Sunday, May 30, 2010
Bera Selatan Oo Bera Selatan...
Bertemu kembali.
Pada hari jumaat ( 28.5.2010) yang lepas saya bersama keluarga telah pergi ' family day ' ke Rantau Dru di Rompin. Kami bertolak jam 11.30 pagi. Sewaktu perjalanan kami singgah dekat Ladang Bera Selatan 2 untuk Solat Jumaat. Yang menjadi peliknya saya seolah - olah berada di Negara Bangladesh atau Indonesia, kerana ahli jemaah disitu hampir 90 % warga bangladesh atau Indonesia... . Orang kita hanya beberapa kerat sahaja termasuk TOK Imam. Itulah senarionya kat ladang tersebut yang menjadi tanda tanya dimanakah orng kita menghilang ?
Tuesday, May 25, 2010
LARANGAN ISBAL [MELABUHKAN PAKAIAN HINGGA MENUTUP MATA KAKI]
Abu Abdillah Ibnu Luqman
Isbal membawa erti melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan hal ini terlarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak. Larangan isbal bagi lelaki telah dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka sebaiknya bagi seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang lemah seperti klaim mereka kalau tidak sombong maka dibolehkan? Untuk lebih jelasnya, berikut kami paparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Musta'an.
[A]. DEFINISI ISBAL
Isbal secara bahasa adalah masdar dari “asbala”, “yusbilu-isbaalan”, yang bermakna “irkhaa-an”, yang ertinya: menurunkan, melabuhkan atau memanjangkan. Sedangkan menurut istilah, sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnul 'Arabi rahimahullah dan selainnya adalah: memanjangkan, melabuhkan dan menjulurkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan menyentuh tanah, baik kerana sombong ataupun tidak. [Lihat Lisanul 'Arab, Ibnul Munzhir 11/321, Nihayah Fi Gharibil Hadis, Ibnul Atsir 2/339]
[B]. BATAS PAKAIAN MUSLIM
Salah satu kewajiban seorang muslim adalah meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam segala perkara, termasuk dalam masalah pakaian. Rasulullah telah memberikan batas-batas syar’i terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadis-hadis berikut:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
“Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya” [Hadis Riwayat Abu Daud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331]
Berkata Syaraful Haq Azhim Abadi rahimahullah: “Hadis ini menunjukkan bahawa yang sunnah, hendaklah sarung seorang muslim hingga setengah betis dan dibolehkan turun dari itu hingga di atas mata kaki. Apa saja yang dibawah mata kaki maka hal itu terlarang dan haram.[ Aunul Ma’bud 11/103]
Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.
“Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memegang otot betisku lalu bersabda: “Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga, maka ketahuilah bahawa kain tidak boleh menutup kedua mata kaki”” [Hadis Riwayat. Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah 1765]
Hadis-hadis di atas mengisyaratkan bahawa panjang pakaian seorang muslim tidaklah melebihi kedua mata kaki dan yang paling utama hingga setengah betis, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadisnya yang banyak.
Dari Abi Juhaifah Radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Aku melihat Nabi keluar dengan memakai Hullah Hamra' seakan-akan saya melihat kedua betisnya yang sangat putih” [Tirmidzi dalam Sunannya 197, dalam Syamail Muhammadiyah 52, dan Ahmad 4/308]
'Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Tatkala aku sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku sambil berkata: "Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada ketakwaan." Ternyata dia adalah Rasulullah. Aku pun bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah menjawab: "TIDAKKAH PADA DIRIKU TERDAPAT TELADAN?" Maka aku melihat sarungnya hingga setengah betis”.[Hadis Riwayat Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar Syamail Muhammadiyah, hal. 69].
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memanjangkan celananya hingga melebihi mata kaki. Beliau menjawab: “Panjangnya gamis, celana dan seluruh pakaian hendaklah tidak melebihi kedua mata kaki, sebagaimana telah tetap dari hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam” [Majmu' Fatawa 22/14]
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata : “ Walhasil, ada dua keadaan bagi lelaki; dianjurkan iaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh iaitu hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua keadaan; dianjurkan iaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga sejengkal dan dibolehkan hingga sehasta” [Fathul Bari 10/320]
[C]. DALIL-DALIL HARAMNYA ISBAL
Pertama.
“Dari Abu Dzar bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka azab yang pedih. Rasulullah menyebutkan tiga golongan tersebut berulang-ulang sebanyak tiga kali, Abu Dzar berkata: "Merugilah mereka! Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Orang yang suka memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu." [Hadis Riwayat Muslim 106, Abu Daud 4087, Nasa'i 4455, Darimi 2608. Lihat Irwa': 900]
Kedua.
“Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat." [Hadis Riwayat Bukhari 5783, Muslim 2085]
Ketiga.
“Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi bersabda : "Apa saja yang di bawah kedua mata kaki di dalam neraka." [Hadis Riwayat Bukhari 5797, Ibnu Majah 3573, Ahmad 2/96]
Keempat.
“Dari Mughiroh bin Syu'bah Radhiyallahu ‘anhu, adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Wahai Sufyan bin Sahl! Janganlah kamu isbal, sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang isbal." [Hadis Riwayat. Ibnu Majah 3574, Ahmad 4/26, Thabrani dalam Al-Kabir 7909. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah: 2862]
Kelima.
“Waspadalah kalian dari isbal pakaian kerana hal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Hadis Riwayat Abu Daud 4084, Ahmad 4/65. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah: 770]
Keenam.
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu berkata: "Saya lewat di hadapan Rasulullah sedangkan sarungku terurai kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menegurku sambil berkata: "Wahai Abdullah, tinggikan sarungmu!" Aku pun meninggikannya. Beliau bersabda lagi: "Tinggikan lagi!" Aku pun meninggikannya lagi, maka semenjak itu aku senantiasa menjaga sarungku pada batas itu. Ada beberapa orang bertanya: "Seberapa tingginya?" "Sampai setengah betis."[Hadis Riwayat Muslim 2086. Ahmad 2/33]
Berkata Syakh Al-Albani rahimahullah: “Hadis ini sangat jelas sekali bahawa kewajiban seorang muslim hendaklah tidak menjulurkan pakaiannya hingga melebihi kedua mata kaki. Bahkan hendaklah dia meninggikannya hingga batas mata kaki walaupun dia tidak bertujuan sombong dan di dalam hadis ini terdapat bantahan kepada orang-orang yang isbal dengan sangkaan bahawa mereka tidak melakukannya kerana sombong! Tidakkah mereka meninggalkan hal ini demi mencontohkan perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap Ibnu Umar?? Ataukah mereka merasa hatinya lebih suci dari Ibnu Umar?” [Ash-Shahihah: 4/95]
Berkata Syaikh Bakr Abu Zaid: “Dan hadis-hadis tentang larangan isbal mencapai darjat mutawatir makna, tercantum dalam kitab-kitab shahih, sunan-sunan, ataupun musnad-musnad, diriwayatkan dari banyak sekali oleh sekelompok para sahabat”. Beliau lantas menyebutkan nama-nama sahabat tersebut hingga dua puluh dua orang. Lanjutnya: “ Seluruh hadis tersebut menunjukkan larangan yang sangat tegas, larangan pengharaman, kerana di dalamnya terdapat ancaman yang sangat keras. Dan telah diketahui bersama bahawa sesuatu yang terdapat ancaman atau kemurkaan, maka diharamkan dan termasuk dosa besar, tidak dihapus dan diangkat hukumnya. Bahkan termasuk hukum-hukum syar'i yang kekal pengharamannya."[Hadd Tsaub Wal Uzrah Wa Tahrim Isbal Wa Libas Syuhrah, hal. 19]
[D]. KESAN NEGATIF ISBAL
(Mengenai) Isbal keharamannya telah jelas, bahkan di dalam isbal terdapat beberapa kemungkaran yang tidak boleh dianggap remeh. Ini adalah antara sebabnya:
[1]. Menyelisihi Sunnah
Menyelesihi sunnah termasuk perkara yang tidak boleh dianggap enteng dan ringan kerana kewajiban setiap muslim untuk mengamalkan setiap sendi agama dalam segala perkara baik datangnya dari Al-Qur’an atau Sunnah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul, takut akan di timpa cubaan (fitnah) atau ditimpa azab yang pedih” [An-Nur : 63]
[2]. Mendapat Ancaman Neraka
Berdasarkan hadis yang sangat banyak berisi ancaman neraka bagi yang melabuhkan pakaiannya baik kerana sombong ataupun tidak.
[3]. Termasuk Kesombongan
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah: “Kesimpulannya isbal melazimkan menarik pakaian dan menarik pakaian melazimkan kesombongan walaupun pelakunya tidak bermaksud sombong” (Fathul Bari 10/325). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Waspadalah kalian dari isbal pakaian kerana hal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Hadis Riwayat Abu Daud 4084, Ahmad 4/65, dishahihkan oleh Al-Albany dalam As-Shahihah 770]
Berkata Ibnul Arabi rahimahullah: “Tidak boleh bagi lelaki untuk memanjangkan pakaiannya melebihi kedua mata kaki, walapun dia mengatakan: “Aku tidak menariknya kerana sombong” kerana larangan hadis secara lafaz mencakup pula bagi yang tidak sombong, maka tidak boleh bagi yang telah tercakup dalam larangan, kemudian berkata : “Aku tidak mahu melaksanakannya kerana sebab larangan tersebut tidak ada pada diriku”, ucapan semacam ini merupakan klaim yang tidak boleh diterima, bahkan memanjangkan pakaian itu sendiri menunjukkan kesombongan” [Fathul Bari 10/325]
[4]. Menyerupai Wanita
Isbal bagi wanita disyari’atkan bahkan wajib dan mereka tidak diperkenankan untuk menampakkan anggota tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Orang yang isbal bererti mereka telah menyerupai wanita dalam berpakaian, dan hal itu terlarang secara tegas, berdasarkan hadis.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadis Riwayat Bukhari 5885, Abu Daud 4097, Tirmidzi 2785, Ibnu Majah 1904]
Imam At-Thabari berkata: “Maknanya tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita di dalam berpakaian dan perhiasan yang menjadi kekhususan mereka, demikian pula sebaliknya” [Fathul Bari II/521]
Dari Kharsyah bin Hirr berkata: “Aku melihat Umar bin Khathab, kemudian ada seorang pemuda yang melabuhkan sarungnya lewat di hadapannya. Maka Umar menegurnya sambil berkata: “Apakah kamu orang yang haid?” Pemuda tersebut menjawab: “Wahai amirul mukminin, apakah lelaki itu mengalami haid?” Umar menjawab: “Lantas mengapa engkau melabuhkan sarungmu melewati mata kaki?” kemudian Umar minta diambilkan guting lalu memotong bahagian sarung yang melebihi kedua mata kakinya”. Kharsyah berkata: “Seakan-akan aku melihat benang-benang di ujung sarung itu” [Hadis Riwayat Ibnu Syaibah 8/393 dengan sanad yang shahih, lihat Al-Isbal Lighairil Khuyala, hal. 18]
Akan tetapi laa haula wal quwwata illa billah, zaman sekarang yang katanya moden, cara berpakaian terbalik; lelaki melabuhkan pakaianya menyerupai wanita dan tidak terlihat darinya kecuali wajah dan telapak tangan! Manakala wanita pula membuka pakaiannya hingga terlihat dua betisnya bahkan lebih dari itu. Apa yang lebih sedih lagi adalah terlontarnya cemuhan dan ejekan kepada lelaki yang memendekkan pakaiannya kerana mencontoh Nabi dan para sahabat. Manusia zaman sekarang memang aneh, mereka mencela dan mengejek para wanita yang memanjangkan jilbabnya kerana taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulnya, akhirnya kepada Allah kita mengadu” [Al-Isbal Lighairil Khuyala hal. 18]
[5]. Berlebih Lebihan
Tidak ragu lagi syari’at yang mulia ini telah memberikan batas-batas berpakaian, maka barangsiapa yang melebihi batasnya sungguh dia telah belebih-lebihan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” [Al-A’raf : 31]
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Apabila pakaian melebihi batas semestinya, maka larangannya dari segi israf (berlebih-lebihan) yang berakhir pada keharaman” [Fathul Bari II/436]
[6]. Terkena Najis
Orang yang isbal tidak selamat dari najis, bahkan kemungkinan besar najis melekat dan mengenai sarungnya tanpa dia sedari. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Naikkan sarungmu kerana hal itu lebih menunjukkan ketakwaan (dalam lafaz yang lain: lebih suci dan bersih)” [Hadis Riwayat Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364, dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar Syama’il Muhammadiyyah hal. 69]
[F]. SYUBHAT DAN JAWABANNYA
Orang yang membolehkan isbal melontarkan syubhat yang cukup banyak, di antara hujah yang sering digunakan adalah isbal jika tidak sombong dibolehkan. Oleh kerana itu, penulis perlu menjawab dalil-dalil yang biasa mereka gunakan untuk membolehkan isbal jika tidak bermaksud sombong.
Pertama : Hadis Ibnu Umar
Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat!" Abu Bakar bertanya: "Ya Rasulullah, sarungku sering melorot kecuali bila aku menjaganya!" Rasulullah menjawab: "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya kerana sombong."[Hadis Riwayat Bukhari 5784]
Mereka berdalil dengan sabda Rasulullah, "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya kerana sombong.", bahawasanya isbal tidak sombong adalah dibolehkan.
Jawapan:
Berkata Syaikh Al-Albani: “Dan termasuk perkara yang aneh, ada sebahagian orang yang mempunyai pengetahuan tentang Islam, mereka berdalil bolehnya memanjangkan pakaian atas dasar perkatan Abu Bakar ini. Maka aku katakan bahawa hadis di atas sangat jelas bahawa Abu Bakar sebelumnya tidak memanjangkan pakaiannya, sarungnya selalu menurun tanpa kehendak dirinya dengan dia tetap berusaha untuk selalu menjaganya. Maka apakah boleh berdalil dengan perkataan ini sementara perbezaannya sangat jelas bagaikan matahari di waktu siang dengan apa yang terjadi pada diri Abu Bakar dan orang yang selalu memanjangkan pakaiannya? Kita memohon kepada Allah keselamatan dari hawa nafsu. (As-Shahihah 6/401). Kemudian Syaikh berkata di tempat yang lain: “Dalam hadis riwayat Muslim, Ibnu Umar pernah melintas di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedangkan sarungnya menurun, maka Rasulullah menegur Ibnu Umar dan berkata: "Wahai Abdullah, naikkan sarungmu!". Apabila Ibnu Umar saja yang termasuk sahabat yang mulia dan utama, Nabi tidak tinggal diam terhadap sarungnya yang menurun bahkan memerintahkannya untuk mengangkat sarung tersebut, bukankah ini menunjukkan bahawa isbal itu tidak berkaitan dengan sombong atau tidak sombong?! [Mukhtashar Syamail Muhammadiyyah hal. 11]
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Sesungguhnya pada yang demikian ini benar-benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau apa yang menggunakan pendengarannya, sedang ia menyaksikannya” [Qaaf : 37]
Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Dan adapun orang yang berhujjah dengan hadis Abu Bakar, maka kita jawab dari dua sisi; Pertama, bahawa salah satu sisi sarung Abu Bakar kadang turun tanpa disengajakan, maka beliau tidak menurunkan sarungnya atas kehendak dirinya dan dia selalu berusaha menjaganya. Sedangkan orang yang mengklaim bahawa dirinya isbal kerana tidak sombong, mereka menurunkan pakaian mereka kerana kehendak mereka sendiri. Oleh kerana itu, kita katakan kepada mereka: “Jika kalian menurunkan pakaian kalian di bawah mata kaki tanpa niat sombong, maka kalian akan diazab dengan apa yang turun di bawah mata kaki dengan Neraka. Jika kalian menurunkan pakaian kerana sombong, maka kalian akan diazab dengan siksa yang lebih pedih, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan berbicara kepada kalian, tidak dilihat oleh-Nya, tidak disucikan oleh-Nya dan bagi kalian azab yang pedih”. Kedua, Abu Bakar mendapat nasihat dan tazkiah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa dia bukan termasuk orang yang sombong, maka apakah kalian juga mendapat tazkiah dan nasihat yang serupa?" [Fatawa Ulama Balad Haram hal. 1140]
”Maka ambillah hal itu untuk menjadi pelajaran, hai orang yang mempunyai pandangan” [Al-Hasyr : 2]
Kedua : Mereka yang membolehkan isbal jika tidak sombong, menyangka bahawa hadis-hadis larangan isbal yang bersifat mutlak (umum), harus ditaqyid (dikaitkan) ke dalil-dalil yang menyebutkan lafazh khuyala' (sombong), sesuai dengan kaedah ushul fiqh, "Hamlul Mutlak 'alal Muqayyad Wajib" (membawa nash yang mutlak [umum-editor] ke muqayyad [khusus-editor] adalah wajib).
Jawapan:
Kita katakan kepada mereka: “Itulah sejauh-jauhnya pengetahuan mereka.[An-Najm : 30]
Kemudian kaedah ushul "Hamlul Muthlaq 'alal Muqayyad" adalah kaedah yang telah disepakati dengan syarat-syarat tertentu. Untuk lebih jelasnya, mari kita teliti perkataan ahlul ilmi dalam masalah ini.
Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah: “Isbal pakaian apabila kerana sombong maka hukumannya Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat, tidak mengajak bicara dan tidak mensucikannya, serta baginya adzab yang pedih. Adapun apabila tidak kerana sombong, maka hukumannya disiksa dengan neraka apa yang turun melebihi mata kaki, berdasarkan hadis:
Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka adzab yang pedih; orang yang memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu”.
Juga sabdanya : “Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat”
Adapun yang isbal kerana tidak sombong, maka hukumannya sebagaimana dalam hadis : “Apa saja yang dibawah kedua mata kaki di dalam Neraka”. Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mentaqyidnya dengan sombong atau tidak, maka tidak boleh mentaqyid hadis ini berdasarkan hadis yang lalu.
Juga Abu Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki, dan apa yang turun di bawah mata kaki, maka bagiannya di neraka, barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya”.
Di dalam hadis ini, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan dua permisalan dalam satu hadis, dan dia menjelaskan perbezaan hukum keduanya kerana perbezaan balasannya. Keduanya berbeza dalam perbuatan dan berbeza dalam hukum dan balasan. Maka selama hukum dan sebabnya berbeza, tidaklah boleh membawa yang mutlak ke muqayyad (khusus), di antara syaratnya adalah bersatunya dua nash dalam satu hukum, apabila hukumnya berbeza, maka tidaklah ditaqyid salah satu keduanya dengan yang lain. Oleh kerana itu ayat tayammum yang berbunyi :”Basuhlah mukamu dan tanganmu dengan tanah” tidak ditaqyid dengan ayat wudhu, “Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku” maka tayammum itu tidak sampai siku, kerana mengharuskan perlawanan”[As’ilah Muhimmah hal, 29-30, Lihat pula Fatawa Syaikh Utsaimin 2/921, Isbal Lighairil khuyala hal. 26]
Kesimpulannya: Kaedah "Membawa nash yang mutlak ke muqayyad wajib" adalah kaidah yang telah muttafak alaihi (disepakati) pada keadaan bersatunya hukum dan sebab. Maka tidak boleh membawa nash yang mutlak ke muqayyad apabila hukum dan sebabnya berbeza atau hukumnya berbeza dan sebabnya sama! [Lihat Ushul Fiqh Al-Islami 1/217 karya Dr Wahbah Az-Zuhaili]
[G]. KESIMPULAN
Dari pembahasan di muka, dapat disimpulkan:
[1]. Isbal adalah memanjangkan pakaian hingga menutupi mata kaki, baik kerana sombong maupun tidak, dan hal ini haram dilakukan bagi lelaki-lelaki.
[2]. Batasan pakaian seorang lelaki-lelaki ialah setengah betis, dan dibolehkan hingga di atas mata kaki, tidak lebih.
[3]. Hukum isbal itdak berlaku bagi wanita, bahkan mereka disyari'atkan menurunkan pakaiannya hingga sejengkal di bawah mata kaki.
[4. Isbal pakaian tidak hanya sarung, berlaku bagi setiap jenis pakaian berupa celana, gamis, jubah, serban dan segala sesuatu yang menjulur ke bawah.
[5]. Isbal kerana sombong adalah dosa besar, oleh kerana itu pelakunya berhak tidak dilihat oleh Allah pada hari kiamat, tidak disucikan-Nya, dan baginya adzab yang pedih.
[6]. Isbal jika tidak sombong maka baginya adzab neraka apa yang turun di bawah mata kaki.
[7]. Isbal memiliki beberapa kemungkaran, sebagaimana telah berlalu penjelasannya
[8]. Klaim sebagian orang yang melakukan isbal dengan alasan tidak sombong merupakan klaim yang tidak boleh diterima. Maka bagi mereka, kami sarankan untuk memperdalami ilmu dan merujuk kalam ulama dalam masalah ini.
Demikian yang boleh kami sajikan tentang masalah isbal. Semoga tulisan ini ikhlas kerana mengharap wajah-Nya dan bermanfaat bagi diri penulis serta kaum muslimin di manapun berada, amiin. Wallahu a'lam.
[[Disalin dari majalah Al Furqon, Edisi : 03/IV/Syawal 1425H. Penerbit Lajnah Dakwah Ma’had Al-Furqon]
sumber : sYok.Org.
Monday, May 24, 2010
Sunday, May 23, 2010
ULTRAMAN COSMOS .... he he he
Cuba lihat klip video nie dengan seni kata lagu yang melucukan....
Saturday, May 22, 2010
Bolehkah Tidur Lewat ?
Masalah tidur.Ramai yang dah jaga gaya pemakanan, dah jaga waktu bersukan namun ramai lagi yang tertinggal satu lagi gaya hidup atau sunnah yang perlu dijaga. Tidur awal sangat penting. Sebenarnya umum mengetahui manusia yang berjaya tidurnya cukup-cukup 5 jam sahaja, namun mana lebih betul, tidur cukup atau tidur awal.?
Assajdah: 16. “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya[1193] dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan”
Adz Dzaariyaat 17. “Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.”
Benar kurang tidur kerana solat malam memang ciri mukmin, namun kurang tidur bukan bermakna tidak cukup tidur, mengikut sunnah nabi, gaya hidup yang sebenarnya ialah tidur awal, kemudian bangun solat qiamullail, namun org kita, tidur lewat, kemudian solat qiamullail. Lebih teruk jika tidur lewat sebab menonton tv, kerja lebih masa, merawat orang, atau main bola, badminton dan sebagainya aktiviti yang berbentuk fizikal. Sebenarnya waktu malam, ialah waktu untuk istirehat,
AlFurqan :47. “Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.”
waktu dalam istilah peredaran tenaga hayat tubuh, 10-12 malam, perjalanan tenaga beredar ke pundi hempedu, pasangan untuk hati waktunya pula ialah 12-3 malam. Hati, organ pembersih, terutama darah, pemusnah toksid dalam badan.
Jika sehari kita tidur lewat, perjalanan hati sudah terganggu, bayangkan jika sudah lama tidur lewat, 1 tahun atau 2 tahun, boleh jadi 7-8 tahun, kemungkinan besar, hati kita sudah teruk, retak menanti belah. Badan kita dah asyik lenguh, angin dah banyak, sendi dok asyik krem, kepala pening, mudah panas hati atau panas baran. Ramai yang pi berurut, tapi waktu peluang untuk berubat ialah malam, berurut sampai pukul satu. Balik rumah tidur pukul dua malam. Lega tetapi masalah waktu rehat organ hati telah diambil. Lega nya sekejap je, esok lusa atau minggu depan lenguh balik. Gaya hidup tak berubah.
sakit yang sebenarnya dah lama kutip tetapi berubat sekali nak pulih terus. Kemudian ditambah pula dengan pemakanan berlemak-lemak, berajinomoto, mula kata jin masuk badan.
Namun boleh jadi juga jin memang masuk, dia pi cari kawasan lemah, hati dah nak k.o, banyak la peluang. Sementelah masalah payah nak tidur atau al araq memang satu dari ciri gangguan jin. Hati ni ‘menteri organ’. Segala baki pembuangan yang tak boleh nak cuci dihantar pula ke buah pinggang, bangun pagi pinggang rasa lenguh.
Atas sebab tertentu juga sebab diatas, saya memang tidak membuat rawatan pada waktu malam, melainkan emergency sangat. Begitu juga saya ingin memberi peringatan kepada sahabat-sahabat saya supaya melakukan perkara yang sama.
wassalam.
Sumber : Akrineputri Bera
Wednesday, May 19, 2010
CARI ISTERI....
CALON PERTAMA :
Pekerjaan : Operator Telefon
" Ala Mak..... nih tak syiokkkk.... dia nih selalu cakap: "SILA TUNGGU SEBENTAR , TUNGGU SEBENTAR"
CALON KEDUA :
Ciri - ciri : Kulit sawa matang , mata bulat dan besar, badan 100% bergetah, BUKITnya just nice.
Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata " Nih lagi tak Syioooookkkk....asyik - asyik HARAP BERSABAR .... BERSABAR"
Siibu pun gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya... lalu dia pun menjemput calon terakhir...
CALON TERAKHIR :
Ciri - ciri : Kulit gelap - gelita , mata sepet sikit , badan 99.99999% bergetah , BUKITnya kuran memuaskan
Pekerjaan: Guru
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu sianak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pun pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa pilih calon ini. Lalu anaknya memberitahu ..... " Hah ! mank nih la baru syiokkkkk sikit... kalu cikgu best sikit... pasal dia selalu cakap ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK - BANYAK, SALAH NIH, BUAT MACAM NIH 10 SEKALI LAGI, TERUSAKAN ....HAH...TERUSAKAN DAH BETUL TUH..."
Tiba - tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak ... " Bang!!!! Konduktor bas mini lagi bagus bang. Diorang selalu cakap .....NAIK CEPAT,NAIK CEPAT...MASUK,MASUK.... MASUK LAGI, DALAM LAGI ..... DALAM LAGILAAAH, MASUK BELAKANG ..... BELAKANG LAGI , BELAKANG SANA..... BELAKANG BANYAK KOSONG!.........
Tuesday, May 18, 2010
Petua elak santau...
Semalam aku pergi ‘mengeteh’ dengan rakan di sebuah gerai di Kota Tinggi. Oleh kerana parking tempat gerai yang kitaorang nak minum tu penuh, kami parked di depan gerai orang lain dan terus ke gerai yang kami tuju.
Kawan aku berkata, tindakan yang kami lakukan tu mungkin akan menimbulkan kemarahan gerai tempat kami parking kereta tu dan merbahaya jika di lakukan di sebuah daerah di Malaysia ni. ( Nama tempat dirahsiakan) kerana silap-silap boleh terkena santau. Maklumlah orang Melayu ni dah zaman internet pun masih percaya dan mengamalkan benda-benda berkawan dengan jin dan syaitan ini kerana sesungguhnya syaitan sudah bersumpah dengan Allah untuk menghasut anak Adam supaya sesat bersama mereka sehingga hari kiamat. Setan punya setan!
Aku teringat petua orang lama yang mengajar cara untuk mengenal makanan yang dihidangkan depan mata tu beracun (disihir) atau tidak. Untuk dikongsi dengan pembaca isuhangat dan anda digalakkan untuk berkongsi dengan orang lain juga. Ini untuk santau makan, kalau santau angin tak tau pula caranya. Benda ni nak percaya pun susah tak percaya pun susah sebab ramai yang sudah terkena kalau tak takkan ada istilah santau angin dan santau makan ni kan.
Pertama,
Lekapkan kedua tangan anda di kedua belah telinga. Kebiasaannya akan mendengar bunyi angin tetapi jika tidak mendengar lebih baik kita jangan makan.
Kedua,
letak lidah ke langit-langit. Biasanya akan berasa geli tetapi jika tidak berasa geli ada sesuatu yang tak kena.
Ketiga,
Gosok rambut kita dengan tangan, kebiasaannya akan terdengar bunyi geseran rambut dan jika tiada bunyi tersebut semasa kita nak makan, berhati-hatilah.
Ini hanya petua sahaja, korang nak percaya atau tak terpulanglah. Apa pun apa salahnya mengamalkannya kerana mencegah lebih baik dari merawat.
sumber : isuhangat.net
Friday, May 14, 2010
Thursday, May 13, 2010
WANITA DAN BIDADARI
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah ( oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Ustaz menjawab
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi gadis-gadis yang lain. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (“you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?”
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
sumber : sYok.org
Wednesday, May 12, 2010
Pengalaman Yang Tak dapat dilupakan
N3 koi pada kali ini adalah mengenai diri koi sendiri...
Semalam 11 hb Mei 2010 ( Selasa ) kira jam 7.00 malam ... sedang koi sedang nak isi minyak kat stesen minyak ... koi telah disapa dan ditepuk dari belakang oleh sorang lelaki india yang tak dikenali.. perasaan koi masa tu amat terkejut... dia cakap ngape tak berhenti pasal dia nak tumpang. Dari raut wajahnya memang menakutkan koi. Lebih lagi tu koi terbau macam arak mungkin dia tengah mabuk todi kot. Dia mintak tumpangkan dia kat bas stand menghala ke Jerantut. Selepas selesai isi minyak ... dia pun naik kereta koi. Dalam perjalanan dia bercerita pasal diri dia yang koi buat dengar tak dengar je. Perasaan koi masa tu memang bercampur baur tak taulah apa yang dia nak buat pada koi. Dia cerita kisah silam dia sebagai seorang gengsterlah, duduk merata - rata lah , dan macam - macam lagi. Dia mintak tolong sangat kat koi beri bantuan sikit kat dia pasal dia nak balik rumah buat tambang teksi. Pastu dia cakap boleh bagi nombor ekor jika koi bantu dia ( ade ke patut ). Lagi satu dia cakap dia bukan nak curi tapi mintak( duit) lah tu. Bila sampai kat bas stand koi bagi lah dia RM 10 Hinggit. Sukanya dia tak terkira cakap terima kasih siap cium tangan koi lagi ..... eee takutnye... syukurlah tak jadi apa - apa pada koi...
sekian.
p/s : orang macam tu pun ade .....
Sunday, May 9, 2010
Dubai nak bina 'berhala' tertinggi di dunia
Terkejut mengenai proposal syarikat Visondivision dari Barat mengenai pembinaan tugu raksasa di Dubai. Patung raksasa yang digelar Storyteller ni dicadangakn di buat di taman Zaabel Park sebuah taman di tengah-tengah Dubai.
Patung ni dibuat untuk berfungsi sebagai pencerita cerita-cerita zaman silam seperti hikayat 1001 malam kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang melepak di sana.
Patung yang canggih ni boleh digerakkan tangan , kepala, mata berkelip dan mulut yang terbuka yang dikawal dengan komputer. Proposal ini telah siap pada May 2009 tapi saya tak pasti samada projek ni berjalan atau tidak. Di harap orang Dubai tidak gila sangat dengan membuat bangunan yang paling canggih manggih sehingga melanggar syariat Islam.
Post asal : isuhangat
sumber: isuhangat.net
Mengenali Pak Pandir/Mak Mandi
* dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
sumber : sYok.Org
Saturday, May 8, 2010
Belalai Gajah
Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)
sumber : sYok.Org
Friday, May 7, 2010
Dapatkan fail yang telah terdelete
Namun begitu terdapat perisian-perisian recovery yang membenarkan kita mendapat semula fail-fail yang telah terdelete itu antaranya ialah Recuva Data Recovery.
Download Sekarang!
Kisah benar-Pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila-1982
Ini adalah petikan,secebis kisah pelarian Palestin di Lubnan,Sabra Shatila -1982,yg telah dibunuh kejam secara beramai ramai(massacre genocide ) ,dimuatkan dlm buku yg disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon,tajuk-‘Rakyat Palestin Bersuara.’ Ramai,termasuk umat islam sendiri yg kurang tahu akan cerita pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila,untuk mendapatkan gambaran jelas,sila dapatkan buku Alijah Gordon ,aku Cuma dpt petik satu cerita dr buku itu…..kaw2 punya sad….Semoga tuhan membalas setiap satu perbuatan mereka yg kejam dan tidak perikemanusiaan.-kalau sesiapa ada buku versi pdf,sila kongsi.
Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73
Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirkan di Shatila.Saya anak sulung.Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku ketasa diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982.Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden,Bashir gemayel,pada 14hari bulan.Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib(phalange).Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kpada rakyat palestin dan kerana ia bersekongkol dengan Israel.Pada 1976,Gemayel dan partinya yang bertanggungjawab keatas pemusnahan 3 kem dikawasan bawah kuasanya,dan mereka menyembelih atau meghalau penghuni kem yang hingga ke hari ini masih menjadi pelarian.Tidak lama selepas pengumuman kematian bakal presiden itu,pembedilan dan tembakan curi semakin berleluasa di kem Shatila.
Pada pkl 5.00 ptg 16 Sept,saya meniggalkan rumah saya untuk pergi ke salah satu tempat berlindung dimana rakan2 saya sedang bersembunyi drp bedilan dan tembakan curi,berhampiran rumah saya telah disapa oleh 3 orang lelaki yang bertanya sama ada tempat itu ialah kem Shatila.meskipun mereka bertutur dlm bahasa Arab,saya tahu dr pelat mereka bahwa mereka bangsa asing.mereka beredar apabila saya memberikan jawapan negative pada mereka.
Saya tiba ditempat berlindung dan memberitahu kpada rakan2 tentang apa yang berlaku.Setelah sejam ditempat berlindung saya pun beredar setalah berjanji yang saya akan kembali menjemput rakan2 saya membawa mereka bermalam dirumah saya krn keadaan tempat berlindung itu tidak selamat,lembab dan tiada bekalan air/letrik.
Saya pulang ke rumah,menyediakan makan malam untuk adik perempuan dan adik lelaki dan menidurkan mereka.Bapa tidak membenarkan saya seorang diri untuk pergi ke tmpt berlindung,dia menyuruh saya membawa Maher,adik lelaki saya.Waktu itu saya berusia 17th dan adik lelaki saya 12th.Sejurus sebelum kami tiba di tempat berlindung,kami mula ternampak pemandangan yang ngeri,tubuh bergelimpangan atas tanah dengan darah yang mengalir.Kami mendengar suara orang mengerang dan menjerit kesakitan,tiba2 saya mendengar suara orang yang saya kenali,iaitu suara jiran kami Abu Rida,dia mahu kami membantunya.”Mereka menyembelih kami,membunuh kami,merogol anak gadis dan membawa pergi semua budak perempuan berumur 12th dan 16th.”Kemudian dia memberitahu kami,”lari dari rumah kamu,jangan tinggal didalam rumah kamu.Mereka akan datang balik dan membunuh semua orang di Kem.”Saya bertanya siapa melakukan semua ini,tapi tiba2 kami mendengar suara orang berteriak,”kamu anjing masih bernyawaa lagi?”,” belum mampus lagi”?.Kami terus cabut lari kerumah untuk beritahu ibu-bapa tentang apa yang berlaku dan nasihat jiran kami itu.Kata bapa saya,”dijauhkan tuhan,tiada apa2 yang akan berlaku pada keluarga kita.”Kami tinggal dirumah kami hingga ke subuh esoknya,hari Jumaat 17 Sept.Pada mlm itu jiran kami menumpang dirumah kami,seorang wanita hamil yang tidak mengenali sesiapa kecuali kami.
Pada pukul 4.30pagi esoknya,jiran kami dan adik lelaki saya berusia 11tahun memutuskan untuk pergi ketas bumbung rumahh untuk melihat apa yang sedang berlaku supaya keputusan boleh dibuat samada patut tinggal dirumah atau lari.Mereka (adik lelaki saya) telah dilihat oleh militia yang berada dikawasan bukit,adik lelaki saya ketakutan dan turun dari bumbung dan menceritakan apa yang terjadi,tidak lama selepas itu kami mendengar orang mengetuk pintu,bapa bertanya siapa dan diberitahu mereka adalah askar Israel datang untuk mengeledah rumah,bapa membuka pintu dan kami melihat 13orang lelaki bersenjata diluar pintu rumah kami.Beberapa orang berdiri diluar pintu,sebilangan lagi pergi ke bumbung dan lain mengelilingi rumah kami untuk menakut nakutkan kami.
Saya berdiri disebelah bapa bersama adik perempuan saya,manakala yang lain berdiri disebelah ibu dan jiran kami.Bapa saya menyambut askar Israel itu dan menyuruh mereka duduk,Salah seorang dari mereka berkata bahwa mereka mahu mengambil segala apa yang kami ada.Saya menyahut,menyakan kenapa dia mahu mengambil segalanya selepas mengambil barang kami yang paling berharga iaitu tanah air kami.Jawabnya”kamu tengok apa lagi yang akan aku ambil,aku akan mengambil kamu dan adik perempuan kamu!” Bapa merayu kpadanya supaya mengambil semuanya kecuali anak-anaknya,bapa ditumbuk dimukanya dan berdarah.Saya tidak dapat mengawal diri saya dari memekik didepan muka askar2 itu,menyakan mengapa mereka sanggup memukul lelaki tua,Saya dipukul dan ditolak dengan kasar ke tanah.Apabila saya terasa sakit,saya memukul balik askar itu.Mereka merampas wang kami-40 000 paun Lubnan-dan semua cincin kami,bahkan cincin perkahwinan bapa.Salah seorang dr mereka berteriak dan memberikan arahan supaya kami dibawa masuk kedalam bilik.Dia mengarahkan kami berdiri dekat dinding dan tangan kami diangkat atas kepala,dan membelakangi mereka,mereka memerintahkan kami jangan sekali melihat kebelakang,Adik perempuan saya Shadia yang berusia satu setengah tahun mengangkat tangan sambil memanggil nama ibu kerna ketakutan.Mereka mula menembak kami.Adik bongsu saya-seorang bayi-ditembak dikepala dan otaknya memercik diatas kami, bapa ditembak di jantungnya tetapi dia masih bernyawa.Adik lelaki saya Shadi,3tahun, Farid-8,bassam-11 dan adik perempuan saya hajar-7 dan Shadia serta jiran kami (yang mengandung) mati serta merta.Adik lelaki saya,Mahher-12 dan ismail-9,terselamat kerna bersembunyi didalam bilik air.Ibu dan adik perempuan saya,Nuhad-16,tercedera tetapi tidak meninggal,manakala saya pula,lumpuh serta merta dan tidak dapat bergerak.Askar2 itu fikir kami semua sudah mati,lalu mereka meninggalkan rumah kami.
Saya mula mejerit bertanyakan siapa yang masih hidup,Ibu,seorang adik perempuan saya dan dua adik laki dlm bilik air menyahut,kemudian bapa menyahut,tetapi cedera parah,Saya menyuruh mereka melarikan diri dan menghantar seseorang untuk selamatkan saya dan bapa.Jadi mereka lari dan tinggallah saya dan bapa yang cedera parah,dikelilingi oleh ahli keluarga saya yang sudah menjadi mayat.Keadaan yang amat menggerunkan itu tidak akan dapat saya lupakan hingga akhir hayat.
Pada jam 10.00pagi 3 anggota militia datang semula untuk mengambil wang yang tertinggal oleh mereka,mereka ternampak saya menghampiri bapa, mereka pun mula memaki saya dengan kata2 yang sangat lucah dan memberitahu saya, “lihat apa yang akan kami lakukan pada kamu dihadapan bapa kamu.”Tiga orang daripada mereka merogol saya,seorang demi seorang,di depan bapa.kemudian mereka menembak tangan kiri saya dan beredar.Bapa berkata pada saya,”semoga tuhan melindungimu,” sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Dia tidak sanggup melihat apa yang dilihatnya kerna pada masa itu saya belum ada haid lagi dan apa yang telah terjadi amat megerikan saya,terutama kerna semuanya berlaku didepan mata bapa saya yang tercedera. (phewww…bab ni aku paling sedih sekali nak baca/tulis…betol punya haramjadah bangsat babi phalangist dan Israel ni!!-im sorry..emosi x dpt aku tahan.-newsfwder)
Mereka datang sekali lagi pada hari yang sama,pada waktu petang,dan ternampak saya sedang minum,merka naik berang mendapati saya masih hidup,lalu mereka menembak saya dua kali dan memukul kepala saya,dan saya terus pengsan.Kemudian malam itu saya terjaga dan terdengar bunyi kucing yang sedang berkeliaran disekeliling mayat ahli keluarga saya.Saya cuba sedaya upaya dengan memggunakan tangan saya yang tidak cedera untuk menutup mayat2 itu,namun saya tidak terdaya.Pagi esoknya,Sabtu 18 Sept,merka datang lagi, tetapi saya pura2 mati.
Pada pagi hari ahad,seorang askar Lubnan datang untuk bertanyakan khabar sanak saudara dan jiran2 kami,saya cuba untuk menjerit minta tolong tetapi saya tidak dapat bersuara apabila melihat askar itu,dia melihat saya,dan membuka jaketnye dan menutupi tubuh saya yang dlm keadaan bogel, dia membawa saya bersamanya.Semasa kami keluar dari kem,saya Nampak mayat mereka yang disembelih-mayat yang sudah membusung-saya mendengar rintihan-disepanjang jalan.Askar itu menyerahkan saya pada anggota Bulan Sabit Lubnan yang serta merta memberi saya bantuan pernafasan.Mereka membawa saya ke Hospital,tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerna saya rakyat palestin, saya kemudian dibawa ke hospital American Universiti,disana ada ramai pemberita dan wartawan,tetapi saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa.Saya sudah hilang daya untuk bercakap.
Saya dibawa kebilik kecemasan dan dibedah untuk keluarkan peluru dari tubuh saya,saya mula mengalami ganguan jiwa dan hysteria pada bila2 masa sahaja saya teringat peristiwa yang berlaku.Tangan kanan saya tidak cedera,jadi saya meminta kertas dan pen dari doctor.Saya menulis sepotong ayat,bertanya tentang keluarga saya.Beberapa wartawan dan pemberita yang hadir pada masa itu berjanji untuk membantu mencari keluarga saya.Beberapa hari kemudian,doctor memberitahu bahwa dia ada satu kejutan untuk saya, kejutan itu ialah ibu saya,yang tidak lagi saya kenali,namun dia mula bercakap,mengingatkan saya tentang perkara2 yang membuktikan dia adalah ibu saya,Apabila ibu bertanya tentang bapa,yang tidak diketahuinya sudah meninggal,saya mula meraung dan mengalami ganguan jiwa.
Doktor memberitahu bahwa saya akan ke Tripoli di bahagia utara Lubnan dan dibawa keluar dari sana untuk menjalani rawatan diluar Negara.Ibu mengemaskan barang2 saya dan oleh pemandu ambulan Lubnan dan seorang pengawal lubnan,saya berbaring di tempat duduk belakang kerna saya tidak boleh duduk,saya dipasangkan dengan beg air kencing,Drip intravena dan kelengkapan pernafasan.
Pemandu menyusuri jalan pantai menuju ke Tripoli.kami tiba di”tempat pemeriksaan Barbara” yang sangat terkanal dulu semasa perang saudara Lubnan,pemandu meminta saya supaya jgn bergerak dan berpura-pura tidur,anggota militia di tempat pemeriksaan itu tergolong dalam angkatan tentera Lubnan berfahaman fasis mengarahkan pemandu dan pengawal keluar dari kereta.Mereka menjelaskan bahwa saya dibawa untuk menjalani rawatan.Dua orang anggota militia itu berkata,” kami kenal budak perempuan itu”,apabila saya memandang mereka,dengan serta merta saya mengecam mereka,Mereka berada dirumah saya semasa pembunuhan beramai ramai dulu.
Kami bertiga dibawa didalam jip ‘Phalange Lubnan’.Mereka berkata pada saya, “Sekarang kamu akan mati” dan mereka mengarahkan pengawal untuk menanggalkan pakaianya dan duduk atas sebuah botol,mereka kemudian menembaknya di kepala,dia mati serta merta di depan saya. Selepas itu mereka mencabut beg air kencing dan drip i.v saya,mereka mengambil selimut yang menyelimuti tubuh saya dan merogol saya didepan pemandu kemudian mereka meletakkan saya di atas batu di pantai dlm keadaan bogel,supaya saya mati.”Sekarang dia akan mati sendiri,” kata mereka.Sepanjang malam saya tinggal dlm keadaan begitu,dengan pemandu itu merenungi saya dengan prasaan belas kasihan,esoknya anggota militia itu datang dan mengarahkan pemandu itu untuk membawa saya pulang semula ketempat asal.Saya dibawa balik ke Hospital Beirut dlm keadaan yang jauh lebih teruk,tidak boleh bercakap langsung dan berjumpa sesiapa dan berterusan mengalami serangan hysteria yang dahsyat.
Selama 2 tahun selepas peristiwa itu saya tidak dpt bercakap,saya duduk di kerusi roda,bersama segala derita yang terpaksa saya terima terbenam dlm jiwa saya.Saya dimasukkan ke hospital selama 4tahun dan 6 kali menjalani pembedahan.Saya telah meninggalkan Shatila.Saya tidak boleh hidup didalam rumah dimana separuh dari ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam.Ibu saya membina semula rumah itu dan kini tinggal bersama 2 adik lelaki saya maher,nahed serta adik perempuan saya,Nuhad.
Perlahan lahan saya memulakan hidup baru,skrg saya boleh berjalan dengan bantuan kasut khas serta tongkat,dan saya bekerja di bengkel pertubuhan bantuan Norway,membuat dan menjual barang kraf tangan.
End.
-maaf semua kesalahan ejaan,saya type dari buku dlm keadaan kesuntukan masa. –newsfowarder.
sumber: isuhangat.net
Selamat Hari Ibu....
Kebesaran jiwa seorang ibu (True Story)
Semalam anak aku yang berada di tahun 2 bawa balik bunga dan hadiahkan kepada wife aku. Walaupun harga bunga tu hanya RM2.50 dan dikongsi bersama abangnya kulihat wife aku sangat gembira. Baru aku teringat “hari ibu’ sudah tiba.
Walaupun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu kerana kita wajib menyayangi insan yang telah melahirkan, menyusu dan membesarkan kita dengan susah payah. Namun dengan adanya hari yang dideclaire hari ibu adalah sebagai pengiktirafan kepada insan mulia yang bergelar ibu,mak,mama,mummy,ma dan apa pun panggilan sekalipun.
Selamat hari Ibu kepada semua kaum ibu yang mengunjungi isuhangat ni. Anda adalah insan istimewa sebab itu “syurga ada di telapak kaki ibu’. Kita lihat kisah benar yang mengharukan mengenai pengorbanan seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi anak yang tercinta.
Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang goresan.
Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya!
Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.
sumber : isuhangat.net
Saturday, May 1, 2010
Beauty of Maths!
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn't it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321
Now, take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help answer these
questions:
If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Then:
H-A-R-D-W-O- R- K is equal to
8+1+18+4+23 + 15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E is equal to
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U- D-E is equal to
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E- O-F-G-O-D is equal to
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
Have a nice day & God bless!!!
sumber : sYok.Org.