Seorang
wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan
lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW.
Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa
bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW
menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan
keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah
pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan
Baginda.
Kisah
yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat.
Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di
Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang
banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu
ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada
jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala
pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu
terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak
berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan
tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua
Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang
menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi
itu masih tetap memarahinya.
Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga
Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua
Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia
terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya
warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada
pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu
bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya
terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam.
Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(Al-Baqarah: 195)
No comments:
Post a Comment