Thursday, December 17, 2009

ARAHAN RASULULLAH TENTANG MAKANAN DAN MINUMAN YANG LALAT JATUH DI DALAMNYA.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya :

“ Apabila ada lalat jatuh ke dalam hidanganmu , hendaklah kau tenggelamkan lalat itu ke dalam hidangan itu ( sebelum di angkat ) . Kerana pada salah satu sayap lalat itu mengandungi penyakit dan pada sayap lain mengandungi ubat penawar “.

Dalam hadis lain disebutkan mafhumnya:

“ Pada salah satu sayap lalat itu mengandungi racun dan pada sayap lain ada ubat penawar. Oleh kerana apabila lalat itu jatuh ke dalam makanan , maka hendaklah engkau menenggelamkannya. Kerana dengan demikian beerti mendahulukan racun dan mengakhirkan ubat penawar ( racun hilang akibat ubat penawar) “

Kesimpulan dari mafhum hadis di atas adalah :

  1. Perintah membunuh binatang lalat tersebut. Kerana dengan menenggelamkannya ke dalam air atau makanan , sudah tetentu lalat itu mati. Lebih –lebih lagi apabila makanan atau air itu panas.
  2. Masalah Fekah : lalat yang jatuh ke dalam makanan atau air , tidak menajiskan. Termasuk juga binatang yang darahnya tidak mengalir seperti : lebah tebuan , labah – labah dan lain – lain.
  3. Masalah perubatan dalam hadis di atas terkandung dalam kalimat ‘famluquuhu’ ( tenggelamkanlah) yang gunannya untuk mengeluarkan ubat penawar racun yang terlebih dahulu keluar sebaik sahaja lalat jatuh ke dalam air atau makanan.

Lalat mengandungi virus penyakit yang terdapat pada sengatnya (senjatanya). Bila lalat itu jatuh pada makanan atau minuman , senjata it terus mengeluarkan racun penyakit. Rasulullah menyuruh menenggelamkan lalt itu sama sekali , agar ubat penawar yang diciptakan oleh Allah pada salah satu sayapnya boleh keluar dan membasmi virus penyakit tadi.

2 comments:

  1. Lalat padang pasir atau lalat yang berbangsa Arab tidak sama dengan lalat hutan hujan yang hidup bersama kaum majmuk , mutiracial.

    Itulah bezanya...

    ReplyDelete
  2. Lalat padang pasir atau lalat bangsa arab apatah lagi lalat zaman Rasul lullah, tidak sama dengan lalat hutan hujan yang bangsanya majmuk

    ReplyDelete