Monday, July 6, 2009

Aktviti Hari Minggu ( Sabtu & Ahad)

Salam..

Saya pada minggu lepas pd sabtu & ahad ( 5 & 6 Julai 2009 )ada beberapa aktiviti yang hendak diceritakan... pada hari sabtu ...saya sekeluarga telah diajak oleh jiran seberang rumah ... berarak kahwin anak lelaki beliau ke Taman Awana Cheras. Pagi - pagi kami bertolak kira - kira jam 7.30 pagi. Kami berpakat ikut highway pantai timur ... beliau gi dulu saya sekeluarga menyusul kemudian.. Nak jadi cerita ketika kat plaza tol temerloh ( paya keladan ) ada seorang kakak berdiri kat tempat nak ambik tiket.. dia tanya nak gi mane? saya jawab nak gi kl. Dia mintak tolong sangat-sangat nak tumpang sampai tol gombak pasal anak buah dia nak kahwin.. nak sampai kat sana sblm kul 10.00 pagi. Lagipun tiket bas dia tak beli. Saya setujulah tumpangkan dia.. Dalam perjalanan kakak nie peramah sangat orangnya tak habis - habis bercerita .. kami dengar ajelah cerita beliau. Tpt jam 9.30 pagi sampai kat tol Gombak... Jumpa jiran saya yang pergi sekali berarak kat tol gombak.. Kami singgah kat Masjid PGA Cheras kerana upacara akad nikah berlangsung kat sana.. Selepas selesai upacara akad nikah kami tunggu kat masjid sementara menunggu pengantin lelaki bersiap. Jam 12.30 kami bertolak ke rumah pengantin perempuan.. Kami bertolak pulang dari rumah pengantin perempuan kira - kira jam 1.40 petang. Dan selamat pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 petang kerana singgah jap kat Genting Sempah ...

Hari ahad pula ...aktiviti memesin rumput kat kebun getah dibelakang tanah rumah ayah saya kat Kg Lubuk Kawah. Dah hampir sebulan tak menjenguk kebun getah nie sejak bukak sekolah lps cuti .. nanti saya citer lebih lanjut tang kebun getah saya nie..

No comments:

Post a Comment