Friday, July 19, 2013

NASIHAT | Syurga Itu Bagi Orang-Orang Yang Bodoh

NASIHAT | Syurga Itu Bagi Orang-Orang Yang Bodoh | Kita pernah bertemu dengan orang yang sentiasa bercerita tentang kelebihan dirinya sendiri, dengan harapan orang lain berasa kagum dengan kelebihan yang dia miliki. 
Kita pernah bertemu dengan orang yang bercakap berlapik-lapik memerli orang lain dan memuji balik orang itu dengan harapan orang lain menyangka beliau tidak menyimpan prasangka terhadap orang yang beliau perli itu.
Kita juga pernah bertemu dengan orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain supaya orang lain menyangka beliau sahaja yang betul.
Kita tidak perasan bahawa segala apa yang kita dengar dan katakan kepada orang lain adalah mencerminkan hati dan diri kita sendiri. Kita tidak pernah mengatakan diri kita bodoh, malahan kita akan marah jika kita dikatakan bodoh.
Sedangkan hakikatnya kita memang bodoh.
Inilah kita sebenarnya yang tidak mengenal diri kita sendiri, bagaimana pula kita boleh mengenal tuhan jika kita tidak mengenali diri kita sendiri. Inilah hakikat kebodohan kita sebenarnya, bodoh dengan kesombongan yang merasakan diri kita sudah pandai.
Adapun bodoh yang dimaksudkan Rasulullah adalah manusia yang sentiasa bertawadduk dengan ilmunya dan sentiasa menganggap dirinya bodoh apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. dan sentiasa menganggap orang lain itu gurunya.
Walaupun ilmunya sangat tinggi beliau tidak mungkin dapat menjadi seorang pakar bedah dan pakar ilmu feqah dalam satu masa. Disebabkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi itu agak susah untuk dikuasai maka kebodohan inilah yang menjadikan seseorang itu tawadduk terhadap Ilahi.
Persoalannya,dimanakan tahap perasaan bangga yang perlu ada bagi kita dengan ilmu yang kita ada itu?- TA

No comments:

Post a Comment