Friday, July 19, 2013

NASIHAT | Seekor Nafsu Sama Dengan 70 Ekor Syaitan

Nasihat | Seekor Nafsu Sama Dengan 70 Ekor Syaitan | Pagi-pagi ni peristiwa yang paling susah nak adalah apa? Kalau budak-budak sudah tentu susah bangun pagi, lagi-lagi kalau masa cuti sekolah begini. Orang dewasa pun sama, sambung sekali dengan budak-budak. Biasanya kalau dah lepas solat subuh, terus tidur.
Bukan cerita pasal orang lain, kekadang aku pun sama juga.
Kita tidak perasan bahawa kita sedang memenangkan nafsu ketika itu, kadang-kadang kita sambung tidur sehingga petang. Kita tidak sedar bahawa kita telah merugikan masa yang telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Asr.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Allah taala bersumpah demi masa ini, kenapa? Kerana masa inilah yang membuatkan manusia rugi dalam umurnya, kita sibuk mencari dunia, sedangkan yang ditanya adalah apakah amalmu.
Ibarat kita ingin mengambil peperiksaan, lain yang ditanya lain yang kita prepare. Fail lah jawabnya.
Samalah juga kita kat dunia ni, kita hidup ni untuk apa? kat sekolah pun dah ajar bukan? Semua mesti jawab, kita hidup ni untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Tapi sejauh mana kita menghayati pengabdian ini, seolah-olah kita ni tiada tuhan, apabila orang lebih daripada kita, kita kata dia tu mengada-ngada la tu, apabila orang naik pangkat, kita cakap bodek bos la tu, apabila orang nasihat kita, kita kata nak tunjuk alim la tu.
Semua orang kita kondem, kita lupa yang hati kita dah rosak pada masa tu.
Inilah nafsu yang susah untuk kita tundukkan, Imam Ghazali pernah berkata Nasfu kita ini ibarat 70 ekor Syaitan. Maknanya kalau syaitan sekor pun kita dah menggelabah susah bangun subuh, apatah lagi dengan nafsu ni bukan?
Susah memang susah, nak tak nak kita mesti lawan. Kalau kita dapat menundukkan nasfu mengata ke orang,  nafsu malas, nafsu makan, nafsu syahwat, nafsu tidur, nafsu tengok TV dan berjuta-juta nafsu lagi la. Insyaallah kita akan berjaya dalam hidup untuk menuju akhirat ni.
Pucuk pangkalnya kita mestilah bersabar dalam setiap tindakan kita, Jangan jadikan nafsu kita sebagai raja dalam kehidupan kita ni- TA

No comments:

Post a Comment