Tuesday, August 10, 2010

Perutusan Menyambut Ramadhan 1431.


بسم الله الرحمن الرحيم و الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسول الله وعلى ءاله وأصحابه أجمعين و بعد

Muslimin muslimat sekelian!

Setiap kali datang bulan Ramadhan , umat Islam di seluruh dunia akan menyambutnya dengan berpuasa. Allah memuliakan bulan Ramadhan kerana ia adalah bulan yang diturunkan padanya al-Quran.

Firman Allah s.w.t :-

al-Baqarah 183

Yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (al-Baqarah:183)

Malah malaikat Jibril a.s akan turun bertadarus al-Quran bersama Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadhan.

Daripada Ibnu Abbas r.a.: "Jibril a.s. berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. setiap malam pada bulan Ramadhan dan bertadarus al-Quran bersama Baginda." (Riwayat Bukhari)

Muslimin muslimat sekelian!

Al-Quran adalah petunjuk yang menjadi panduan hidup kita. Ia memperkenalkan kita dengan Tuhan kita, hakikat kehidupan dunia akhirat, memimpin kita ketika dalam keadaan kebingungan, aturcara dalam setiap perincian hidup. Ia adalah al-Furqan yang membezakan antara yang hak dan yang batil.

Hari ini kita menyambut Ramadhan dengan penuh kemeriahan, tetapi kita meninggalkan al-Quran di belakang kita.

al-Furqan 30

Maksudnya:

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30)

Cara hidup kita bercampur baur antara hak dan batil atau antara Islam dengan jahiliah.

Kehidupan liberal yang bolos dari sebarang ikatan iltizam akhlak, menyucikan hawa nafsu, berlegar sekitar manusia dan harta dan mengabaikan batasan halal dan haram.

Muslimin muslimat sekelian!

Sempena kita menyambut Ramadhan pada tahun ini, marilah kita berazam untuk kembali kepada kehidupan berlandaskan al-Quran, kehidupan iman, kehidupan roh yang berasaskan taqwa.

Mari kita daulatkan Islam dalam segenap sendi kehidupan kita. Percayalah bahawa segala anutan, ideologi dan ajaran selain dari Islam semuanya akan berakhir dan ada yang sudah berakhir.

Al-Quran tetap dijaga oleh Allah s.w.t.;

al-Hijr 9

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami menurunkan peringatan dan Kamilah yang akan memelihara-Nya. (al-Hijr:9)

Puasa adalah satu ibadat wajib yang mesti ditunaikan dengan sepenuh keimanan.

2009-08-21-Aug-08n-1250838256

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ia merupakan satu rukun dari rukun Islam yang lima.

Muslimin muslimat sekelian!

Allah menjanjikan ganjaran yang tidak terbayang bagi orang yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. Allah berfirman : "Seluruh amal anak Adam baginya selain puasa, sesung­guhnya puasa itu bagiKu dan Aku membalasnya. Sungguh bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari pada bau kasturi." (Hadis riwayat Bukhari)

Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa puasa bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Bukhari dan Muslim)

Dan dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad hasan disebutkan: "Dan (dosanya) yang kemudian. "

Puasa ialah menahan diri dari lapar dahaga dan perkara-perkara yang yang membatalkan puasa.

Ulamak membahagikan puasa kepada beberapa kategori:

  1. Puasa awam – yakni sekadar lepas dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  2. Puasa khusus – iaitu disamping meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa mereka juga meninggal perkara keji dan maksiat
  3. Puasa khusus al khusus – iaitulah mengawal pemikiran dan lintasan kehingga semuanya mengingati Allah s.w.t

Muslimin muslimat sekelian!

Selain berpuasa, pada bulan Ramadhan ini Rasulullah s.a.w juga melakukan badah ibadah lain, antaranya;

  1. Tadarus al-Quran
  2. Solat qiam/ tarawih
  3. Memperbanyakkan sedekah
  4. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan.
  5. Zikir dan bertaqarrub kepada Allah.

Akhirnya jangan lupa malam Lailatul qadar. Pastikan kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan malam yang mulia ini.

Firman Allah s.w.t

al-Qadr 3

Maksudnya:

"Malam qadar lebih baik dari seribu malam" (al-Qadr:3)

Sekian. Selamat menyambut Ramadhan.

و كل عام و أنتم بخير

والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

2 comments:

  1. salam,
    singgah utk mengucapkan:

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

    5. Berhati-hati di jalanraya.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    selamat menyambut raya rodong.....maaf andai ade koi tersilap nulis ulasan kat blog aok ni yak...

    ReplyDelete