Saturday, June 27, 2009

Sejarah Ringkas Kampungku









Ini Surat Beranak saya... Menunjukkan saya anak Kampung Berhala Gantang...










Sedikit Sejarah Ringkas yang saya 'petik' dari Buku 'SEJARAH ISLAM PAHANG 1750 - 2000

Berhala Gantang adalah sebuah kampung kecil dalam Mukim Sanggang letaknya di sebelah kanan ke arah hulu Sungai Pahang. Lebih kurang 6km dari Bandar Temerloh. Kampung ini dipercayai di asaskan pada tahun 1176H/1729M oleh seorang yang bernama Shahibudin bin Zainal Abidin bin Suji Bilang. Pada masa tersebut negeri pahang mengalami perebutan kuasa di antara waris Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Perebutan ini tidak menjejaskan kedudukan sosial dan ekonomi penduduk setempat. Ini kerana jalan keluar membawa hasil mahsul adalah melalui Penarikan di Ulu Muar, kebanyakan di kawasan hulu sungai Pahang dikuasai oleh orang – orang melayu Minangkabau, Rawa dan Mandailing. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan dengan orang – orang Belanda di Melaka.

Kampung Berhala Gantang bukanlah sebuah kampung yang tertua di dalam negeri Pahang, malah ia merupakan sebuah perkampungan baru jika dibandingkan dengan kampung – kampung lain seperti Chenor , Bera , Mengkarak , Pulau Tawar , Baduk , Kg Mengkasar , Sungai Ma’ Dulang, Bangau dsb. Asal Usul Tuk Shahibudin adalah dari Minangkabau kemudian berpindah ke Negeri Sembilan. Dari sana , mereka masuk ke Pahang dan menetap di Chenor. Di Chenor keluarga ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan diberi kuasa lalu membuka penempatan di Mengkarak. Dari Mengkarak , Tuk Suji Bilang pergi membuka perkampungan di Tanjong Keramat, Bangau. Di situlah Tuk Shahibudin membesar dan belajar. Setelah dewasa dan berkahwin maka menurut adat Minangkabau anak lelaki pantang duduk di rumah, maka beliau pergi berdakwah ke merata negeri Pahang hinggalah di putuskan Allah membuka kampung di Berhala Gantang.

Kampung ini dibina dengan hanya satu tujuan untuk dijadikan pusat pengajian Islam bagi negeri ini. Pusat Pengajian yang hanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah menurut aliran Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini kerana pada masa itu negeri Pahang di kuasai oleh aliran Panthisme Hamzah Fansuri iaitu Fahaman Martabat Tujuh dan bermacam – macam aliran lain lagi yang kebanyakkannya cenderung kepada sufisisme. Ajaran ini merupakan ikutan kepada fahaman Wihdatul Wujud

yang diasaskan oleh Ibn Arabi al Sufi. Di samping itu juga ajaran Islam di negeri ini bercampur dengan Khurfat dan Bidaah yang melampau – lampau. Antara lain matlmat Tuk Shahibudin ialah untuk mengislamkan penduduk tempatan yang terdiri dari Orang Asli yang liar. Orang Asli pada masa itu terkenal dengan kebolehan mereka di dalam bidang ilmu sihir dan perbomohan ,apabila mereka memeluk Islam amalan ini masih diteruskan.

Tuk Shahibudin berjaya di dalam usahanya yang pertama iaitu membina sebuah penempatan dan mendirikan sebuah sekolah agama yang sistematik. Beliau juga berjaya menjadikan kampung ini sebuah estet menanam kelapa dan padi. Beliau berjaya mendidrikan sebuah penempatan yang tersusun dan menarik orang ramai untuk tinggal di kampung ini, dalam masa yang singkat kampung Berhala Gantang sudah menjadi satu kawasan penempatan yang ramai didiami orang.

Ketegasan Tuk Shahibudin dan kebolehan beliau di dalam berbagai ilmu persilatan menyebabkan nama beliau terkenal di negeri Pahang ketika itu, Tuk Shahibudin tidak bertolak ansur did ala soal aqidah dan amalan Islam, hampir 90% penduduk Islam di Pahang mengamalkan ajaran Suluk Hamzah Fansuri sebaliknya Tuk Shahibudin mengikut fahaman Insaniah Nuruddin al Raniri dan mengikut Tarikat al hadad dari Yaman. Ini berlainan dengan tarikat – tarikat tempatan ketika itu yang cederung kepada Naqsabandi. Tuk Shahibudin pernah berperang dengan suku Rawa di kawasan Jerantut kerana membenteras ajaran sesat dan karut marut.

Perjuangan beliau disambung oleh anak cucu beliau yang semuanya alim – alim belaka seperti Teh Mohd Hassan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Teh Keramat yang makamnya terdapat ke hari ini di kampung Berhala Gantang sehingga pernah makamnya dijadikan oleh orang – orang yang jahil sebagai tempat bernazar. Semasa Tuan Teh , Kampung Berhala Gantang telah diiktiraf sebagai sebuah jajahan, Tuan Teh telah dilantik sebagai mufti dan kadi bagi daerah Temerloh oleh Bendahara Tun Abdul Majid. Dan sebagai leluhur dari Orang Kaya Indera Segara di kawasan Jempol,Rembau dan Triang, Tuan Teh diberi memegang kekuasaan dari Sungai Lebak hingga ke Gunung Senyum terus ke Bukit Segumpal.

Selepas kematian Tuan Teh , kampung ini terus menjadi pusat pengajian yang terkenal, ini kerana anak Tuk Shahibudin yang dilantik menjadi kadi adalah tiga orang iaitu Kadi Nong dan Kadi Abu Bakar Sanggang selain Tuan Teh sendiri. Imam Sham yang dilantik menggantikan Tuan Teh berjaya meneruskan usaha datuk neneknya menjadikan kampung ini pusat pendidikan agama yang tinggi. Kampung ini menjadi tempat orang dari seluruh negeri Pahang mendapatkan pendidikan sama ada untuk dunia dan akhirat. Ramai juga pembesar – pembesar mencari jodoh untuk anak gadis mereka daripada kampung ini. Oleh sebab itu salasilah anak cucu Tuk Shahibudin berkembang ke hilir seperti di Lebak , Tenggoh , Guai hingga ke Mentiga dan ke hulu seperti Sanggang , Loyang , Lipat kajang , Pulau Pasir Mandi hingga ke Kuala Lipis.

Semasa pemerintahan Bendahara Ali , Negeri Pahang menjadi aman dan makmur dan penduduknya menikmati taraf kehidupan yang tinggi , salah satu sebabnya ialah kerana kekuatan kehidupan beragama di kalangan anak negeri. Dari suasana politik yang tidak ketentuan pada masa Bendahara Sultan Abdul Jalil bertukar menjadi stabil. Keadan ini jelas menunjukkan kejayaan Tuk Shahibudin dan anaknya Tuan Teh mengembangkan agama Islam di negeri ini dan menyatukan mereka di bawah satu paying kesatuan ummah yang padu.

Dalam sekitar tahun 1870 – 1900 , Kampung Berhala Gantang mempunyai sebilangan ulama yang terkenal seperti Kadi Besar Pahang : Kadi Ibrahim bin Abu Hurarirah, Imam Besar Mohammad, Tuan Haji Ali bin Sham,Tuan Haji Ahmad bin Abdullah pendek kata kampung ini tidak putus – putus selam 150 tahun mempunyai guru agama yang berjuang secara sukarela bagi kepentingan agama dan bangsa. Mereka juga dipanggil oleh penduduk sesuatu kawasan datang tinggal di tempat mereka dan menetap di sana seperti di kawasan kiri kanan sungai Semantan hingga ke Kuala Kaung dan Jambu Rias masih terdapat jaluran keturunan Tuk Shahibudin . anak cucu beliau memberi sumbangan yang besar di dalam memaju dan membuka perkampungan baru.

Selepas kemasukan British ke Pahang , kedudukan kampung ininterus stabil, penduduk kampung ini oleh kerana tradisi kekuatan beragama , bersolat jemaah,bergotong royong, mempasyikan anak – anak boleh membaca Al-Quran dan berbahasa Arab mereka terus dihormati oleh British al di tempat mereka dan menetap di sana seperti di kawasan kiri kanan sungai Semantan hingga ke Kuala Kaung dan Jambu Rias masih terdapat jaluran keturunan Tuk Shahibudin . anak cucu beliau memberi sumbangan yang besar di dalam memaju dan membuka perkampungan baru.

Selepas kemasukan British ke Pahang , kedudukan kampung ininterus stabil, penduduk kampung ini oleh kerana tradisi kekuatan beragama , bersolat jemaah,bergotong royong, mempasyikan anak – anak boleh membaca Al-Quran dan berbahasa Arab mereka terus dihormati oleh British , sehingga jawatan kadi daerah Temerloh ini menjadi jawatan “ Kadi Berhala Gantang “ yakni secara turun temurun dipegang kuasanya oleh orang Kampung Berhala Gantang sejak zaman Tuan Teh , Kadi Nong, Kadi Abu Bakar,Kadi Ismail,Kadi Ibrahim,Kadi Ahmad, hingga ke zaman sebelum darurat.

Orang – orang kampung Berhala Gantang juga terkenal sebagai ahli perniagaan dan pertukangan dalam awal tahun 1900 mereka menguasai pasar di Temerloh, contohnya pekan sehari Ahad pada masa dulu hanya dua golongan besar sahaja yang terlibat menjual barangan di situ iaitu orang kampung Berhala Gantang dan orang Kampar Batu Satu. Mereka juga pandai mencari bijih timah dan emas, hal ini sebelum kemasukan British dan kuatkuasa oleh Kerajaan Pahang ketika itu. Orang kampung Berhala Gantang juga mahir dalam prtukangan sehingga mereka dijemput mendirikan masjid sekitar daerah Temerloh seperti Masjid Songsang dsb.

Pada masa kedatangan Jepun, penduduk kampung ini masih bersemangat untuk menghidupkan sekolah agama walaupun di dalam keadaan tidak tenteram dan sukar mendapatkan peralatan bersama – sama ketua kampung. Ketua kampung Allahyarham Abdullah Yaakub bin Awang Naib, Tuan Haji Zakaria bin Haji Ibrahim,Khatib Dollah bin Janal,Ismail bin Janal Cikgu Yaakub bin Simat,Bilal Omar bin Kia, Tuan Haji Sham bin Yusuf,En. Mohd Noor bin Sitam,Tuan Haji Chik bin Ibrahim,Tuan Haji Hamid bin Bakar,Tuan Haji Taib bin Nong Tahir.En Mustaffa bin Arshad mereka berusaha bersama – sama mengumpulkan wang dan membeli tanah dari En Mohd Idris bin Hassan untuk dibuat tapak sekolah. Maka akhirnya lahirlah Madrasah Al-Wosto di atas sebidang tanah seluas 1 ekar dan pondok di atas tanah seluas hampir 5 ekar.

Pada masa kebangkitan semangat kemerdekaan penduduk kampung tidak lepas dari sama – sama bangun menuntut British keluar dari Tanah Melayu. Sebahagian dari mereka telah memasuki API,AWAS, INSAF,KMM dan Hizbul Muslim. Penduduk kampung ini sama sekali tidak menyokong British sebab itu mereka tidak terlibat dengan A/C, sebaliknya mereka ditohmah sebagai tali barut komunis . sehinggalah ketua kampung pada masa itu hendak dibunuh oleh komunis barulah pihak Inggeris percaya bahawa penduduk ini tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

Selepas merdeka, kampung ini telah menjadi pusat pengajian yang paling besar di negeri Pahang dengan murid yang seramai 300 orang dan dapat mengadakan kelas hingga tingkat lapan , sama setanding dengan sebuah universiti di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Hasanuddin bin Mohd, Madrasah al-Wosto juga telah mengadakan Pekan Pelajar bagi mengasah bakat murid – murid di dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Pelajar – pelajar ini dapat menjuarai beberapa kategori pertandingan peringkat daerah dan negeri seperti bola sepak dan Tilawah al-Quran. Sekolah ini begitu maju sehingga perbelanjaan tahunannya menjangkau $13,572 .00 ( nilai pada masa itu).

Dalam akhir tahun 70 an dan awal 80 an merupakan zaman kemelesetan ekonomi dan berlaku banjir besar sebanyak dua kali, ini menjadikan ekonomi penduduk kampung agak sukar. Namun usaha untuk mencapai kemajuan tidak pernah tidak pernah lekang dari lubuk hati mereka , dengan wujudnya universiti dan pusat pengajian tinggi tempatan , maka mulalah penduduk kampung ini menghantar anak – anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti , sehingga kini hampir 100 orang anak – anak kampung ini berjaya menjejakkan kaki ke universiti . Pada tahun 1982, dengan sebab keuzuran Tuan Guru Haji Hasanuddin telah menyerahkan kuasa pentadbiran sekolah al-Wosto kepada Jabatan Agama Islam sekali lagi penduduk kampung ini dengan sukarela mewakafkan tanah bagi tapak sekolah.

Era 90 an , kampung ini telah melangkah setapak lagi dengan mendirikan Maahad Tahfiz al-Quran , dalam usaha menjadikan penduduka kampung ini mengambil berat pendidikan al-Quran semoga institusi ini menjadi sebuah Jamiaah atau Kolej yang dapat melahirkan para ulama yang berketrampilan di dalam soal – soal keagamaan. Ini bergantung kepada setakat mana kesungguhan anak cucu Tuk Shahibudin , merealisasikan impian datuk nenek mereka di masa lampau, sejauh mana mereka sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga mereka bagi agama mereka.

Pada masa sekarang , kampung Berhala Gantang telah menikmati pelbagai kemajuan dan menerima pelbagai peruntukan yang lebih baik dari kampung – kampung sekitarnya. Semoga Allah memelihara kita dan menjayakan hasrat, cita-cita dan niat kita bersam…… amin!!!!



6 comments:

  1. Salam..
    Adalah cerita diatas perlu diteliti dan diperjelaskan lagi. Sungguhpun Kita dari keturunan yang sama, jangan hanya mengejar nama kita jadi lupa & angkuh. Banyak cerita ditokoktambah saudaraku, carilah cerita yang sebenar..
    Wasalam.. Waris Demang Lebar Daun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wrb, KAMI mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya lillahi ta’ala hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses.,dulu saya berprofesi sebagai penjahit namun himpitan ekonomi yakni hutang piutang dalam membangun usaha KAMI kian semakin besar tapi saya tidak menyerah dengan keadaan KAMI tetap ikhtiar, pada suatu hari saya membuka buka internet tidak sengaja saya melihat postingan seseorang yang sama seperti keadaan saya tapi beliau sudah berhasil,beliau dibantu oleh AKI TAGALAH. DUKUN Sakti tanpa pikir panjang saya menghubungi beliau, saya diberikan pencerahaan dan solusi, pada awalnya saya ragu ragu tapi saya coba memberanikan diri mengikuti saran beliau,alhamdulillah berjalan lancar dan sekarang saya punya beberapa mini market dan penginapan DI SINGAPURA ,terimah kasih saya ucapkan pada AKI sebab berkat beliau KAMI bisa seperti ini,mungkin banyak orang yang menyebut KAMI INI mengada-ada tapi KAMI buktikan sendiri,khusus yang serius mau bantuan silahkan hub beliau AKI TAGALAH beliau orangnya ramah ini nomor beliau 082-302-563-395 -ini pengalaman pribadi KAMI percaya atau tidak semua tergantung pembaca demi Allah ini nyata sekian dan terima kasih ,Assalamualaikum Wrb....allahuakbar....allahuakbar....allahuakbar. >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D SAMPAI 12 ANGKA <<<<

      Delete
  2. saya mencari kenalan dan salasilah keluarga saya,nama arwah datuk saya ia itu Abd Rahman Bin Abdullah ( juga di kenali sebagai Uteh bin Abdullah) yang diceritakan ibu saya beliau ialah cucu kepada Tuan Haji Kadi Ibrahim.

    Nama ibu Saya Ainzon Bt. Uteh@Abd Rahman.

    sekiranya ada carta salahsilah minta di email kan kepada saya di : gravier21@gmail.com / 019-3426899


    p/s : niat di hati ingin mengumpul kan semula keturunan 16 beradik ini...semoga di berkati..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dari susur galur Kadi Ibrahim. Datuk saya masih lagi di Kerdau, Hj. Mohd Nordin Bin Arshad. Boleh add saya dalam FB nnt =)

      Delete
  3. Assalamualaikum, saya sedang mencari susur galur Kadi Teh Keramat. Susah betul nak cari. Katanya Kadi Teh berkahwin dengan Tengku Zubaidah dapat 5 anak. Ada sesiapa mempunyai sebarang maklumat?

    ReplyDelete
  4. Yg jual tanah tu mungkin aki sedara sy idris bin hassan
    Sb aki sy berasal dari kg2 belah2 situ jgk namanya Talib bin Hassan

    ReplyDelete