Dari
Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan:
“dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun).
Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir,
khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]
Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat
tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan
Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh
Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas
(mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia:
Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai
oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri
(kepada Allah).” (Qs. 10:90)
.
Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan
mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan
malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat
mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan
pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh
dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan
taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.
Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna
pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman
menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.
Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular
dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram
dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya
menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat
yang tertolak (Qs. 10:90)
Fir’aun kafir sejak bayi
Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya.
Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi
nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak
bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.
Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun
dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu
‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa
menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan
para sahabat pada petang hari.
Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang
(ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran
bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali
dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin
Nuh.
Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang
Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya
Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir
Muqatil (Qs. 10:90).
Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?
Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini
disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah
sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis,
Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun
1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba
Inggeris pada 8 Julai 1907.
Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran
boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga
boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari
pemujaan gelaran yang melewati batasan.
Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut
ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan
makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir
terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”
[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu
Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam
as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga
oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]
No comments:
Post a Comment