Saturday, August 22, 2009

Nostalgia....Mendaki Gunung Kinabalu 2000

Salam…

Walaupun benda nie dah berlaku hampir 10 tahun namun masih segar lagi ingatan ini. Biarlah menjadi kenangan indah bersama rakan – rakan saya … yang pasti saya tak tau di mana mereka sekarang.. harap – harap rakan – rakan yang terlibat dalam ekspidisi mendaki gunung Kinabalu yang terbaca blog nie mungkin akan tersenyum… zaim , wak , afenddi , jesri , sobri , said , dan sorang lagi tak ingat dah nama dia ( harap maaf ye ) and mat yie…

Peristiwa nie berlaku pada 4 , 5 dan 6 Ogos 2000. Perjalanan dari Pekan Bongawan Sabah ke Taman Gunung Kinabalu ambik masa hampir 3 jam la jugak baru sampai kat sana . Masa sampai kat sana hari dah nak malam. Menginap di sana dengan makan malam masak sendiri . Sebelum makan perkakasan masak yang disediakan harus disamak dahulu pasal tak tau manusia amacam mana yang menggunakan peralatan tersebut. Bermalam di sana rasanya duk dalam peti ais…

Keesokan harinya 5 hb … buat persiapan untuk mendaki gunung bawak beg kecik je.. bermula seawal 8.30 pagi kami bertolak dan sampai tempat persinggahan dipanggil tak silap saya Raban Rata dan Gunting Lagandan kira – kira pukul 12.30 tengahari . Makan kat restoran sana tapi harganya ya Allah mahalnya tak terkira… itu jelah pilihan yang ada.. Bermalam di atas sana sekejap sebelum mendaki ke puncak seawal jam 2.30 pagi …

Pada jam 2. 30 pagi 6 hb oops lupa nak cerita kawan kami namanya affendi tak dapat meneruskan pendakian atas sebab – sebab tertentu. Jadi dia tunggu kami kat bawah la nampaknya. Begitu juga wak .. tapi dia sampai kat Raban Rata . Mendaki waktu gelap nie amat memeritkan tak nampak satu pun hanya berpandukan cahaya lampu suluh saja… Tiba – tiba badan saya merasa goyang macam nak pitam … nasib kawan – kawan membantu. Kami berehat kejap sambil makan coklat dan juga air … barulah badan nie berasa tak pitam lagi dan boleh meneruskan pendakian… kami sempat bersolat subuh… dan melihat keindahan ciptaan Allah Taala dari Gunung Kinabalu… sebelum turun semula ke bawah.. Turun kebawah nie juga amat memeritkan pasal banyak guna lutut …rasa nak kejang pun ada… Namun Alhamdulillah semua nya selamat sampai ke bawah dan dapat pulang bersama kenangan yang tak dapat dilupakan…





sedang menunggu makan malam




bergambar dulu sebelum mendaki




berehat dulu sebelum memulakan lagi pendakian



bersama 'said'






bersama 'zaim'



bersama ' jisri '

















sijil yang telah diperolehi



Tuesday, August 18, 2009

Qiamat Semakin Hampir....


1. Penaklukan Baitulmuqaddis...Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..


2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..


3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..


4. Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..


5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…


6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…


7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..


8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…


9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..


11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…


12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..


13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

KENDURI AQIQAH ( SITI NURUL IMAN AMNI )

Salam…

Walaupun dah hampir 2 minggu berlalu tapi nak tulis juga dalam blog nie…

Kenduri tu berlangsung pada 09 Ogos 2009 ( AHAD)

Seminggu sebelum kenduri banyak persiapan yang perlu dilakukan ….

Antaranya membeli alat untuk kenduri biasa makananlah .. seperti beras , gula ( amat susah nak dapat masa tu banyak kedai tiada kalu ade pun boleh beli hanya 2 kg sahaja ), bawang dll . Dah beli peralatan untuk masak kenduri ( barang kering), Tempah pulak kambing … mula – mula pergi tuan punya cakap kambing tak de kena tunggu 2 – 3 hari lagi baru ada. Rasa bimbang juga , sebab masa yang ada cuma 2-3 hari lagi yang tinggal. Hari rabu ade tuan kambing telefon kata kambing dah sampai.. besok ( khamis ) boleh datang tengok. Hari Khamis saya pun datang … tuan kambing tak ada pulak. Telefon rupanya dia ada kat bandar , dia cakap pilih dulu kambing yang hendak diaqiqah kat kandang . Jumpa dengan pekerja dia. Dah siap pilih jumpa tuan kambing kat bandar terus berakad . Lepas itu bergegas pulak kat tempat sewa canopy … tempah untuk kenduri aqiqah tulah. Hari Jumaat ( malam ) mengedar pula surat jemputan kepada jiran sekitar taman.

Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar pada hari kenduri tersebut…

Berikut gambar – gambar yang sempat dirakamkan….





sedang memilih kambing yang sesuai...











Friday, August 14, 2009

Mukjizat Bismillah




Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :
Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wednesday, August 12, 2009

DOA PELINDUNG/VAKSIN daripada SELESAMA BABI - INFLUENZA H1N1

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -


Sunday, August 9, 2009

KENDURI KAHWIN DI PUTRA JAYA

SALAM ... Pada hari sabtu 08/08/2009 saya bersama keluarga telah pergi ke Putra Jaya kerana menghadiri kenduri kahwin pak saudara ( adik Mak). Kami bertolak seawal jam 10.30 bersama pak saudara yang saya panggil Pak Andak. Kami sampai di Dewan Serbaguna Persint 16 Putra Jaya pukul 1.00 petang. Pengantin sampai jam 1.30 petang sempatla bergambar dengan mereka... Begegas pulang jam 2.45 petang kerana saya hendak ambik daging & ayam untuk kenduri aqiqah dirumah saya keesokan harinya... sebelum pukul 6.30 petang. Nanti saya ceritakan selanjutnya...ok . Macam biasa gambar yang sempat dirakam





















Sunday, August 2, 2009

KEJOHANAN WOODBALL PSKPP BERA 2009

SALAM... Pada hari nie ( Ahad 2 Ogos 2009 ) . Saya telah pergi menyertai pertandingan woodball kat SMK Seri Bera . Pertandingan tersebut bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir hampir jam 12.00 tengahari. Dalam pertandingan nie merupakan penyertaan kedua saya . Nak tahu saya dapat nombor berapa.. no last sekali dengan pukulan sebanyak 167 gate 24... berikut foto yang sempat dirakam




sedang menunjukkan kehebatan masing - masing







penganjur sedang mengumumkan nama pemenang






peserta sedang menerima hadiah