Monday, February 4, 2013

Kesan buruk apabila ketagih main video

CUTI persekolahan yang panjang tanpa aktiviti berfaedah menyebabkan ramai kanak-kanak asyik dengan permainan video. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Ketagih bermain permainan video dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pada musim cuti persekolahan sekarang salah satu punca mereka mengalami masalah gagal menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
Pensyarah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaid- zir Ismail berkata, sindrom itu berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat.
Mereka, katanya, akan menjadi pendiam dan lebih gemar bersendirian.
"Dari segi psikologi, ciri ketagihan permainan video sama seperti ketagihan lain iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.
"Ketagihan ini boleh membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan kesihatan dan pengurusan diri serta masa yang tidak teratur," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut Khaidzir, faktor yang mendorong ketagihan tersebut berpunca daripada unsur ganjaran dan sikap ingin mencapai tahap tertinggi dalam satu-satu permainan video.
Menurut Khaidzir, selain bermain video di rumah, kesan ketagihan yang sama di kafe siber juga membimbangkan kerana kanak-kanak terdedah kepada kemungkinan terlibat dengan kejadian jenayah seperti samun dan dadah.
"Pengaruh rakan yang turut terlibat dalam hal ini akan menambahkan lagi ketagihan. Adanya dorongan daripada rakan-rakan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.
Sebelum ini, pada awal tahun ini seorang remaja mati mengejut di sebuah kafe siber di Taiwan akibat kemaruk bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.
Bulan lepas, seorang remaja Amerika Syarikat berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas bermain permainan video selama empat hari tanpa henti.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd. Nor berkata, selain kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada orang dewasa.
"Sindrom yang sama boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami isteri kerana kurang rasa hormat antara satu sama lain.
"Oleh kerana terlalu asyik dengan permainan video, suami kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga," jelasnya.
Justeru, Nurhazreen mengesyorkan supaya ahli keluarga memainkan peranan penting bagi memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah ketagihan permainan video.
"Dalam sebuah keluarga harus ada seorang yang bertindak sebagai perancang untuk mengembalikan interaksi sesama ahli keluarga termasuk menghentikan tabiat ketagih permainan video," jelasnya
* Sumber kosmo!

Friday, February 1, 2013

10 Pengabaian Kecil Boleh Menjadi Penyebab Kerosakan Lebih Besar Pada Kereta Anda

Seperti juga tubuh manusia yang memerlukan perhatian, mengabaikan walaupun tanda-tanda masalah kecil pada kereta atau kenderaan anda yang lain, juga mampu menjejas prestasi kenderaan anda dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar di kemudian hari.


Antara amaran kecil penyelenggaraan kereta yang sepatutnya anda tangani tetapi dibiarkan,  akhirnya boleh menyebabkan kerosakan lebih besar yang akan menjadi pertambahan kos penyelenggaraan. Berikut adalah 10 perkara yang sering diabaikan dan perlu diambil perhatian:
  1. Mengabaikan penyelenggaraan disyorkan/dijadualkan oleh pengeluar kereta anda.
  2. Mengabaikan amaran lampu 'check engine' atau periksa enjin.
  3. Tidak langsung menukar minyak enjin, atau tidak mengikut jadual pertukaran minyak enjin.
  4. Tidak langsung memeriksa tekanan tayar.
  5. Mengabaikan tentang cecair penyejuk (coolant), minyak brek, minyak kotak gear dan lain-lain.
  6. Berterusan untuk memandu walau enjin kenderaan sudah memberi amaran enjin terlalu panas.
  7. Tidak menukar penapis bahan api dan penapis udara.
  8. Servis di pusat servis yang tidak berkelayakan sesuai dengan kenderaan anda.
  9. Menggunakan alat ganti kereta tiruan bukannya dari pengeluar peralatan asal atau menggunakan alat ganti terpakai.
  10. Cuba untuk menyelenggara sendiri kenderaan anda yang berteknologi tinggi tanpa mendapat kepakaran dari yang berkelayakan.

Contoh terbaik kesan pengabaian kecil adalah menukar penapis udara. Kosnya mungkin hanya kira-kira RM20, tetapi jika dibiarkan sahaja, penapis kotor boleh merosakkan sensor oksigen dalam kereta, yang mungkin menelan belanja sebanyak RM200 untuk menggantikan. Dan apabila sensor gagal, pertama anda mungkin terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak untuk menggantikan penukar 'catalytic converter' kereta anda.

No 3 memerlukan perhatian utama dari anda. Juruteknik mengatakan, sikap mengabaikan pertukaran minyak enjin adalah punca paling utama kerosakan lebih besar berlaku pada kenderaan anda. Masalah minyak enjin kotor adalah, enjin tidak berfungsi dengan baik dan sesuai dengan enjin berteknologi tinggi di dalam kenderaan moden hari ini. Menurut pakar permotoran CarMD.com Corp ianya boleh membawa kepada kegagalan enjin jika dibiarkan tidak menukar minyak enjin terlalu lama.

Jika mengikut pada kebiasaannya, ramai pemandu yang menukar minyak enjin untuk setiap 3,000 kilometer, tetapi kebanyakan pakar bersetuju pemandu perlu mengikut jadual yang telah disyorkan oleh pengeluar kereta mereka. Kerap menukar minyak enjin tidak semestinya prestasi yang lebih baik pada enjin tetapi berapa lama jangka hayat enjin kenderaan anda mampu bertahan.

Bilik Hotel Termahal Di Dunia (Gambar)

Bercerita tentang bilik hotel yang pernah saya singgah untuk bermalam sepanjang hidup saya, paling mahal sekalipun yang pernah saya bayar sekitar RM 250 semalam. Pada saya, bilik hotel untuk sekadar bermalam sahaja atas urusan yang memerlukan saya menggunakannya. Jika bersendirian, saya sanggup tidur dalam kereta sahaja dari membayar ratusan RM sekadar untuk tidur semalam.
Berlainan dengan orang lain, kemewahan sesebuah bilik hotel menjadi keutamaan mereka apabila bermalam. Mungkin pada taraf hidup kita ada yang merasakan seolah satu pembaziran sahaja membayar sebegitu mahal untuk hanya semalam tidur, tidak pada mereka yang mampu. Berikut disenaraikan 5 bilik hotel yang termahal di dunia.


 
NEGARA: Switzerland
NAMA HOTEL: Royal Penthouse Suite, Hotel Presiden Wilson, Geneva
HARGA BILIK : RM3.07 Juta semalam

NEGARA: India
NAMA HOTEL: The Raj Palace Hotel, Jaipur, India
HARGA BILIK: RM150,000 semalam

NEGARA: Greece
NAMA HOTEL: Royal Villa, Grand Resort Lagonissi, Athen
HARGA BILIK: RM138,159 semalam

NEGARA: Amerika Syarikat
NAMA HOTEL: Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino, Las Vegas
HARGA BILIK: RM122,808 semalam

NAMA NEGARA: Amerika Syarikat
NAMA HOTEL: Ty Warner, Penthouse, Four Seasons Hotel, New York
HARGA BILIK: RM107,457 semalam

Sumber : Majalah Dewan Ekonomi
Percetakan : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Keluaran:  Oktober 2012 Mukasurat 46

Siapa Sangka Ikan Marlin Pun Mampu Menenggelamkan Bot (Gambar)

Seorang pemancing dari Panama telah berjuang menangkap ikan Marlin hitam yang besar apabila pertempuran ini menjadi lebih teruk dan ikan akhirnya berjaya menenggelamkan bot. Majalah Marlin Magazine meletakkan  posting di akaun Facebooknya, "Marlin Menang!"
Tidak banyak butiran mengenai kejadian itu. Pada mulanya joran pancing kapten bot berjaya mendapat ikan Marlin hitam yang besar, dan beliau menggunakan teknik biasa memancing ikan Marlin,  mula menarik jorannya sehingga bot menjadi senget.


Kapten bot akhirnya terjatuh kerana tarikan yang kuat diberikan oleh ikan tersebut pada keadaan pendikit penuh. Bot yang senget juga telah dimasuki air yang banyak, dan akhirnya situasi bertukar menjadi tragedi dengan kemungkinan bot tenggelam.
Majalah Marlin Magazine melaporkan bahawa bot tersebut akhirnya tenggelam ke bawah laut. Bagaimanapun kesemua orang di atas bot malang itu telah berjaya diselamatkan oleh bot yang mengambil foto ini, dan sudah pasti ikan Marlin  itu juga terlepas ke laut.
Sumber : Yahoo News

Thursday, January 31, 2013

JERITAN AL AQSA..









Projek raksasa pembinaan maabad haikal Sulaiman (kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjidil Aqsa kini bukan gurauan lagi. Mereka benar2 sudah bersedia untuk meruntuhkan terus Masjidil Aqsa. Mereka kini sudah menerbitkan filem mempromosikan projek ini dengan memaparkan info secara terperinci.

Dipaparkan pakaian rasmi yg akan dipakaikan kepada kahanah (imam2 mereka), tukang kebun dan jenis-jenis pisau yang akan digunakan untuk ibadah qurban di situ.

Bahkan mereka juga sudah membuat Syam'adan (mohor Yahudi) yang dibuat daripada 45kg emas tulin dan diletakkan di dalam kubah kaca serta tertulis padanya ayat dalam bahasa Arab dan Jews: "في هذه الأيام سنقوم بهدم المبنى الذي أقامه العرب على قدس الأقداس وسنعيد بناء قدس الأقداس وسنضع الشمعدان مكان القبة الصخرة".

Bermaksud, "Pada hari-hari ini, kami akan meruntuhkan binaan yang didirikan oleh orang Arab di atas tapak yang sangat suci ini dan kami akan bina semula bangunan suci serta kami pacakkan Syam'adan di atas tapak Qubbatus Sakhrah."