HAMILTON berharap jet Bombardier CL-600 akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan Nicole.
London: Dia menyara hidup dengan memandu kereta lumba Formula 1.
Tetapi kini Lewis Hamilton mempunyai pengangkutan yang jauh lebih laju sebuah jet bernilai 20 juta pound (RM97 juta).
Pemandu Formula
1 terbabit berharap jet Bombardier CL-600 berwarna merah yang
berkelajuan 500 batu sejam itu akan memudahkan hubungan jarak jauhnya
dengan juri X Factor, Nicole Scherzinger.
Sementara
Hamilton tinggal di Monaco, bekas anggota Pussycat Doll itu berpangkalan
di Los Angeles dan kedua-duanya membuat perjalanan ke serata dunia
untuk tugas mereka. Rakannya berkata, jejaka berusia 28 tahun itu
membeli jet mewah itu untuk memudahkan perjalanannya menemui teman
wanitanya sekerap mungkin.
Pasangan itu
berpisah pada 2011, dilaporkan kerana tertekan apabila terpaksa
meluangkan begitu banyak masa membuat perjalanan beribu-ribu kilometer.
Juara dunia 2008 itu turut menukar pendaftaran rasminya kepada G-LCDH
yang bermaksud Lewis Carl Davidson Hamilton. Juara Formula 1 2008 itu
berjimat membayar cukai kastam apabila mengambil penghantaran jet
berkenaan di Lapangan Terbang Isle of Man bulan lalu.
Pihak berkuasa pulau itu mengenakan cukai lebih rendah berbanding di tanah besar.
Hamilton
kemudian membuat penerbangan sulung ke Stuttgurt, Jerman, di mana dia
melawat pasukan Formula 1, selepas menandatangani kontrak 60 juta pound
(RM292 juta) dengan Mercedes September lalu.
JET peribadi Hamilton dilengkapi dengan katil mudah alih, televisyen plasma dan bar.
Dia memuat naik
fotonya berehat di tempat duduk dalam jet itu di Twitter dan menulis:
“Berakhir hari cuti, kembali ke kawasan pergunungan untuk berlatih!”
Bekas pemandu McLaren itu dan Nicole, 34, yang mula berpacaran pada
2007, telah menyertai kelab elit “super selebriti”, termasuk Tom Cruise
dan Oprah Winfrey yang mampu memiliki jet peribadi.
Itu bermakna
mereka tidak perlu berdepan penundaan di lapangan terbang awam yang
menyediakan penerbangan untuk orang ramai. Nicole baru-baru ini berkata:
“Saya tidak syorkan hubungan jarak jauh pada orang lain. Hamilton juga
akan berkata begitu.
“Tetapi jika ia berbaloi, anda perlu berjuang untuk itu. Kami cuba untuk bertemu semungkin yang boleh,” katanya.
Nicole
dilaporkan membelanjakan 750,000 pound (RM3.6 juta) untuk menyewa jet
peribadi bagi melawat teman lelakinya sepanjang tahun lalu. - Daily Mail
* Sumber myMetro
No comments:
Post a Comment