Salah
seorang tawanan Badar bernama Wahab bin Umair. Bapanya Umair bin Wahab
sedang lepak bersama rakannya, Safwan bin Umayyah di Hijir Ismail di
tepi kaabah. Mereka berbicara tentang kekecewaan pasukan mereka yang
kalah di Badar, tentang mayat 70 orang tentera musyrikin yang dilempar
dalam perigi buta dan tentang 70 orang tawanan. Lalu Umair berkata:
"Demi Allah, kalaulah tidak kerana aku menanggung hutang dan kalau
tidak kerana bimbangkan nasib keluargaku, nescaya aku akan segera ke
Madinah untuk membunuh Muhammad."
Mendengar keazaman itu,
Safwan berkata, "Kalau benar engkau hendak membunuh Muhammad, jangan kau
bimbang soal hutang dan keluargamu. Aku akan bayar hutangmu dan aku
akan tanggung keluargamu. Pergilah engkau ke Madinah."
Umair lantas berkata, "Kalau benar demikian, rahsiakanlah persepakatan kita ini.'
umir lantas menyarung pedang dan bergerak menuju ke Madinah. Sampai di
Madinah, Umair terkejut apabila ketibaannya disedari oleh para sahabat
Rasulullah SAW. Umar bin Al Khattab segera merentap pedangnya. Lalu
mereka membawanya masuk bertemu Rasulullah SAW. Umar memberii ucapan
hormat, "أنعموا صباحا." Rasulullah SAW menjawab, "Kami telah dimuliakan
oleh Allah dengan ucapan hormat yang lebih baik dari ucapan hormatmu
wahai Umar, iaitu ucapan salam, ucapan ahli syurga."
"Apa tujuanmu datang ke mari?"
"Aku datang kerana urusan tawanan yang aku harap engku berbuat baik kepada mereka."
"Kalau itu tujuannya, kenapa pula engkau membawa pedang?"
"Pedang ini tiada apa-apa peranannya."
"Lebih baik kamu cakap betul2 apa tujuanmu ke mari."
"Benar, ini sahajalah tujuan ku."
Lantas Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu dan Safwan bin Umayyah
duduk di Hijir Ismail lalu kamu berbicara tentang mangsa perang Badar
dan kamu berkata, "Kalaulah tidak kerana tanggungan hutang dan ahli
keluarga, nescaya aku akan pergi bunuh Muhammad." Lalu Safwan menyatakan
kesediaannya untuk menanggung hutang dan keluargamu dan menyuruh mu
datang ke mari untuk membunuhku?"
Umair sangat terkejut dengan
kata-kata Rasulullah SAW itu kerana perbualannya dengan Safwan tidak
diketahui oleh sesiapapun. Kini dia mula yakin bahawa Rasulullah SAW
menerima perkhabaran dari Yang Maha Mengetahui. Lantas dia mengucap dua
kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam.
Setelah tinggal
dan belajar Islam beberapa hari di Madinah, beliau pulang ke Makkah dan
menyeru kaumnya kepada Islam. Ramai memeluk Islam di tangannya. Allahu
Akbar!
Umair lantas berkata, "Kalau benar demikian, rahsiakanlah persepakatan kita ini.'
umir lantas menyarung pedang dan bergerak menuju ke Madinah. Sampai di Madinah, Umair terkejut apabila ketibaannya disedari oleh para sahabat Rasulullah SAW. Umar bin Al Khattab segera merentap pedangnya. Lalu mereka membawanya masuk bertemu Rasulullah SAW. Umar memberii ucapan hormat, "أنعموا صباحا." Rasulullah SAW menjawab, "Kami telah dimuliakan oleh Allah dengan ucapan hormat yang lebih baik dari ucapan hormatmu wahai Umar, iaitu ucapan salam, ucapan ahli syurga."
"Apa tujuanmu datang ke mari?"
"Aku datang kerana urusan tawanan yang aku harap engku berbuat baik kepada mereka."
"Kalau itu tujuannya, kenapa pula engkau membawa pedang?"
"Pedang ini tiada apa-apa peranannya."
"Lebih baik kamu cakap betul2 apa tujuanmu ke mari."
"Benar, ini sahajalah tujuan ku."
Lantas Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu dan Safwan bin Umayyah duduk di Hijir Ismail lalu kamu berbicara tentang mangsa perang Badar dan kamu berkata, "Kalaulah tidak kerana tanggungan hutang dan ahli keluarga, nescaya aku akan pergi bunuh Muhammad." Lalu Safwan menyatakan kesediaannya untuk menanggung hutang dan keluargamu dan menyuruh mu datang ke mari untuk membunuhku?"
Umair sangat terkejut dengan kata-kata Rasulullah SAW itu kerana perbualannya dengan Safwan tidak diketahui oleh sesiapapun. Kini dia mula yakin bahawa Rasulullah SAW menerima perkhabaran dari Yang Maha Mengetahui. Lantas dia mengucap dua kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam.
Setelah tinggal dan belajar Islam beberapa hari di Madinah, beliau pulang ke Makkah dan menyeru kaumnya kepada Islam. Ramai memeluk Islam di tangannya. Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment