Friday, July 19, 2013

NASIHAT | Seekor Nafsu Sama Dengan 70 Ekor Syaitan

Nasihat | Seekor Nafsu Sama Dengan 70 Ekor Syaitan | Pagi-pagi ni peristiwa yang paling susah nak adalah apa? Kalau budak-budak sudah tentu susah bangun pagi, lagi-lagi kalau masa cuti sekolah begini. Orang dewasa pun sama, sambung sekali dengan budak-budak. Biasanya kalau dah lepas solat subuh, terus tidur.
Bukan cerita pasal orang lain, kekadang aku pun sama juga.
Kita tidak perasan bahawa kita sedang memenangkan nafsu ketika itu, kadang-kadang kita sambung tidur sehingga petang. Kita tidak sedar bahawa kita telah merugikan masa yang telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Asr.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Allah taala bersumpah demi masa ini, kenapa? Kerana masa inilah yang membuatkan manusia rugi dalam umurnya, kita sibuk mencari dunia, sedangkan yang ditanya adalah apakah amalmu.
Ibarat kita ingin mengambil peperiksaan, lain yang ditanya lain yang kita prepare. Fail lah jawabnya.
Samalah juga kita kat dunia ni, kita hidup ni untuk apa? kat sekolah pun dah ajar bukan? Semua mesti jawab, kita hidup ni untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Tapi sejauh mana kita menghayati pengabdian ini, seolah-olah kita ni tiada tuhan, apabila orang lebih daripada kita, kita kata dia tu mengada-ngada la tu, apabila orang naik pangkat, kita cakap bodek bos la tu, apabila orang nasihat kita, kita kata nak tunjuk alim la tu.
Semua orang kita kondem, kita lupa yang hati kita dah rosak pada masa tu.
Inilah nafsu yang susah untuk kita tundukkan, Imam Ghazali pernah berkata Nasfu kita ini ibarat 70 ekor Syaitan. Maknanya kalau syaitan sekor pun kita dah menggelabah susah bangun subuh, apatah lagi dengan nafsu ni bukan?
Susah memang susah, nak tak nak kita mesti lawan. Kalau kita dapat menundukkan nasfu mengata ke orang,  nafsu malas, nafsu makan, nafsu syahwat, nafsu tidur, nafsu tengok TV dan berjuta-juta nafsu lagi la. Insyaallah kita akan berjaya dalam hidup untuk menuju akhirat ni.
Pucuk pangkalnya kita mestilah bersabar dalam setiap tindakan kita, Jangan jadikan nafsu kita sebagai raja dalam kehidupan kita ni- TA

NASIHAT | Syurga Itu Bagi Orang-Orang Yang Bodoh

NASIHAT | Syurga Itu Bagi Orang-Orang Yang Bodoh | Kita pernah bertemu dengan orang yang sentiasa bercerita tentang kelebihan dirinya sendiri, dengan harapan orang lain berasa kagum dengan kelebihan yang dia miliki. 
Kita pernah bertemu dengan orang yang bercakap berlapik-lapik memerli orang lain dan memuji balik orang itu dengan harapan orang lain menyangka beliau tidak menyimpan prasangka terhadap orang yang beliau perli itu.
Kita juga pernah bertemu dengan orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain supaya orang lain menyangka beliau sahaja yang betul.
Kita tidak perasan bahawa segala apa yang kita dengar dan katakan kepada orang lain adalah mencerminkan hati dan diri kita sendiri. Kita tidak pernah mengatakan diri kita bodoh, malahan kita akan marah jika kita dikatakan bodoh.
Sedangkan hakikatnya kita memang bodoh.
Inilah kita sebenarnya yang tidak mengenal diri kita sendiri, bagaimana pula kita boleh mengenal tuhan jika kita tidak mengenali diri kita sendiri. Inilah hakikat kebodohan kita sebenarnya, bodoh dengan kesombongan yang merasakan diri kita sudah pandai.
Adapun bodoh yang dimaksudkan Rasulullah adalah manusia yang sentiasa bertawadduk dengan ilmunya dan sentiasa menganggap dirinya bodoh apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. dan sentiasa menganggap orang lain itu gurunya.
Walaupun ilmunya sangat tinggi beliau tidak mungkin dapat menjadi seorang pakar bedah dan pakar ilmu feqah dalam satu masa. Disebabkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi itu agak susah untuk dikuasai maka kebodohan inilah yang menjadikan seseorang itu tawadduk terhadap Ilahi.
Persoalannya,dimanakan tahap perasaan bangga yang perlu ada bagi kita dengan ilmu yang kita ada itu?- TA

Kisah Menyesal Tak Sudah Tentera Iskandar Dzulkarnain

Al-kisah tentang Menyesal~


Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.
Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya.
Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..

Thursday, July 11, 2013

MULUT FIRAUN DI SUMBAT MALAIKAT SEBELUM TENGGELAM

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]

Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90)

.
Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.
Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.

Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir’aun kafir sejak bayi


Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).

Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?

Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]


Cara Menjaga Kecantikkan Pada Zaman Dulu

Memang kalau zaman dulu.....walau pun pelik, tapi berkesan...walau pun sikit-sikit.  Janji usaha tangga kejayaan....!!