Friday, September 14, 2012

APA SALAHNYA RAMBUT BERUBAN ?

Kalau kita perhatikan kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban. Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur dan matang. Kalau nak mengorat pun kena fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.

Mengikut kajian terbaru Museo Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain. Lebih dari itu, uban juga menunjukan pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang beramabut perang.

Kajian yang diterbitkan dalam web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel. Sedangkan rambut beruban akan melindungi individu daripada kerosakan oksisatif.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban! - Sumber asal :  lipis-zaini.blogspot.com
Sabda Rasulullah s.a.w,
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”
  
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan) - Sumber by Google

Moralnya - Jangan sesekali mencabut uban dikepala anda... apa salahnya rambut beruban banyak kelebihan beruban ini. Setidak-tidaknya menunjukkan kita sudah matang dan paling penting mungkin kita sudah berada diwaktu asar yang bakal menjelang waktu maghrib. U/p Penulis dah lama beruban semasa lahir lagi... :) jadi tidak hairan dengan uban ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Sunday, September 2, 2012

Fakta ...


Lanun Melayu huru-harakan kerajaan British


Hari ini koi akan cuba berkongsi kisah lanun melayu yang pada awalnya digelar oleh bangsa penjajah sebagai " The 19th MALAY Regiment of the British Royal Navy "  dan kemudian setelah mereka merampas berpuloh kapal British,memusnahkan begitu banyak harta benda dan mengorbankan begitu banyak nyawa,akhirnye lanun melayu ini digelar  "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity. 


Watak Captain Jack Sparrow yang dilakonkan oleh Johnny Depp dikatakan diambil dari watak salah seorang Lanun Selat dari tanah melayu yang melakukan kacau bilau di peraiaran Eropah sehinggalah ke perairan negara Arab timur tengah.

Bagi penggemar movie " The Pirates of the caribbean "(POTC) yang pernah ditayangkan diseluruh dunia beberapa tahun yang sudah pasti tak menyangka bahawa watak Jack Sparrow adelah watak seorang melayu.Jika korang tengok dari perangai si Jack yang gila-gila hinggelah pakaiannya yang seakan menampakkan ciri kemelayuan.Cuba tengok kain yang dililit di kepalanya juge seakan-akan tanjak.Kemudian jika korang telitikan corak ukiran pada kapal JS juge seakan-akan serupa malah hampir menyamai ukiran melayu.

Perasan tak yang Jack menggunakan sejenis senjata yang kelihatan seperti pistol?Ok...ia sebenarnya adelah sejenis senjata api yang dicipta oleh orang melayu semenjak pada zaman kesultanan melayu Melaka,malah sebelum tanah semenanjung dijajah oleh pelbagai jenis penjajah lagi.



Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


Berbalik kepada kisah Jack Sparrow..

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu
"The 19th Malay Regiments of British Royal Navy".Tidak kurang 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.

Keratan akhbar yang bertarikh 1804 yang mengkisahkan The 19th MALAY regiment of British Royal Navy

Major Davie?atau Davie John?

 

Keratan akhbar 1815..mengisarkan kematian Major John Davie,beliau adalah seorang Major 1st MALAY regiment

 

19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh individu yang bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.

Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

 

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.

Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.


Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity..."Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mereka melakukan mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata  lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah.

**sumber dari blog-blog dibawah.

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/captain-jack-sparrow-lanun-melayu.html
http://freegeng.blogspot.com/2010/11/rahsia-senjata-melayu-yang-terkubur.html

Sekadar Muhasabah Diri...



 
Renungkan, kita yang sempurna..Apa jasa kita hari ini.

petua..


Sakit Gigi dan Rawatannya Mengikut Kaedah Islam Secara Qurani dan Tabi'e

Rawatan Islam menangani masalah sakit gigi...
Sakit gigi – cuka, garam bukit, bunga cengkih, bawang putih


Qurani:
1) Baca tujuh kali ke atas pesakit ayat 13 Al Ana’m dan ayat 4 Surah al Mulk sambil memegang kawasan yang sakit atau dibaca pada bahan2 di bawah lantas:



Tabie:
1) Ingat, pergi ke doktor gigi juga satu keperluan. Ini adalah kaedah alternatif kepada rawatan moden: Sakit gigi: Panaskan cuka+garam bukit dan kumur – tempat yang sakit.
2) Sumbatkan bawang putih yang dihancurkan ke lubang gigi yang sakit.
3) Kunyah bunga cengkih dan sumbat ke lubang gigi yang sakit.
4) Putihkan gigi: Tumbuk arang dan campurkan dengan garam. Tenyeh di gigi. Automatik gigi akan putih!

5) kalau masih tidak ok.. Ke klinik gigi:  Tampal / cabut.. hu hu haq hayy...