Bercerita tentang bilik hotel yang pernah saya singgah untuk bermalam
sepanjang hidup saya, paling mahal sekalipun yang pernah saya bayar
sekitar RM 250 semalam. Pada saya, bilik hotel untuk sekadar bermalam
sahaja atas urusan yang memerlukan saya menggunakannya. Jika
bersendirian, saya sanggup tidur dalam kereta sahaja dari membayar
ratusan RM sekadar untuk tidur semalam.
Berlainan dengan orang lain, kemewahan sesebuah bilik hotel menjadi
keutamaan mereka apabila bermalam. Mungkin pada taraf hidup kita ada
yang merasakan seolah satu pembaziran sahaja membayar sebegitu mahal
untuk hanya semalam tidur, tidak pada mereka yang mampu. Berikut
disenaraikan 5 bilik hotel yang termahal di dunia.
NEGARA: SwitzerlandNAMA HOTEL: Royal Penthouse Suite, Hotel Presiden Wilson, Geneva
HARGA BILIK : RM3.07 Juta semalam
NEGARA: IndiaNAMA HOTEL: The Raj Palace Hotel, Jaipur, IndiaHARGA BILIK: RM150,000 semalam
NEGARA: GreeceNAMA HOTEL: Royal Villa, Grand Resort Lagonissi, AthenHARGA BILIK: RM138,159 semalam
NEGARA: Amerika SyarikatNAMA HOTEL: Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino, Las VegasHARGA BILIK: RM122,808 semalam
NAMA NEGARA: Amerika SyarikatNAMA HOTEL: Ty Warner, Penthouse, Four Seasons Hotel, New YorkHARGA BILIK: RM107,457 semalam
Sumber : Majalah Dewan Ekonomi
Percetakan : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Keluaran: Oktober 2012 Mukasurat 46
No comments:
Post a Comment