Tuesday, October 2, 2012

Bas Vs Motor


ADAB MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM



Para ulama muktabar telah mengariskan bahawa ilmu pengetahuan itu perlu dipelihara adab-adabnya bagi menjamin keberkesanannya kepada yang mencarinya, antara adab yang dimaksudkan itu ialah :
1.Kesabaran yang tinggi.
Ia merupakan sifat pertama yang perlu ada pada setiap mereka yang bergelar pelajar – penuntut – murid siswa dan sebagainya, kerana menuntut ilmu memerlu

kan masa yang panjang, ia tidak dapat digarap dalam tempuh satu atau dua tahun, sesiapa yang mampu menempuhnya,maka sesungguhnya dia berjaya mengharungi kesulitan dan ujian Allah SWT.
2.Ikhlas untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi.
Apabila seseorang itu berjaya mengharungi pahit getir ketika menuntut ilmu, dia perlu megikhlaskan niat untuk jadi seorang yang berguna dengan ilmunya itu bagi memimpin masyarakat ke jalan kebenaran.
3.Beramal dengan ilmu yang digarap.
Ilmu yang telah digarap tanpa diamalkan, adalah disifatkan macam pokok yang tidak berbuah atau langit yang tidak menurunkan hujan ketika bumi memerlukannya.
4.Sentiasa melakukan pemantauan diri terhadap ilmu yang dipelajari.
Orang yang sedang menuntut ilmu, adalah digalakkan agar sentiasa mengawasi diri dari tidak terjebak pada perkara – perkara yang menyekat kebenaran agama, seperti terlibat dalam pembikinan program yang mendedahkan aurat dan sebagainya.
5.memanfaatkan waktu yang ada untuk belajar.
Masa adalah sangat berharga bagi yang sedang menuntut ilmu, kerana tanggungjawab dan amanah yang ada melebihi waktu 24 jam sehari semalam.
6.Berwaspada.
Bagi yang berjaya mengarap ilmu –ilmu pengetahuan, khususnya ilmu fardu ain- semestinya mereka sentiasa berwaspada dalam kehidupan ini dari melakukan perkara yang boleh merosakkan akhiratnya seperti memberi nasihat kepada orang ramai tentang dosa besar menyokong kepimpinan Yahudi dan Nasrani dan sebagainya, tetapi diri sendiri bersama dengan golongan tersebut dengan menyokong para pemimpin yang gemar kepada hiburan keterlaluan.
7.Ketetapan pembelajaran dan ketekunan.
Ketetapan pembelajaran ada satu lagi ciri adab yang bererti – seseorang itu mengambil bahan –bahan ilmiah yang tepat berdasarkan wahyu al-Quran serta inpirasi hadis baginda Rasulullah saw di samping sifat tekun yang tinggi mutu dan nilainya – tanpa yang bermutu sudah pasti ilmu tidak akan mampu digarap dengan sebaik –baiknya.
8.Sering mentelaah kitab –kitab
Mentelaah kitab – kitab juga adalah ciri adab yang mulia, kerana ia disifatkan sebagai rujukan asas bagi menjamin keaslian ilmu dan ketepatan maklumat yang diperolehi.
9.Memilih kawan yang sesuai ketika belajar.
Nabi Muhammad saw ada menerusi sebuah hadis yang bermaksud “Jangalah anda berkawan melainkan yang beriman dan jangan ada yang makan makanan anda melainkan mereka yang bertakwa kepada Allah SWT.Kawan adalah satu faktor besar bagi menjamin keberkesanan pembelajaran – kerana jika memilih kawan yang baik – pasti mereka mengingatkan kita jalan akhirat – tetapi jika sebaliknya mereka akan musnahkan akhirat kita dengan kehidupan dunia.
10.Beradab terhadap guru.
Guru yang soleh beriman bertakwa beramal dengan ilmu mereka serta takut kepada Allah adalah layak disebut sebagai pewaris nabi –nabi seperti disabdakan oleh baginda Rasulullah – jasteru mereka layak untuk dihormati dan disayangi tanpa mereka siapakah kita sebagai manusia yang hina dan yang tidak terarah ke jalan yang betul di sisi Allah SWT.

PERHATIAN...TEMUDUGA TERBUKA!!







 
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan meniti titian sirat
4. Syurga yang kekal abadi

LOKASI TEMUDUGA
- Di dalam kubur

KELAYAKKAN
- Tidak perlu bawa sijil-sijil
- Tidak perlu bawa pingat / pangkat
- Tidak perlu bawa wang atau harga yang banyak
- Tidak perlu berparas rupa cantik, hensem dan sebagainya
- Cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal sahaja.

PANEL PENEMUDUGA
- Mungkar & Nakir

6 SOALAN UTAMA SEMASA SESI TEMUDUGA
1. Siapa tuhan anda
2. Apa agama anda
3. Siapa nabi anda
4. Apa kitab anda
5. Dimana kiblat anda
6. SIapa saudara anda

CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu 'penjemput' yang berkaliber datang. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang mukmin dan akan bengis kepada orang mungkar. Namanya Izrail.

-SEMOGA BERJAYA-

BERINGATLAH....


BILA KITA KENAL ALLAH






ASALAMUALAIKUM
SAHABAT-SAHABAT ANA
YG DI MULIAKAN ALLAH

⋱ ⋮ ⋰
⋯ ◯ ⋯¨. ︵ .
¨︵¸︵( ░░ )︵
...
(´░░░░░░ ') ░░░' )
`´︶´¯`︶´`︶´
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

BAYI ITU FITRAH


 (( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Friday, September 14, 2012

APA SALAHNYA RAMBUT BERUBAN ?

Kalau kita perhatikan kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban. Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur dan matang. Kalau nak mengorat pun kena fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.

Mengikut kajian terbaru Museo Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain. Lebih dari itu, uban juga menunjukan pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang beramabut perang.

Kajian yang diterbitkan dalam web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel. Sedangkan rambut beruban akan melindungi individu daripada kerosakan oksisatif.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban! - Sumber asal :  lipis-zaini.blogspot.com
Sabda Rasulullah s.a.w,
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”
  
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan) - Sumber by Google

Moralnya - Jangan sesekali mencabut uban dikepala anda... apa salahnya rambut beruban banyak kelebihan beruban ini. Setidak-tidaknya menunjukkan kita sudah matang dan paling penting mungkin kita sudah berada diwaktu asar yang bakal menjelang waktu maghrib. U/p Penulis dah lama beruban semasa lahir lagi... :) jadi tidak hairan dengan uban ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Sunday, September 2, 2012

Fakta ...


Lanun Melayu huru-harakan kerajaan British


Hari ini koi akan cuba berkongsi kisah lanun melayu yang pada awalnya digelar oleh bangsa penjajah sebagai " The 19th MALAY Regiment of the British Royal Navy "  dan kemudian setelah mereka merampas berpuloh kapal British,memusnahkan begitu banyak harta benda dan mengorbankan begitu banyak nyawa,akhirnye lanun melayu ini digelar  "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity. 


Watak Captain Jack Sparrow yang dilakonkan oleh Johnny Depp dikatakan diambil dari watak salah seorang Lanun Selat dari tanah melayu yang melakukan kacau bilau di peraiaran Eropah sehinggalah ke perairan negara Arab timur tengah.

Bagi penggemar movie " The Pirates of the caribbean "(POTC) yang pernah ditayangkan diseluruh dunia beberapa tahun yang sudah pasti tak menyangka bahawa watak Jack Sparrow adelah watak seorang melayu.Jika korang tengok dari perangai si Jack yang gila-gila hinggelah pakaiannya yang seakan menampakkan ciri kemelayuan.Cuba tengok kain yang dililit di kepalanya juge seakan-akan tanjak.Kemudian jika korang telitikan corak ukiran pada kapal JS juge seakan-akan serupa malah hampir menyamai ukiran melayu.

Perasan tak yang Jack menggunakan sejenis senjata yang kelihatan seperti pistol?Ok...ia sebenarnya adelah sejenis senjata api yang dicipta oleh orang melayu semenjak pada zaman kesultanan melayu Melaka,malah sebelum tanah semenanjung dijajah oleh pelbagai jenis penjajah lagi.



Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


Berbalik kepada kisah Jack Sparrow..

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu
"The 19th Malay Regiments of British Royal Navy".Tidak kurang 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.

Keratan akhbar yang bertarikh 1804 yang mengkisahkan The 19th MALAY regiment of British Royal Navy

Major Davie?atau Davie John?

 

Keratan akhbar 1815..mengisarkan kematian Major John Davie,beliau adalah seorang Major 1st MALAY regiment

 

19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh individu yang bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.

Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

 

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.

Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.


Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity..."Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mereka melakukan mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata  lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah.

**sumber dari blog-blog dibawah.

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/captain-jack-sparrow-lanun-melayu.html
http://freegeng.blogspot.com/2010/11/rahsia-senjata-melayu-yang-terkubur.html

Sekadar Muhasabah Diri...



 
Renungkan, kita yang sempurna..Apa jasa kita hari ini.

petua..


Sakit Gigi dan Rawatannya Mengikut Kaedah Islam Secara Qurani dan Tabi'e

Rawatan Islam menangani masalah sakit gigi...
Sakit gigi – cuka, garam bukit, bunga cengkih, bawang putih


Qurani:
1) Baca tujuh kali ke atas pesakit ayat 13 Al Ana’m dan ayat 4 Surah al Mulk sambil memegang kawasan yang sakit atau dibaca pada bahan2 di bawah lantas:



Tabie:
1) Ingat, pergi ke doktor gigi juga satu keperluan. Ini adalah kaedah alternatif kepada rawatan moden: Sakit gigi: Panaskan cuka+garam bukit dan kumur – tempat yang sakit.
2) Sumbatkan bawang putih yang dihancurkan ke lubang gigi yang sakit.
3) Kunyah bunga cengkih dan sumbat ke lubang gigi yang sakit.
4) Putihkan gigi: Tumbuk arang dan campurkan dengan garam. Tenyeh di gigi. Automatik gigi akan putih!

5) kalau masih tidak ok.. Ke klinik gigi:  Tampal / cabut.. hu hu haq hayy...

Tuesday, August 28, 2012

Lihat persamaan ini :


 

Yahudi - Dalam fahaman mereka, semua agama selain Yahudi mereka anggap sebagai golongan Goyim (Keldai). Dan mereka akan menjadikan golongan Goyim ini sebagai hamba mereka dan boleh diperlakukan apa sahaja kepada mereka samada dibunuh, diseksa dan sebagainya.

Syiah - Mereka pula menganggap bahawa Sunni merupakan golongan Nasibi (Kafir yang halal darah untuk dibunuh). Keyakin

an Syiah yang sesat ini diambil daripada keterangan ulama mereka iaitu Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.

[Boleh rujuk kitab Al-Masail al-Khurasaniyah. m/s : 147]

Maka tidak mustahil Muslim di Palestin dibunuh hampir setiap hari oleh Zionis dan Sunni di Syria pula dibunuh dan disembelih oleh Syiah tanpa perikemanusiaan.

(Gambar ini menunjukkan sebilangan syuhada' pembunuhan di Darayya beberapa hari yang lalu. Kami tidak akan pernah lupakan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh Syiah kepada Sunni di Syria)

Kambing panjat pokok di Maghribi




BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.
RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.
Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.
Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.
Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. - AFP
* Sumber RELEVAN SOKMO

Wanita 107 tahun masih dara

Clara Meadmore  
CORNWALL - Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.
Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.
Menurut Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah berkahwin.
Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa lamaran sebelum ini.
"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.
"Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan," tambahnya. - Agensi
* Sumber Relevan sokmo

20 DOSA...!

Monday, August 27, 2012

SOLAT SAMBIL MENGENDONG BAYI





Panduan solat bersama bayi....

Tugasan memelihara dan membesarkan anak-anak kecil bukanlah suatu perkara yang mudah. Cabarannya semakin meningkat apabila bayi atau anak-anak kecil ini sakit dan sebahagian daripada mereka sangat 'demanding' dan mahu didukung pada setiap masa.

Solat pula adalah satu kewajipan yang mesti disempurnakan pada setiap hari apabila sampai waktunya. Mengerjakan solat samb
il menjaga bayi acap-kala agak mencabar yang menyebabkan sebahagian daripada ibu atau bapa yang muda menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menunaikannya.

Islam adalah agama yang indah dan mudah. Rasulullah sendiri telah menunjukkan kepada umatnya betapa penting sikap menjaga solat walau pun ketika sakit, bermusafir atau pun ketika bersama anak kecil.

Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata :

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu) beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).”

(Hadis Riwayat Muslim, no. 845)

Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.

2) Mengawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').

3) Hendaklah mempastikan bahawa dadanya sentiasa mengadap kiblat.

Namun begitu, amalan solat sebegini bukanlah rutin setiap hari bagi semua ibu dan ayah kepada semua anak kecil. Ianya dilakukan apabila satu keperluan untuk mengerjakan solat seumpama ini tidak boleh dielakkan.


والله أعلم

Nikmatnya air yang kita miliki....


 
Lebih 1,500 juta penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada air bersih lagi selamat.

Penggunaan air ketika mandi selama 5 minit di kalangan masyarakat awam kita akan menggunakan lebih banyak air selama sehari daripada masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan di negara membangun.


Secara purata, wanita-wanita di benua Afrika dan Asia terpaksa berjalan sejauh 3.7 kilometer setiap hari untuk mendapatkan bekalan air.

Dianggarkan bahawa seorang kanak-kanak meninggal dunia pada setiap 15 saat disebabkan oleh penyakit yang berpunca daripada air yang kotor serta tidak selamat digunakan.

Kira-kira 1,000 juta manusia di negara-negara yang membangun yang lain hanya menggunakan kurang daripada 6 liter air sehari.

Namun, seorang individu biasa di negara-negara maju yang lain seperti USA menggunakan sebanyak 500 liter air bersih sehari.

Mari bersama kita ingati firman Allah swt,

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Dan Allah swt sebenarnya telah mengulang-ulangi ayat ini sebanyak 31 kali dalam surah ar Rahman....!

Bagaimana dengan kita ?

Sumber :

www.itsislam.net
wateraid.org
page : interestingengineering

5 PERKARA TERPENTING

Friday, August 24, 2012

PERINGATAN ORANG YANG LALAI

 
Tazkirah 11.Pagi Jumaat 24.8.2012.Siksa orang meratapi ayat dan balasan pahala mereka yang bersabar di atas kematian.
Firman Allah ayat 23 surah Ah-hijr
وَإِنَّا لَنَحْنُ نُحْيِ وَنُمِيْتُ وَنَحْنُ الْوَارِثُونَ
Dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya.
Dan sabda Rasulullah saw :”Orang meratap akan mayat akan keluar dari kuburn

ya dengan keadaan kusut masai,pakaiannya kotor dan dua tangannya berada di atas kepala dan dimasukkan ke dalam neraka.”
Sabda Rasulullah “ Dua jenis suara yang sangat buruk,pertama suara orang yang meratap terhadap mayat kedua bunyi serunai. Dan mayat akan disiksa kalau ada orang maratap terhadapnya.
Telah bersabda Rasulullah SAW “Apabila mati seorang kanak-kanak maka roh dibawa ke langit,firman Allah “Kenapa engkau tinggalkan ibubapanya,engkau bawa anaknya sahaja, maka jawab malaikat aku tinggalkan ibubapanya kerana ia bersabar di atas kematian anaknya, maka firman Allah sediakan kepada dua ibu yang sabar itu sebauh syurga dibawah arasy yang dinamakan rumah “SABAR”.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang sabar kerana kematian seorang anak kecil , maka ia beroleh pahala sebesar bukit Uhud, Barangsiapa yang sabar kerana kematian dua orang anak kecil , maka ia beroleh pahala nor yang sangat luas, Barangsiapa yang sabar kerana kematian tiga orang anak kecil , maka tertutuplah pintu neraka baginya dan barang siapa sabar di atas kesejukan wuduk dan mandinya kerana hendak mengerjakan solat maka Allah akan beri pahala kepadanya tiap-tiap bulu romanya satu kebajikan.Dan dijadikan tiap –tiap titik air pada tubuh malaikat yang sentiasa bertasbih dan memohon keampunan kepadanya hingga hari kiamat
Barang siapa kerana kematian anak kecil dengan berkata “
انا لله و إنا إليه راجعون ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Maka anaknya pada padang mahsyar akan membawa air telaga haud kauthar kepadanya dimana diwaktu itu semua orang sangat dahaga.
Sabda Rasulullah s.a.w “ Semua orang berkeadaan sangat lapar di waktu bangun dari kubur masing-masing maka datanglah puasanya menyelamatkannya”. Dan anak – anak mati kecil dan sabar ibu bapa di atas kematian mereka maka anak –anak keci; itu akan datang membawa air dan mkanan kepadanya “.
Pada hari kiamat kelak semua kanak – kanak oaring Islam yang mati kecil akan dihimpunkan kemudian dibawa masuk syurga, maka enggan mereka masuk syurga jika tidak bersama mereka ibubaopa mereka yang sabar di atas kematian mereka , maka Allah izin mereka masuk syurga bersama ibubapa mereka .

RAHSIA TAHI LALAT


1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas



Gantung Patung Belakang Kereta Jejas Akidah



Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan. Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan.

Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. Renung-renungkan. – MyNewsHub

AAP - Mungkin ada diantara kita terkadang suka mengikut perkara yang bukan-bukan dan sia-sia tanpa usul periksa main ikut aje :( ... sudahnya tidak tahu perkara tersebut boleh menjejaskan akidah kita sendiri. Moralnya perbuatan yang sia-sia, yang boleh menjejaskan akidah seumpama ini usahlah diikut dan dibuat. 
SUMBER: AKU ANAK PAHANG BLOGSPOT

Saturday, August 18, 2012

BERAPA UMUR NABI?


HUKUM MELETAKKAN AL-QURAN DI ATAS KEPALA





SOALAN : Apa hukumnya meletakkan al-Quran di kepala, di muka, dan di dada selepas membacanya?

JAWAPAN USTAZ : Hukumnya adalah harus. Namun, tidak ada hadis yang menyuruh pembaca menjunjung al-Quran. Perlakuan itu adalah satu adab dan amalan yang baik kerana menghormati al-Quran. Sekiranya kita berniat menghormati al-Quran, kita mendapat pahala.

LARANGAN ISBAL – KAIN, JUBAH ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI (BUKU LALI)





 
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal.

Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. Sedangkan ia dilarang keras baik ketika solat mahupun di luar solat.


Isbal ertinya melabuhkan kain atau seluar hingga menutupi mata kaki, dan hal ini dilarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak.

Larangan isbal bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah SAW yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim yang redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini.

Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang rapuh iaitu dengan niat “tidak sombong” - maka diperbolehkan?!

Mungkin mereka tidak sombong dengan manusia tetapi mereka tetap sombong pada perintah Rasulullah.

Untuk lebih jelasnya, berikut dipaparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi panduan bagi orang-orang yang mencari kebenaran.

Salah satu kewajiban seorang muslim adalah meneladani Rasulullah SAW dalam segala perkara, termasuk dalam masalah pakaian.

Rasulullah telah memberikan batas-batas syar'I terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadits-hadits berikut:.

Rasulullah SAW bersabda :Ertinya : “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya” (Hadits riwayat Imam Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331)

Berkata Syaroful Haq Azhim Abadi rahimahullah: “Hadits ini menunjukkan bahwa yang sunnah hendaklah kain atau seluar seorang muslim adalah hingga setengah betis, dan dibolehkan turun dari setengah betis hingga di atas mata kaki. Apa saja yang dibawah mata kaki maka hal itu terlarang dan haram. [Aunul Ma’bud 11/103]

Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata. Ertinya : Rasulullah SAW memegang otot betisku lalu bersabda, “Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga, maka tidak ada hak bagi sarung pada mata kaki” [Hadits riwayat Imam Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah 1765]

Dari Abi Juhaifah Radhiyallahu ‘anhu berkata. “Aku melihat Nabi SAW keluar dengan memakai Hullah Hamro' seakan-akansaya melihat kedua betisnya yang sangat putih” (Hadits riwayat Imam Tirmidzi dalam Sunannya 197, dalam Syamail Muhammadiyah 52, dan Ahmad 4/308)

'Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata : “Tatkala aku sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku berkata, "Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada ketakwaan." Ternyata dia adalah Rasulullah SAW. Aku pun bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah menjawab, "Tidakkah pada diriku terdapat teladan?" Maka aku melihat sarungnya hingga setengah betis”. (Hadits riwayat Imam Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashor Syamail Muhammadiyah, hal. 69)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memanjangkan seluarnya hingga melebihi mata kaki. Beliau menjawab: “Panjangnya baju, seluar dan seluruh pakaian hendaklah tidak melebihi kedua mata kaki, sebagaimana telah tetap dari hadits-hadits Nabi SAW” (Majmu' Fatawa 22/14)

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : “Walhasil, ada dua keadaan bagi laki-laki; dianjurkan yaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh yaitu hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua keadaan; dianjurkan yaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga sejengkal, dan dibolehkan hingga sehasta” (Fathul Bari 10/320)

Dari Abu Dzar bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka azab yang pedih. Rasulullah menyebutkan tiga golongan tersebut berulang-ulang sebanyak tiga kali, Abu Dzar berkata : "Merugilah mereka! Siapakah mereka wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Orang yang suka memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu." [Hadits riwayat Imam Muslim 106, Abu Dawud 4087, Nasa'i 4455, Darimi 2608. Lihat Irwa': 900]

Dari Abu Hurairah bahwasanya Nabi ersabda : "Apa saja yang di bawah kedua mata kaki di dalam neraka." (Hadits riwayat Imam Bukhari 5797, Ibnu Majah 3573, Ahmad 2/96)

Hadits-hadits di atas mengisyaratkan bahwa panjang pakaian seorang muslim tidaklah melebihi kedua mata kaki dan yang paling utama hingga setengah betis, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam haditsnya sebagaimana di atas.

Jika adab berpakaian bagi lelaki sedemikian di luar solat, apalagi sekiranya ia ketika mengerjakan solat!

Isbal tidak membatalkan solat tetapi solatnya tidak diterima olah Allah seperti sabda Rasulullah SAW, ' Sesungguhnya Allah tidak menerima solat orang yang kainnya melabuhi bukulali.' riwayat Abu Daud.

Solat tidak diterima bermaksud kita tidak mendapat apa2 pahala dan juga tidak berdosa seperti dosa meninggalkan solat.

Bermaksud sia-sialah solat itu kerana tidak diterima walaupun sah dari segi hukumnya.

Nota:

Sarung kaki atau jaurab (stoking) tidak dikatogerikan sebagai pakaian isbal. Ini bererti sesiapa yang memakai sarung kaki atau sepatu yang menutup mata kaki tidak dianggap berisbal. Persoalan ini telah dibincangkan oleh para fuqaha.

Wallahhu’alam.....

Sila rujuk pada yg lebih arif jika ada kemuskilan....info saya pasti ada kelemahan dan kekurangan.

Wallahu'aklam

SELAMAT HARI RAYA


NAUZUBILLAHI MIN ZALIK




 

SEMOGA FOTO YANG DIPAPARKAN DAPAT MEMBERI KEINSAFAN KEPADA KITA SEMUA. KITA PUN TAHU MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN NI PUN TAK INGIN TERJADI BEGINI. NAMUN INILAH YANG DIKATAKAN TAKDIR ILAHI ..

SEMOGA ALLAH S.W.T MENJAUHI DIRI KITA, ANAK-ANAK DAN SANAK SAUDARA KITA DARI KEMALANGAN YANG MENGHARUKAN SEPERTI DI ATAS. INSYA ALLAH… AMIN…

Monday, August 13, 2012

Petua Mengurangkan atau Menghilangkan Berdengkur



Apa itu Berdengkur? - Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di mana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel da
n bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-Sebab Berdengkur

1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

2. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar akan mudah berdengkur.

3. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

4. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.

5. Batang hidung yang bengkuk, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi - Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Rawatan - Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan Untuk Dengkur - Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid". Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Petua untuk Mengurangkan Dengkuran
• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Monday, August 6, 2012

KISAH TAWANAN PERANG BADAR


Salah seorang tawanan Badar bernama Wahab bin Umair. Bapanya Umair bin Wahab sedang lepak bersama rakannya, Safwan bin Umayyah di Hijir Ismail di tepi kaabah. Mereka berbicara tentang kekecewaan pasukan mereka yang kalah di Badar, tentang mayat 70 orang tentera musyrikin yang dilempar dalam perigi buta dan tentang 70 orang tawanan. Lalu Umair berkata:

"Demi Allah, kalaulah tidak kerana aku menanggung hutang dan kalau tidak kerana bimbangkan nasib keluargaku, nescaya aku akan segera ke Madinah untuk membunuh Muhammad."

Mendengar keazaman itu, Safwan berkata, "Kalau benar engkau hendak membunuh Muhammad, jangan kau bimbang soal hutang dan keluargamu. Aku akan bayar hutangmu dan aku akan tanggung keluargamu. Pergilah engkau ke Madinah."

Umair lantas berkata, "Kalau benar demikian, rahsiakanlah persepakatan kita ini.'

umir lantas menyarung pedang dan bergerak menuju ke Madinah. Sampai di Madinah, Umair terkejut apabila ketibaannya disedari oleh para sahabat Rasulullah SAW. Umar bin Al Khattab segera merentap pedangnya. Lalu mereka membawanya masuk bertemu Rasulullah SAW. Umar memberii ucapan hormat, "أنعموا صباحا." Rasulullah SAW menjawab, "Kami telah dimuliakan oleh Allah dengan ucapan hormat yang lebih baik dari ucapan hormatmu wahai Umar, iaitu ucapan salam, ucapan ahli syurga."

"Apa tujuanmu datang ke mari?"

"Aku datang kerana urusan tawanan yang aku harap engku berbuat baik kepada mereka."

"Kalau itu tujuannya, kenapa pula engkau membawa pedang?"

"Pedang ini tiada apa-apa peranannya."

"Lebih baik kamu cakap betul2 apa tujuanmu ke mari."

"Benar, ini sahajalah tujuan ku."

Lantas Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu dan Safwan bin Umayyah duduk di Hijir Ismail lalu kamu berbicara tentang mangsa perang Badar dan kamu berkata, "Kalaulah tidak kerana tanggungan hutang dan ahli keluarga, nescaya aku akan pergi bunuh Muhammad." Lalu Safwan menyatakan kesediaannya untuk menanggung hutang dan keluargamu dan menyuruh mu datang ke mari untuk membunuhku?"

Umair sangat terkejut dengan kata-kata Rasulullah SAW itu kerana perbualannya dengan Safwan tidak diketahui oleh sesiapapun. Kini dia mula yakin bahawa Rasulullah SAW menerima perkhabaran dari Yang Maha Mengetahui. Lantas dia mengucap dua kalimah syahadah sebagai tanda memeluk Islam.

Setelah tinggal dan belajar Islam beberapa hari di Madinah, beliau pulang ke Makkah dan menyeru kaumnya kepada Islam. Ramai memeluk Islam di tangannya. Allahu Akbar!

TANDA KEKUASAAN ALLAH


 

SIARAN LANGSUNG SOLAT MAGHRIB DARI MASJID AN -NABAWI PADA MALAM 7 RAMADHAN LEPAS MENUNJUKKAN AWAN BERBENTUK MUHAMMAD TERDAPAT DI LANGIT..