUA. KITA PUN TAHU MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN NI PUN TAK INGIN TERJADI BEGINI. NAMUN INILAH YANG DIKATAKAN TAKDIR ILAHI ..
SEMOGA ALLAH S.W.T MENJAUHI DIRI KITA, ANAK-ANAK DAN SANAK SAUDARA KITA DARI KEMALANGAN YANG MENGHARUKAN SEPERTI DI ATAS. INSYA ALLAH… AMIN…
Monday, August 13, 2012
Petua Mengurangkan atau Menghilangkan Berdengkur
Apa
itu Berdengkur? - Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di
mana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu
tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di
dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi
itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan
bergesel da
n bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Sebab-Sebab Berdengkur
1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak
2. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar akan mudah berdengkur.
3. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
4. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.
5. Batang hidung yang bengkuk, polip dan jangkitan sinus.
Komplikasi - Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan - Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.
Rawatan Untuk Dengkur - Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid". Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Petua untuk Mengurangkan Dengkuran
• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Monday, August 6, 2012
KISAH TAWANAN PERANG BADAR
Salah
seorang tawanan Badar bernama Wahab bin Umair. Bapanya Umair bin Wahab
sedang lepak bersama rakannya, Safwan bin Umayyah di Hijir Ismail di
tepi kaabah. Mereka berbicara tentang kekecewaan pasukan mereka yang
kalah di Badar, tentang mayat 70 orang tentera musyrikin yang dilempar
dalam perigi buta dan tentang 70 orang tawanan. Lalu Umair berkata:
"Demi Allah, kalaulah tidak kerana aku menanggung hutang dan kalau
tidak kerana bimbangkan nasib keluargaku, nescaya aku akan segera ke
Madinah untuk membunuh Muhammad."
Mendengar keazaman itu,
Safwan berkata, "Kalau benar engkau hendak membunuh Muhammad, jangan kau
bimbang soal hutang dan keluargamu. Aku akan bayar hutangmu dan aku
akan tanggung keluargamu. Pergilah engkau ke Madinah."
Umair lantas berkata, "Kalau benar demikian, rahsiakanlah persepakatan kita ini.'
umir lantas menyarung pedang dan bergerak menuju ke Madinah. Sampai di
Madinah, Umair terkejut apabila ketibaannya disedari oleh para sahabat
Rasulullah SAW. Umar bin Al Khattab segera merentap pedangnya. Lalu
mereka membawanya masuk bertemu Rasulullah SAW. Umar memberii ucapan
hormat, "أنعموا صباحا." Rasulullah SAW menjawab, "Kami telah dimuliakan
oleh Allah dengan ucapan hormat yang lebih baik dari ucapan hormatmu
wahai Umar, iaitu ucapan salam, ucapan ahli syurga."
"Apa tujuanmu datang ke mari?"
"Aku datang kerana urusan tawanan yang aku harap engku berbuat baik kepada mereka."
"Kalau itu tujuannya, kenapa pula engkau membawa pedang?"
"Pedang ini tiada apa-apa peranannya."
"Lebih baik kamu cakap betul2 apa tujuanmu ke mari."
"Benar, ini sahajalah tujuan ku."
Lantas Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu dan Safwan bin Umayyah
duduk di Hijir Ismail lalu kamu berbicara tentang mangsa perang Badar
dan kamu berkata, "Kalaulah tidak kerana tanggungan hutang dan ahli
keluarga, nescaya aku akan pergi bunuh Muhammad." Lalu Safwan menyatakan
kesediaannya untuk menanggung hutang dan keluargamu dan menyuruh mu
datang ke mari untuk membunuhku?"
Umair sangat terkejut dengan
kata-kata Rasulullah SAW itu kerana perbualannya dengan Safwan tidak
diketahui oleh sesiapapun. Kini dia mula yakin bahawa Rasulullah SAW
menerima perkhabaran dari Yang Maha Mengetahui. Lantas dia mengucap dua
kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam.
Setelah tinggal
dan belajar Islam beberapa hari di Madinah, beliau pulang ke Makkah dan
menyeru kaumnya kepada Islam. Ramai memeluk Islam di tangannya. Allahu
Akbar!
Umair lantas berkata, "Kalau benar demikian, rahsiakanlah persepakatan kita ini.'
umir lantas menyarung pedang dan bergerak menuju ke Madinah. Sampai di Madinah, Umair terkejut apabila ketibaannya disedari oleh para sahabat Rasulullah SAW. Umar bin Al Khattab segera merentap pedangnya. Lalu mereka membawanya masuk bertemu Rasulullah SAW. Umar memberii ucapan hormat, "أنعموا صباحا." Rasulullah SAW menjawab, "Kami telah dimuliakan oleh Allah dengan ucapan hormat yang lebih baik dari ucapan hormatmu wahai Umar, iaitu ucapan salam, ucapan ahli syurga."
"Apa tujuanmu datang ke mari?"
"Aku datang kerana urusan tawanan yang aku harap engku berbuat baik kepada mereka."
"Kalau itu tujuannya, kenapa pula engkau membawa pedang?"
"Pedang ini tiada apa-apa peranannya."
"Lebih baik kamu cakap betul2 apa tujuanmu ke mari."
"Benar, ini sahajalah tujuan ku."
Lantas Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu dan Safwan bin Umayyah duduk di Hijir Ismail lalu kamu berbicara tentang mangsa perang Badar dan kamu berkata, "Kalaulah tidak kerana tanggungan hutang dan ahli keluarga, nescaya aku akan pergi bunuh Muhammad." Lalu Safwan menyatakan kesediaannya untuk menanggung hutang dan keluargamu dan menyuruh mu datang ke mari untuk membunuhku?"
Umair sangat terkejut dengan kata-kata Rasulullah SAW itu kerana perbualannya dengan Safwan tidak diketahui oleh sesiapapun. Kini dia mula yakin bahawa Rasulullah SAW menerima perkhabaran dari Yang Maha Mengetahui. Lantas dia mengucap dua kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam.
Setelah tinggal dan belajar Islam beberapa hari di Madinah, beliau pulang ke Makkah dan menyeru kaumnya kepada Islam. Ramai memeluk Islam di tangannya. Allahu Akbar!
TANDA KEKUASAAN ALLAH
SIARAN LANGSUNG SOLAT MAGHRIB DARI MASJID AN -NABAWI PADA MALAM 7 RAMADHAN LEPAS MENUNJUKKAN AWAN BERBENTUK MUHAMMAD TERDAPAT DI LANGIT..
Subscribe to:
Posts (Atom)