Monday, August 27, 2012

Nikmatnya air yang kita miliki....


 
Lebih 1,500 juta penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada air bersih lagi selamat.

Penggunaan air ketika mandi selama 5 minit di kalangan masyarakat awam kita akan menggunakan lebih banyak air selama sehari daripada masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan di negara membangun.


Secara purata, wanita-wanita di benua Afrika dan Asia terpaksa berjalan sejauh 3.7 kilometer setiap hari untuk mendapatkan bekalan air.

Dianggarkan bahawa seorang kanak-kanak meninggal dunia pada setiap 15 saat disebabkan oleh penyakit yang berpunca daripada air yang kotor serta tidak selamat digunakan.

Kira-kira 1,000 juta manusia di negara-negara yang membangun yang lain hanya menggunakan kurang daripada 6 liter air sehari.

Namun, seorang individu biasa di negara-negara maju yang lain seperti USA menggunakan sebanyak 500 liter air bersih sehari.

Mari bersama kita ingati firman Allah swt,

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Dan Allah swt sebenarnya telah mengulang-ulangi ayat ini sebanyak 31 kali dalam surah ar Rahman....!

Bagaimana dengan kita ?

Sumber :

www.itsislam.net
wateraid.org
page : interestingengineering

No comments:

Post a Comment