Friday, February 1, 2013

10 Pengabaian Kecil Boleh Menjadi Penyebab Kerosakan Lebih Besar Pada Kereta Anda

Seperti juga tubuh manusia yang memerlukan perhatian, mengabaikan walaupun tanda-tanda masalah kecil pada kereta atau kenderaan anda yang lain, juga mampu menjejas prestasi kenderaan anda dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar di kemudian hari.


Antara amaran kecil penyelenggaraan kereta yang sepatutnya anda tangani tetapi dibiarkan,  akhirnya boleh menyebabkan kerosakan lebih besar yang akan menjadi pertambahan kos penyelenggaraan. Berikut adalah 10 perkara yang sering diabaikan dan perlu diambil perhatian:
  1. Mengabaikan penyelenggaraan disyorkan/dijadualkan oleh pengeluar kereta anda.
  2. Mengabaikan amaran lampu 'check engine' atau periksa enjin.
  3. Tidak langsung menukar minyak enjin, atau tidak mengikut jadual pertukaran minyak enjin.
  4. Tidak langsung memeriksa tekanan tayar.
  5. Mengabaikan tentang cecair penyejuk (coolant), minyak brek, minyak kotak gear dan lain-lain.
  6. Berterusan untuk memandu walau enjin kenderaan sudah memberi amaran enjin terlalu panas.
  7. Tidak menukar penapis bahan api dan penapis udara.
  8. Servis di pusat servis yang tidak berkelayakan sesuai dengan kenderaan anda.
  9. Menggunakan alat ganti kereta tiruan bukannya dari pengeluar peralatan asal atau menggunakan alat ganti terpakai.
  10. Cuba untuk menyelenggara sendiri kenderaan anda yang berteknologi tinggi tanpa mendapat kepakaran dari yang berkelayakan.

Contoh terbaik kesan pengabaian kecil adalah menukar penapis udara. Kosnya mungkin hanya kira-kira RM20, tetapi jika dibiarkan sahaja, penapis kotor boleh merosakkan sensor oksigen dalam kereta, yang mungkin menelan belanja sebanyak RM200 untuk menggantikan. Dan apabila sensor gagal, pertama anda mungkin terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak untuk menggantikan penukar 'catalytic converter' kereta anda.

No 3 memerlukan perhatian utama dari anda. Juruteknik mengatakan, sikap mengabaikan pertukaran minyak enjin adalah punca paling utama kerosakan lebih besar berlaku pada kenderaan anda. Masalah minyak enjin kotor adalah, enjin tidak berfungsi dengan baik dan sesuai dengan enjin berteknologi tinggi di dalam kenderaan moden hari ini. Menurut pakar permotoran CarMD.com Corp ianya boleh membawa kepada kegagalan enjin jika dibiarkan tidak menukar minyak enjin terlalu lama.

Jika mengikut pada kebiasaannya, ramai pemandu yang menukar minyak enjin untuk setiap 3,000 kilometer, tetapi kebanyakan pakar bersetuju pemandu perlu mengikut jadual yang telah disyorkan oleh pengeluar kereta mereka. Kerap menukar minyak enjin tidak semestinya prestasi yang lebih baik pada enjin tetapi berapa lama jangka hayat enjin kenderaan anda mampu bertahan.

No comments:

Post a Comment