Thursday, July 15, 2010

TIPS ELAK DITIPU & PENJENAYAH INTERNET PERBANKAN

http://www.ilmuhacking.com/wp-content/uploads/2009/05/mandiri3.png

KUALA LUMPUR – Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata. Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel ‘berhantu’.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

“Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,” katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

“Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,” katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

Kesan ciri-ciri penipuan bentuk baru ini. Antara ciri-ciri yang anda semua patut tahu untuk tidak ditipu ialah:

1- Bank mempunyai server sendiri, jadi sudah pasti tidak menggunakan yahoo/google. Adalah suatu perkara yang kelakar untuk percaya kepada maklumat yang dihantar oleh ‘maybank@yahoo.com.my’.

2-Bank adalah tempat yang selamat, kalau tidak mesti semua orang simpan duit bawah bantal kan? Jika anda perhatikan, di laman web bank yang sebenar, pasti ada satu simbol bentuk ‘mangga kunci’ yang menadakan anda berada di secured site. Jika tidak pasti itu kerja mangkuk ayun.

3-Email daripada pihak bank sebenar setiap kali selepas anda melakukan transaction di generate daripada sistem ,staff mereka tak tulis email untuk semua orang manually. Bila email daripada sistem, of course lah gaya tulisan itu bentuk ‘courier new’. Bagi sipenipu yang taip sendiri email terima kasih walaupun mesej memang sebijik2, pasti akan keluar bentuk tulisan ‘times new roman’. Dari situ anda dapat kenal dengan mudahnya si penyangak ini.

Ingin diingatkan bahawa bank sebenar tidak boleh buat apa2 jika anda ditipu dan pada saat anda bagi username dan password anda kepada si penyangak ini-segalanya akan berakhir,tiada siapa mampu buat apa-apa termasuklah PM pun.

Jadi berhati-hati, jangan pandang rendah pada jenayah internet!

1 comment:

  1. Salam bertandang lagi..
    moga anda selalu sihat
    dan ceria...terima kasih
    good info..amat berguna ni

    ReplyDelete